Halaman 12
Isteri cantik permainan mata,
Isteri budiman tajuk mahkota.
Perempuan bagus suntingan dunia,
Perempuan beriman sangat mulia.
Isteri cantik permainan mata,
Isteri budiman tajuk mahkota.
Perempuan bagus suntingan dunia,
Perempuan beriman sangat mulia.
Suami isteri harus sekata,
Jauh segala silang sengketa.
Suami tempat isteri bergantung,
Kepadanya serahkan nasib dan untung.
Jika suami tak berhati lurus,
Isterinya kelak menjadi kurus.
Sungguh suami pegang kuasa,
Jika seorang ia binasa.
Suami isteri tubuh yang dua,
Sekata hendaknya sampai [ke] tua.
Maksud Puisi
Rangkap 1
Isteri cantik permainan mata,
Isteri budiman tajuk mahkota.
Memilih calon isteri yang sempurna bukan dinilai dari aspek kecantikan wajah. Kecantikan adalah sesuatu palsu pada pandangan mata. Kecantikan isteri juga bersifat sementara kerana kecantikan akan hilang mengikut masa. Isteri yang budiman adalah lebih sempurna kerana mampu menjadi suri rumah yang baik. Isteri budiman mempunyai kepimpinan yang tinggi untuk zuriatnya. Kedudukan isteri budiman berada di tempat yang tinggi sebagaimana kedudukan mahkota.
Rangkap 2
Perempuan bagus suntingan dunia,
Perempuan beriman sangat mulia.
Perempuan yang dianggap baik bukan hanya dinilai pada kecantikan di dunia nyata sahaja. Jika sesuatu yang disunting tersebut adalah sekuntum bunga, maka ia akan layu akhirnya. Jika dikaitkan dengan diri manusia maka kecantikan perempuan tersebut akan semakin pudar apabila umur bertambah. Namun pilihan yang paling penting ialah memilih perempuan dari aspek agama iaitu keimanannya. Kemuliaan seorang wanita adalah diukur dari sudut keimanan yang dimilikinya. Keimanan adalah kecantikan yang kekal abadi.
Rangkap 3
Suami isteri harus sekata,
Suami isteri harus sekata,
Jauh segala silang sengketa.
Hidup berumahtangga perlulah sependapat. Iaitu mempunyai cita dan pandangan yang sama. Pada waktu yang sama mestilah menjauhi perkara-perkara yang boleh mendatangkan pertelingkahan serta perselisihan pendapat.
Rangkap 4
Suami tempat isteri bergantung,
Kepadanya serahkan nasib dan untung.
Suami adalah tempat bergantung harap, sebagai pelindung dan memberi nafkah. Apabila sudah berumahtangga, isteri bergantung penuh terhadap suaminya. Suami adalah penentu kebahagiaan hidup isterinya. Oleh itu jangan sia-siakan harapan isteri kita.
Rangkap 5
Jika suami tak berhati lurus,
Isterinya kelak menjadi kurus.
Kejujuran itu sangat penting dalam hidup berumahtangga. Suami mesti jujur supaya isteri tidak menanggung siksa kerana memendam perasaan. Akibat memendam rasa, isteri akan mungkin akan sakit dan semakin kurus.
Rangkap 6
Sungguh suami pegang kuasa,
Jika seorang ia binasa.
Suami mempunyai kuasa dan tanggungjawab besar terhadap keluarga. Kuasa tersebut adalah meliputi kuasa terhadap isteri, anak-anak, harta dan kuasa menceraikan isteri. Namun kekuasaannya tidak mungkin wujud dan dapat digunakan jika dia hidup bersendirian tanpa teman.
Rangkap 7
Suami isteri tubuh yang dua,
Sekata hendaknya sampai [ke] tua.
Hidup berumahtangga adalah ibarat dua orang dalam satu tubuh. Maka mereka diharapkan sentiasa bermuafakat di antara keduanya sepanjang kehidupan berumah tangga. Suami dan isteri perlu berpakat dan mencapai persetujuan dalam segala tindakan. Contohnya mengurus rumah tangga, menjaga anak-anak yang telah mereka lahirkan sehigga anak-anak itu dewasa.
Jenis Puisi : Gurindam
Wikipedia Malaysia
Gurindam merupakan sejenis bentuk puisi yang tidak terikat atau tiada tentu bentuknya (sama ada terikat atau tidak). Bentuk yang terikat biasanya terdiri dari pada dua baris serangkap, menyerupai syair dua baris atau nazam. Setiap baris biasanya mengandungi tiga atau empat, enam atau lebih perkataan; dan pola rima a-a; a-b atau serima (monoryme). Tiap serangkap merupakan sebahagian daripada idea yang berturutan dan biasanya memerlukan beberapa baris atau rangkap untuk menyatakan keseluruhan idea.
Bentuk yang tidak terikat tergolong sebagai puisi bebas, sama ada berangkap atau tidak. Walaupun setiap rangkap dapat berdiri sendiri tetapi biasanya memerlukan beberapa baris atau rangkap untuk meyatakan satu keseluruhan idea.
Dari segi bentuk ia sama seperti talibun, teromba atau mantera; tetapi tergolong sebagai gurindam kerana isinya mengandung nasihat, pengajaran dan kebenaran, berbeza dengan mantera. Gurindam tidak mengandung unsur sihir; dan berbeza dengan teromba, ia tidak merujukkan kepada salasilah atau undang-undang setempat.
Gurindam juga dapat merangkum puisi yang lebih bebas, yang secara sinkronis tergolong sebagai puisi moden, terutama di peringkat awal perkembangannya. Kebanyakan karya puisi dalam peringkat itu memperlihatkan kebebasan dari segi bentuk dan isi tetapi masih terkongkong kepada nilai-nilai puisi tradisional dari segi pola rima, rentak dan unsur-unsur estetik yang lain.
Wikipedia Indonesia
Gurindam adalah satu bentuk puisi Melayu lama yang terdiri dari dua bait, tiap bait terdiri dari 2 baris kalimat dengan rima yang sama, yang merupakan satu kesatuan yang utuh. Gurindam ini dibawa oleh orang Hindu atau pengaruh sastra Hindu. Gurindam berasal daribahasa Tamil (India) yaitu kirindam yang berarti mula-mula amsal, perumpamaan. Baris pertama berisikan semacam soal, masalah atau perjanjian dan baris kedua berisikan jawaban nya atau akibat dari masalah atau perjanjian pada baris pertama tadi. Contoh:
- Barang siapa tiada memegang agama,
- Sekali-kali tiada boleh dibilangkan nama.
- Barang siapa mengenal yang empat,
- Maka ia itulah orang yang ma’rifat.
- Gendang gendut tali kecapi
- Kenyang perut senang hati
Pengarang gurindam yang terkenal adalah Raja Ali Haji, saudara sepupu Raja Ali yang menjadi raja muda di Riau (1844-1857). Gurindam 12 pasal karya Raja Ali Haji yang terkenal berjudul “Gurindam Dua Belas”.
No comments:
Post a Comment