Pantun Kasih Sayang
Dari mana pipit melayang,
Dari paya turun ke padi;
Dari mana datangnya sayang,
Dari mata turun ke hati.
Air dalam bertambah dalam,
Hujan di hulu belumlah teduh;
Hati dendam bertambah dendam,
Dendam dahulu belumlah sembuh.
Kepentingan Karya dalam konteks sarwajagat masyarakat Melayu tradisional
Puisi di atas penting utnuk menggambarkan cara hidup masyarakat tradisional seperti berikut:
1 1. Tinggal di kawasan paya dan sawah padi.
2 2. Masyarakat yang menanam padi. Kegiatan ekonomi mereka ialah bertani./pekerjaan seorang petani. Tanam padi.
3. Masyarakat yang hidup berkasih sayang. Bagi masyarakat melayu, hubungan kasih sayang adalah sesuatu yang penting dalam kehidupan mereka.
4. Masyarakat yang tinggal di tepi sungai. Perkataan “air dalam” gambaran pasang surut dan hujan. Menjadi kerisauan orang yang tinggal di tepi sungai.
6. Perkataan “hulu” pula menunjukkan mereka tinggal di hilir sungai. Apabila hujan turun di hulu, penduduk di kawasan hilir akan mendapat kesannya iaitu air semakin dalam. Mungkin boleh berlaku banjir.
5. Masyarakat yang sering terpisah dan terpaksa tinggal berjauhan. Lalu di antara mereka ada yang rindu kepada kekasih kerana terpisah jauh. Ini menunjukkan orang dahulu sering merantau kerana mencari rezeki. Kerinduan akan melanda hati kerana pertemuan yang sekejap belum mampu menghilangkan rindu.
No comments:
Post a Comment