Sinopsis
Kisah kehidupan masyarakat ikan. "Aku" dalam cerpen ini mewakili seekor ikan haruan. Terdapat ahli masyarakat ikan yang lain yang hidup aman damai dan bersukaria di Sungai Tengas. Haruan memberi peringatan kepada rakan-rakan ikan yang lain meliputi Keli, Puyu, Sepat, Sebarau. Lampam, Temelian, terbui, Baung, Kelah dan semua penghuni sungai agar selalu berhati-hati. haruan memberi peringatan tentang kisah-kisah sedih di sungai lain dalam dunia ini yang telah menyebabkan kehidupan di air musnah akibat pencemaran dan sebagainya. Malah akal manusia sangat cerdik untuk membuat tipu helah bagi menangkap ikan sebanyak yang boleh untuk di jadikan makanan. Mereka menangkap ikan dengan pelbagai cara seperti menjala dan menuba ikan. Kegiatan menuba ikan adalah perbuatan salah dan boleh menyebabkan air sungai tercemar. Akibat perbuatan Pak Kasa, Mat Dali dan Awang Cik Leh menuba ikan telah menyebabkan anak-anak mereka sendiri mabuk dan bergelimpangan akibat terminm air tuba ketika mereka sedang mandi di Sungai Tengas. Setelah minum air kelapa muda, anak-anak itu pulih semula. Namun begitu, yang lebih menyedihkan masyarakat ikan ialah melihat anak-anak, cucu dan cicit ikan mati bergelimpangan akibat terkena air tuba dari hulu sungai
Tema
Bertemakan kemasyarakatan. Kehidupan masyarakat ikan yang penuh dengan dugaan dan cabaran. Kehidupan yang sepatutnya bahagia, aman dan harmoni telah bertukar lantaran ancaman daripada kegiatan manusia yang tidak bermoral dan tamak.
Persoalan
Teknik Penulisan.
1. Dialog
2. Monolog
Watak dan Perwatakan.
1. Haruan
Mengenali jenis ikan air tawar.
1. Haruan
Ikan Haruan ialah sejenis ikan air tawar jenis karnivor. Ia merupakan spesies asli hutan hujan tropika boleh hidup dalam air payau dan biasa didapati di negara-negara rantau Asia Tenggara. Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu bersaiz besar dinamakan Ikan Toman (Channa melanostoma) dan yang kecil ikan haruan (Channa striatus).

Terdapat 30 spesies ikan haruan di dunia dengan lapan jenis terdapat di Sarawak, dua diSabah dan empat di Semenanjung Malaysia. Ikan Toman, Bujuk dan Haruan adalah dalam satu keluarga tetapi berlainan spesies.
Ikan Haruan dewasa menunjukkan perlakuan monogami selain mempunyai daya penguasaan wilayah yang cukup kukuh. Ikan Haruan boleh hidup dalam air yang bertakung, bergerak perlahan, cetek dan berlumpur. Bagaimanapun, kebiasaannya Haruan boleh didapati di kolam, sungai, tasik, terusan pertanian, sawah dan muara sungai. Berat kebiasaannya ikan Haruan hanyalah sekitar satu kilogram.
2. Keli
Ikan Keli adalah ikan air tawar yang banyak terdapat di negara-negara ASEAN, khususnya di Malaysia. Di sesetengah tempat khususnya di Selangor, ikan keli disebut sebagai "ikan semilang". Bagi orang Perak, ikan semilang hanya hidup di laut.
Ikan keli boleh didapati di kebanyakan sawah padi, contohnya di Pahang, di Paya Pahang Tua, Mambang, Ganchong dan Paloh Hinai, Pekan. Ia juga banyak terdapat diTasik Chini, Paya Bungor atau Bera. Keli juga menghuni di kuala anak sungai kecil seperti Sungai Lepar di Paloh Hinai hingga ke Jerantut dan Kuala Lipis, selain diSungai Bera dan Sungai Serting.
Antara jenis-jenis ikan keli yang boleh didapati adalah:-
- Ikan Keli Kayu
- Ikan Keli Bunga
- Ikan Keli Eksotika
- Ikan Keli Limbat
- Ikan Keli Mata Kati
- Ikan Keli Rusia
- Ikan Keli Afrika
- Ikan Keli Jeram
- Ikan Keli Hutan
3. Puyu
Ikan Puyu (Anabas testudineus) merupakan spesies ikan air tawar yang paling lasak, Sawah atau tali air serta sungai kecil menjadi habitat utama spesies ini, bersisik dan bersirip keras memudahkan spesies ini bergerak di atas tanah yang berair, kerana pada ketika tertentu pada musim hujan kebanyakkanya berhijrah dan akan memanjat tebing sungai mencari lopak air yang lain. Ia paling layak digelar spesies yang suka hijrah. Spesies ini juga mampu bertahan tanpa air hingga beberapa jam.
Spesies ini hidup secara berkumpulan, dan kerana itu spesies ini mudah terancam oleh aktiviti-aktiviti penangkapan ikan seperti jaring, pukat, jala, tuba, & pancingan yang keterlaluan (tanpa mengamalkan kaedah 'tangkap&lepas' bagi yang bersaiz kecil).
Terdapat kepercayaan dalam masyarakat Melayu yang mana spesies ini mampu menghalang tuan rumah dari dipukau oleh orang yang ingin masuk mencuri. Ini disebabkan ikan ini dipercayai tidak tidur. Kerana itu, masyarakat Melayu lama memelihara spesies ini di dalam rumah untuk tujuan itu.
Ikan puyu juga dijual sebagai makanan di pasar-pasar tani.
4. Kelah
Ikan Kelah (bahasa Inggeris: Mahseer) adalah ikan kap dalam keluarga Cyprinidae yang bersisik besar, dan merupakan ikan sukan yang digilai dan banyak terdapat di India dan secara amnya di Asia Selatan.
Ikan ini digambarkan pada asalnya oleh Hamilton pada tahun 1822, dan pertama kali disebut dalam cabaran memancing dalam Majalah Oriental Sporting pada tahun 1833, dan kemudiannya menjadi buruan kegemaran pemancing British yang menetap di India. Spesies Golden Mahseer diketahui mencapai 2.75 meter (9 kaki) panjangnya dan 54kilogram (118 paun) beratnya, walaupun spesimen sebesar ini jarang dinampak pada hari ini.
Ikah Kelah mendiami di sungai serta tasik, dan naik ke anak sungai yang pantas serta dasar sungai yang berbatu-batan untuk membiak. Serupa dengan jenis ikan kap yang lain, mereka merupakan omnivor dan makan bukan sahaja alga, krustasia, serangga,katak, dan ikan yang lain, tetapi juga buah-buahan yang jatuh daripada pokok-pokok di atas.
Selain daripada ditangkap untuk sukan, ikan kelah juga merupakan sebahagian perikanan komersil di India.
5. Sebarau
Ikan Sebarau atau nama saintifiknya Hampala macrolepidota merupakan sejenis ikan yang terdapat diMalaysia. Ikan Sebarau merupakan ikan air tawar. Ikan ini banyak tulang halus berbanding dengan ikan lampam.
6.Tengas
Ikan tengas, bahasa Inggeris; Copper mahseer[1], (Neolissochilus hexagonolepis, duluAcrossocheilus hexagonolepsis) juga dikenali sebagai Ikan Kejor adalah ikan air tawar yang tergolong dalam famili Ikan Kap (Cyprinidae). Taksonomi ikan ini masih kurang jelas kerana terdapat beberapa kekeliruan dan pertindihan nama spesiesnya. Ikan-ikan dari genus ini boleh didapati di air yang mengalir laju dan jernih airnya dan biasa ditemui di kawasan sungai berbatu di kawasan tanah tinggi. Secara amnya, ikan tengas ini adalah dari jenis omnivor yang memakan haiwan-haiwan kecil, alga dan tumbuhan-tumbuhan air tawar.
Namun begitu di Malaysia, Ikan tengas dari spesies (Neolissochilus soroides) lebih mudah ditemui di kawasan hulu sungai air tawar yang jernih, berbatu dan terletak dikawasan jeram yang tinggi diSemenanjung Malaysia. Ia pernah dilaporkan mudah ditemui di hulu-hulu sungai di [[Hulu Perak],[Pulau Pinang]], Langkawi dan Kedah. Ikan tengas spesies ini kelihatan agak mirip dengan Ikan Kelah (Tor tambroides), satu lagi spesies ikan air tawar yang amat terkenal di Malaysia. namun kedua-dua ikan ini dapat dibezakan dengan struktur cuping median yang terletak di bibir bawah ikan yang ada pada ikan kelah namun tiada pada ikan tengas, ini membuatkan seakan-akan ikan tengas kelihatan tiada atau sedikit bibir bawahnya.
Harga ikan tengas adalah agak mahal kerana, menangkapnya sukar utuk dilakukan kerana secara semulajadinya ia hanya boleh didapati melalui kaedah pengkapan secara tradisional menggunakan jala atau joran di hulu sungai yang berair jernih, sejuk, berbatu dan berjeram yang nun jauh ke dalam hutan. Tidak ramai pengusaha yang menternak ikan tengas secara serius untuk penjualan di pasaran terbuka. Ikan tengas juga lebih sedap dimasak pekasam. Di Malaysia antara sungai yang menjadi habitat bagi Ikan tengas ialah diSungai Kurau
Contoh soalan perbincangan:
Bincangkan tanggungjawab individu terhadap ahli masyarakat masa kini berdasarkan cerpen Anak-anak Bergelimpangan karya Noorjaya. [25]
1. Tanggungjawab terhadap zuriat dan keturunan.
Perlu menjaga keselamatan anak-anak sendiri. Setiap ahli masyarakat perlu memantau kegiatan anak-anak setiap waktu. Sebarang perkara yang mungkin boleh menimbulkan masalah kepada diri mereka perlu diambil perhatian. Jangan biarkan mereka melakukan tindakan yang boleh mengancam keselamatan diri.
2. Tanggungjawab terhadap rakan.
Kita wajib menasihati rakan kita supaya tidak melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang. Kita tidak patut berdiam diri apabila melihat rakan kita melakukan kesalahan. Perbuatan bersubahat bersama rakan untuk melakukan sesuatu yang salah adalah perbuatan khianat dan mungkin boleh memudaratkan orang lain. Pada ketika yang lain, sebagai rakan kita perlu memberikan pendapat yang baik agar rakan kita terhindar daripada bahaya sebagaiman yang telah dilakukan oleh Haruan terhadap masyarakat ikan yang lain.
3. Tanggungjawab terhadap ahli masyarakat.
Sebagai individu yang menjadi ahli masyarakat, kita wajib memastikan setiap ahli masyarakat mendapat haknya. Masyarakat kampung amat bergantung dengan sumber-sumber daripada sungai. Mereka memerlukan jaminan keselamatan dan dijauhkan daripada sebarang ancaman yang merbahaya. Sikap mementingkan diri mesti dijauhi kerana ia hanya menguntungkan golongan minoriti sahaja. Sedangkan golongan majoriti yang jumlahnya lebih ramai perlu diberihak yang sewajarnya.
4. Tanggungjawab terhadap sumber-sumber alam semulajadi.
Sumber alam semulajadi seperti ikan adalah semakin terhad. Oleh itu kita jangan tamak dengan sumber-sumber alam seperti itu. Segala yang ada di dalam alam ini patut dikongsi dan dinikmati bersama. Jika kita memusnahkan sumber alam ini kerana sikap kita yang tamak dan mementingkan diri, sudah tentu generasi yang akan datang tidak dapat menikmatinya.
5. Tanggungjawab terhadap alam sekitar.

Perbuatan mencemarkan sungai adalah satu kegiatan yang tidak bertanggunjawab terhadap alam sekitar. Air sungai adalah sumber penting dalam kehidupan. Manusia perlu minum, mencuci pakaian, mandi dan lain-lain. Kegiatan menuba air tentunya telah mencemarkan alam sekitar. Kesannya boleh berlaku ke atas ahli masyarakat dan juga habitat yang tinggal di dalam air. Jika dilakukan secara berterusan, tentu akan menyebabkan alam sekitar kian tercemar.
6. Tanggungjawab memimpin ahli masyarakat.
Sikap ikan Haruan adalah contoh watak yang bertanggungjawab. Dirinya yang mempunyai banyak pengalaman dan pengetahuan telah digunakan untuk tujuan baik. Haruan telah menasihati ramai rakannya dan menurunkan beberapa ilmu pengetahuan demi kepentingan masyarakat ramai. Haruan telah memberikan banyak nasihat kepada rakan-rakannya suapaya sentiasa berjaga-jaga dan bertindak bijak. Sumbangan idea dari dirinya telah menyelamatkan sabahagian besar ahli masyarakat sungai daripada ancaman manusia.

9 comments:
watak perwatakan dye xde kew cikgu???
cikgu, knape watak dan perwatakan xde..... sya sgt memerlukan watak dan erwatakan dalam prosa anak-anak yang bergelimpangan... tolong... sgt2 memerlukan....
plot takde ke bos?
takde pesoalan ke???????
Takde nasihat haruan kepada anak buahnya ke??
Perfect
mesej xde ke?
mesej dan persoalan takde ke ?
Ke ke ke ke ?
Post a Comment