Sunday, September 2, 2012

Di Sebalik Sirat Makna oleh Abang Median Abang Said

Sinopsis

Seorang guru dan ketua warden veteran yang bernama Cikgu Ibau Paul Nyibang bakal bersua muka dengan bekas murid yang pernah beliau rotan suatu ketika dahulu bernama Naszkir. Naszkir adalah seorang pelajar yang bermasalah di sekolahnya suatu ketika dahulu. Perasaan cikgu Ibau ketika bertemu Naszkir tidak menentu dan hatinya geram apabila Naszkir dilantik oleh cikgu Micheal Teo sebagai warden asrama. Cikgu Ibau tidak dapat menerima pendapat rakan-rakannya bahawa  Nazskir mampu menyelesaikan maslah yang berlaku di asrama. Beliau menganggap dirinya lebih berpengalaman.  Orang baru hanya mempunyai kelulusan tinggi sahaja tetapi kurang pengetahuan. Hati cikgu Ibau menjadi kacau kerana anak muridnya itu berjawatan lebih tinggi daripada dirinya. Fikirannya menjadi tidak menentu. Beliau berkonflik dengan Naszkir kerana keputusan menerima kembali Tingang yang telah dibuang asrama. Bagi Naszkir, Tingang perlu diberi peluang kedua. Konflik agak reda apabila pengetua memanggilnya dan minta supaya beliau menerima keputusan cikgu Naszkir menerima Tingang. Tingang budak pandai dan berasal daripada keluarga susah perlu diberi peluang kedua dengan perjanjian bertulis. Pada hari persaraan cikgu Ibau, Naszkir diberi peluang berucap mewakili guru-guru. Dalam ucapannya, beliau telah memberi nasihat kepada para pelajar agar jangan menaruh perasaan dendam kepada guru walau pernah diambil tindakan disiplin sebelum ini. Semua tindakan guru adalah demi kebaikan pelajaritu sendiri.


Maksud perkataan


Monotonous bermaksud membosankan



Kajian Cerpen.

1. Aspek Ekstrinsik (luaran) dan Intrinsik (dalaman)
Secara luaran kita melihat situasi biasa yang berlaku di sekolah yang ditadbir oleh seorang pengetua dan beberapa pembantunya yang berjawatan penolong kanan. Pentadbiran sekolah seperti biasa akan menghadapi pelbagai situasi bagi menyelesaikan masalah pelajar. Suasana sekolah akan menyelesaikan masalah pelajar dengan pelbagai cara. Pada masa yang sama terdapat guru-guru yang sedang bertugas berinteraksi di antara satu sama lain. Interaksi inilah yang membentuk budaya sekolah sejak dahulu hingga kini. Kaedah penyelesaian masalah pelajar sentiasa dinamik dan berubah mengikut keperluan masa.

Kita juga dapat menyelami aspek dalaman cerpen ini yang menjurus kepada  soal hati dan perasaan dalam kehidupan seorang guru. Guru berkenaan sangat komited dengan kerjayanya dan telah melahirkan ramai pelajar yang berjaya. Sebagai seorang guru dan warden, tentunya tugas yang digalas begitu mencabar. Tidak ada kaedah yang sepsifik bagi menyelesaikan masalah pelajar. Semuanya bergantung kepada kebijaksanaan guru berkenaan. Tiba-tiba apa yang beliau laksanakan selama ini menjadi konflik lantaran kehadiran seorang bekas anak murid bertugas di sekolahnya yang menjawat jawatan lebih tinggi daripadanya. Konflik itu berlaku dari aspek tindakan penyelesaian masalah pelajar, konflik seorang guru veteran yang hampir pencen, konflik kedudukan perjawatan dan konflik presepsi terhadap bekas anak murid bernama Naszkir bin Zakir. /Semua situasi tersebut mempunyai pengertian yang mendalam jika kita menghayati cerpen ini dan berdiri sebagai seorang guru bernama Ibau Paul Nyibang.

2. Aspek Estetik Karya.
Karya ini sangat menyentuh hati pembaca apabila membayangkan konflik yang dihadapi oleh watak utamanya cikgu Ibau. Rasa kemanusiaan yang tinggi akan dapat dirasakan apabila kita menghayati cerpen ini yang dinilai dari aspek teknik penulisannya. Pengenalan cerpen ini dimulakan dengan peristiwa imbas kembali yang mengimbau kisah silam watak utama dengan anak muridnya. Pada masa yang sama terdapat monolog yang menggambarkan konflik watak terhadap diri dan persepsinya terhadap orang lain. Seterusnya bahasa yang digunakan dalam dialog begitu menyenth perasaan sehingga pembaca dapat merasakan dirinya berada di alam persekolahan yang penuh dengan cabaran. Terdapa juga sedikit unsur suspen samada wujud unsur balas dendam terhadap watak utama. Namun cerpen ini terlerai pada penghujung cerita apabila anak murid cikgu Ibau berucap pada majlis persaraan dengan menyanjung gurunya dan menasihat anak murid agar terus menghargai jasa guru-guru.


3. Pemikiran Masyarakat Dalam Cerpen

Cerpen ini cuba menyelami sebahagian daripada dilema masyarakat guru yang bertugas sekian lama sehingga waktu bersara. Waktu terdahulu, tiada siapa yang mahu mempersoalkan tindakan guru ketika menyelesaikan masalah para pelajarnya. Semua guru akan cuba bertugas dan menyelesaikan masalah pelajar dengan cara yang terbaik. Semua tindakan guru adalah bermatlamat ke arah kebaikan para pelajarnya. Sebagai manusia biasa, guru juga tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Kini tindakan guru perlu dinilai dan melihat aspek rasionalnya. Tindakan guru mungkin betul pada suatu masa tetapi mungkin perlu menggunakan kaedah berbeza pada waktu yang lain. Cikgu Naszkir merupakan seahagian masyarakat pelajar yang telah melalui satu proses pembelajaran yang berbeza suatu waktu dahulu. Namun apabila tiba giliran cikgu Naszkir menjadi guru, beberapa pembaharuan dalam kaedah mendidik pelajar telah cuba diperkenalkan.


4. Menghuraikan Kandungan Karya

Cerpen ini juga menjelaskan tentang keperluan untuk merubah kaedah pembelajaran dan pendidikan ke atas para pelajar. Malah cerpen ini menyerlahkan betapa sukarnya sesebuah masyarakat itu untuk menerima perubahan. Cikgu Ibau sangat sukar untuk menerima pendapat baru kerana mungkin mempunyai ego tertentu yang merasakan bahawa tindakan beliau selama ini betul dan tepat. Walaubagaimanapun jiwa keguruan itu  sangat seni sifatnya. Cikgu Ibau akhirnya menerima perubahan yang dibawa oleh bekas anak muridnya. Tugas seorang guru akhirnya akan sampai ke penghujungnya apabila seseorang itu bersara.

Secara tidak sedar cerpen ini sebenarnya telah menunjukkan pengiktirafan jasa seorang guru yang sekian lama  bertugas sehingga hendak bersara. Cikgu Naszkir merupakan salah seorang pelajar yang dahulunya tidak diberi harapan untuk berjaya. Namun cikgu Ibau telah berjaya menjadikan beliau sabagai seorang guru dan mampu menyumbang kepada anak bangsa pada kemudian hari. Bukti ini dapat ditunjukkan pada ucapan cikgu Naszkir ketika majlis persaraan cikgu Ibau. Tanpa jasa cikgu Ibau, Naszkir mungkin tidak berjaya dalam pelajarannya.


5. Analisis Karya.

Tema
Bertemakan kemanusiaan. Manusia yang telah lama memberi khidmat mendidik anak bangsa di daerah pedalaman telah mengalami dilema dan konflik diri. Dilema seorang guru veteran yang berkhidmat menjadi seorang warden. Setelah sekian lama menabur khidmat dalam perkhidmatan perguruan tiba-tiba muncul seorang guru baru yang pernah menjadi anak muridnya. Murid yang pernah dihukum kerana melakukan kesalahan semasa tinggal di asrama suatu ketika dahulu. Kehadirannya telah mencabar ego seorang guru yang merasakan bahawa selama  ini tindakannya benar belaka. Cadangan dan buah fikiran orang baru dalam dunia perguruan agak berbeza berbanding tindakan yang telah dilakukan selama ini.

Persoalan
1. Kesanggupan menerima perubahan dan idea baru.
2. Menerima pendapat orang lain.
3. Menghormati guru.
4. Menghargai jasa dan tugas guru.
5. Bersangka baik sesama insan.

Latar
Pedalaman Sarawak. Di sebuah sekolah.

Plot

Teknik Penulisan
1. Dialog
2. Monolog.
3. Imbas kembali

Watak dan Perwatakan

Cikgu Ibau Paul Nyibang

Pengajaran
1. Kita mesti sanggup menerima perubahan untuk mencapai kejayaan diri atau orang lain. Cikgu Ibau seharusnya sentiasa berfikir positif terhadap sebarang perubahan dasar pendidikan selaras dengan dasar pendidikan masa kini. Mungkin sebagai seorang guru yang telah lama mengajar, kita mempunyai banyak pengalaman. Namun pengalaman yang ada belum mencukupi. Ia harus ditambah pula dengan pengetahuan dan teknik baru dalam pengajaran kita. Begitu juga dalam hal ehwal mendidik anak bangsa yang tinggal di asrama. Kita mesti menerima idea baru dengan positif sekalipun ia datang dari pendangan seorang bekas murid.

2. Kita harus bersangka baik terhadap sesama insan. Mungkin kita pernah mengenali diri seseorang sebelum ini samada perbuatannya baik atau sebaliknya. Namun kita perlu sedar bahawa seseorang itu boleh berubah. Umpamanya daripada perbuatan buruk bertukar menjadi seorang yang lebih baik. Kita perlu faham bahawa anak murid kita yang dahulunya nakal, mungkin akan berubah pada masa akan datang. Hal ini berlaku ke atas anak murid Cikgu Ibau. Naszkir telah hadir dalam dunia pendidikan dengan semangat dan idea baru bagi menyelesaikan masalah murid masa kini. Beliau mampu memberi cadangan yang terbaik sesuai dengan kehendak zaman. Niat beliau adalah ke arah kebaikan dan bukannya memberi cadangan yang tidak berfaedah.

3. Perbuatan menghargai jasa dan sumbangan guru adalah sesuatu yang dituntut. Naszkir adalah seorang guru muda yang sebenarnya sentiasa menghargai bekas gurunya. Beliau menghargai gurunya yang telah mendidik dan membentuk dirinya sehingga berjaya dalam pelajaran dan seterusnya melanjutkan pelajaran hingga peringkat yang lebih tinggi. Cikgu Ibau sepatutnya berbangga dengan kejayaan anak muridnya dan menyedari bahawa dirinya telah berjaya sebagai seorang guru. Naszkir tidak pernah lupa jasa gurunya malah kehadirnnya ke sekolah lamanya adalah untuk memberi sumbangan yang terbaik terhadap anak bangsa.

4. 

14 comments:

Madihah Mohamud said...

terima kasih ^^

Unknown said...

Thank you for the usefull notes.

Unknown said...

so usefull for us :D

Madihah Mohamud said...

opss pengajaran tiada pula :D

naiffos alanuam said...

urm.. terima kasih

Unknown said...

Assalammualaikum cikgu , boleh x tolong selitkan sekali plot² penceritaan , watak² dan latar² ?

Unknown said...

Assalammualaikum cikgu , boleh x tolong selitkan sekali plot² penceritaan , watak² dan latar² ?

Farina Johari said...

Assalamualaikum cikgu boleh tak selitkan sekali konflik yang berlaku secara lebih detail ?

Unknown said...

This is a good content! I love it! Thankyou!

Unknown said...

Assalamualaikum boleh X masukkn nilai murni??

Unknown said...

Assalamualaikum boleh X masukkn nilai murni??

Unknown said...

Pengajaran tertinggal min

Unknown said...

terima kasih

Unknown said...

terima kasih

922/1 Bahagian C: Prosa Moden. Drama Asiah Samiah

Gambaran masyarakat dalam Drama 1. Masyarakat yang mementingkan kebendaan 2. Wujudnya masyarakat yang mempertahankan hak 3. Masyarakat gemar...