Friday, September 7, 2012

Soalan Latihan


Bahagian A: Puisi
[25 markah]

Jawab satu soalan sahaja.

1.      Baca puisi di bawah dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.


Pandai Pak Pandir

Anak dipijak dagang dijinjing
Kucing dibunuh tikus dibela
Harta habis badan tergadai
Mendengar gelagak dagang
Tak sedar bertelanjang
Mendengar guruh dilangit
Air di tempayan dicurahkan
Mulut kena suap pisang
Buntut kena cangkuk onak,
Gunting makan di hujung
Pak pandir juga menanggung.
Apa didengar gelagak dagang
Gelagak rambutan jantan:
Orang berbunga, dia berbunga
Orang berbuah, dia haram
Kilat memancar hujan tak jadi
Awak juga berkecundangan.


(a)    Nyatakan jenis puisi di atas dan jelaskan tiga watak Pak Pandir.                                             [10]
(b)   Bincangkan lima gambaran masyarakat Melayu berdasarkan puisi di atas.                               [15]





2.       Baca sajak di bawah ini dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.
Seorang Jemaah
A. Wahab Ali

I
Pada setia subuh bening
Sedang azan memancar di menara masjid
Kutemui dia tenang  berjalan
Jubahnya putih, serbannya putih, kasutnya putih

Sesekali aku berhenti
Mempelawanya menaiki kereta
Dia memberikan salam
Bersamanya menerpa wangi haruman

Bila berjemaah
Sesekali kami bersebelahan
Sebelum takbir
Dia sibuk bersugi.

Sebaik selesai imam memberi salam
Dia berdoa singkat
Kemudian menerjah ke luar
Melipat jubahnya
Dia ligat berjoging di asfalt
Putih topinya, putih bajunya, putih seluarya,
Putih kasutnya.

Setiap derap sepatunya
Dia menyebut kebesaran Allah
Setiap denyut jantungnya
Dia menyambung doa yang tertinggal
Minta umur dipanjangkan
Minta selamatkan anak isteri
Minta selamatkan saudara seagama
Selamat yang hidup selamat yang mati
Selamat di dunia
Selamat di akhirat
Selamat semuanya.


II

Kini
Setiap subuh bening
Azan tetap memancar di menara masjid
Jalan tinggal sepi, pintu keretaku tertutup
Tetapi setiap aku lalu di tempat aku mengambilnya
       dulu
Wangi harumnya masih menerpa
Putih jubah dan putih serbannya kubawa bersama.

Kini
Ketika aku berjemaah
Di sisiku dia tiada
Tetapi sugi dan usallinya
Memanjang di mataku

Kini
Bila selesai imam memberi salam
Tidak kelihatan dia bergegas ke luar
Asfalt lama merindukan  seretan kasut putihnya
Pejalan kaki pagi
Merindukan topi putihnya
Doanya masih mengambang
Tetapi degup jantungnya sudah lama berhenti
Dia telah lama selamat
Berbaring bersama deretan pusara
Dato’ dan Tan Seri

Kuala Lumpur – Kuala Terengganu
5-6.12.1991


(a)    Huraikan tiga gaya bahasa sebagaimana yang terdapat dalam sajak di atas.                            [9]
(b)   Bincangkan empat kesan yang mungkin anda perolehi setelah memahami sajak di atas.          [16]




Bahagian B: Prosa Tradisional
[25 markah]

Jawab satu soalan sahaja.
.
3.      Baca petikan prosa di bawah kemudian jawab soalan yang mengikutinya.

Maka segala orang banyak pun suka melihat Tun Tuah bertikam dengan Taming Sari itu. Maka Tun Tuah pun fikir dalam hatinya, ‘Apa juga dipakainya maka tiada lut kuparang? Tetapi pada firasatku sebab kerisnya inilah maka ia tiada dapat ditentang lawan dan tiada lut kuparang tubuhnya itu. Jikalau demikian, apa juga kehendaknya? Baiklah kerisnya kuperdayakan.’

(a)    Jelaskan tindakan Hang Tuah seterusnya berdasarkan ayat petikan  “Baiklah kerisnya kuperdayakan”  [10]
(b)   Bincangkan tiga gambaran suasana dramatik yang terdapat dalam peristiwa pertikaman antara Hang Tuah dengan Taming Sari.                                                                                                                            [15]




4.      Berdasarkan petikan Hikayat Hang Tuah (Bab XIX) bincangkan lima peristiwa yang menunjukkan Hang Tuah seorang watak epik yang hebat.                                                                                                    [25]






Bahagian C : Prosa Moden
[25 markah]

Jawab satu soalan sahaja

5. Baca petikan cerpen di bawah dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

Pagi itu ketika membuka-buka akhbar Utusan Malaysia, Saya ternampak gambar Cikgu Baharum, kawan saya. Gambarnya setengah badan, hampir satu setengah kolum terpampang di hadapan mata dengan sebuah senyuman raja di sudut kiri mulutnya. Saya terpegun sejenak melihat gambarnya itu dan tajuk beritanya, menggerakkan perasaan ingin tahu Saya. “Usia emas untuk apa?” Saya cepat-cepat membaca berita dua kolum yang berikutnya. Dia telah terpilih sebagai seorang tokoh warga emas di daerahnya. Saya mahu bergembira kerana tuahnya itu tetapi tidak jadi, tajuk beritanya dan senyum rajanya mengundang keraguan. Teringat ucapannya ketika kali terakhir kami bertemu  hampir  lima tahun lalu, ketika sama-sama merayakan hari lahir ke-75. “Saya bersyukur kepada Allah Taala kerana umur panjang, tetapi saya bimbang dengan usia dipinjamkan ini.”


(a)  Sejauhmanakah kebenaran kata-kata cikgu Baharum “Saya bersyukur kepada Allah Taala kerana umur panjang, tetapi saya bimbang dengan usia dipinjamkan ini.”                                                                    [10]
(b)   Bincangkan tiga kewajaran Cikgu Baharum menerima anugerah Tokoh Warga Emas.                            [15]


6. Baca petikan drama di bawah kemudian jawab soalan yang mengikutinya.
ANAS SAMANDA : Jadi kaumahu aku mendiamkan diri? Aku harus relakan tanah sekangkang keraku dibinakan kondominium agar segala lintah darat itu mengaut keuntungan sebanyak mungkin? Kaumahu aku jual harga diri? Kaumahu aku, ayah dan mak merempat? Kaumahu dilaknati oleh anak cucuku kerana menjualkan milik kami? Itukah yang kaumahukan?
MARGA MUDA: Kalau kau ada pilihan yang lain, buatlah pilihan itu. Kita sebenarnya terlalu kecil untuk mengubah apa-apa, Anas. Malah, sebenarnya kita terlalu kecil untuk melindungi apa pun yang berbaki dari harga diri kita!

(a)    Jelaskan dua masalah yang sedang dihadapi oleh Anas Samanda dalam drama “Asiah Samiah”.           [10]
(b) Berdasarkan petikan dialog drama di atas, bincangkan tiga alasan yang menyokong pendapat Anas Samanda.                                                                                                                                           [15]



No comments:

922/1 Bahagian C: Prosa Moden. Drama Asiah Samiah

Gambaran masyarakat dalam Drama 1. Masyarakat yang mementingkan kebendaan 2. Wujudnya masyarakat yang mempertahankan hak 3. Masyarakat gemar...