Catatan: Para pelajar perlu melakukan perbincangan berkumpulan untuk mengaitkan aspek pembangunan insan di bawah dengan isi teks. Malah sebahagian daripada penulisan di bawa adalah merupakan definisi pengenalan sahaja. Penulis hanya menyentuh sebahagian isi teks sahaja, selebihnya perlu dilakukan oleh pelajar sendiri malah para pelajar perlu membina ayat sendiri bagi menerangkan kefahaman mereka terhadap definisi. Selamat belajar dan teruskan usaha.
Pembangunan Insan
Definisi Pembangunan Insan
Cara atau kaedah untuk mengenal / mengkategorikan kemahiran dan
kebolehan orang/individu dalam sesuatu bidang terutamanya dalam memberi
sumbangan kepada pembangunan negara.
Pendekatan kemanusiaan bermaksud cara-cara mengurus yang
menggunakan asas yang berkaitan sifat-sifat manusia yang baik.
Merujuk pada watak-watak yang ada dalam teks kajian (Sulalatus
Salatin dan Novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur) dan dikaitkan dengan calon/
pelajar dalam konteks pembangunan
Keagamaan
Pelajar perlu: menghuraikan nilai Islam dan kehidupan beragama
sebagai tonggak pembangunan sahsiah. Perkara-perkara yang menjadi pokok atas asas dalam hal-hal
keagamaan seperti rukun iman dan rukun Islam dalam agama Islam. Terjemahan amalan
agama yang lahir dari rukun Iman dan Islam adalah seperti berikut:
1. Amanah:
Amanah adalah satu hak yang dipertanggungjawabkan kepada seseorang samada
tanggungjawab itu milik Allah (hak Allah) mahupun hak manusia (hak insan) baik
berupa pekerjaan mahupun perkataan dan pekerjaan hati.
Pengertian amanah bererti menempatkan sesuatu pada tempatnya yang wajar,
seperti sesuatu kedudukan tidak diberikan kecuali kepada orang yang betul-betul
berhak dan yang betul-betul mampu menunaikan tugas dan kewajipannya dengan
benar.
2. Ikhlas
hati yg bersih dan jujur; suci hati; rela: Kalau
hendak menolong, tolonglah dgn ~. mengikhlaskan melakukan (memberikan) sesuatu
dgn ikhlas; merelakan
Ikhlas berkait
dengan redha. Redha ialah menerima dengan rasa tenang tanpa ada rasa kecewa
atau tertekan dengan apa yang diberikan oleh Allah kepada kita baik
berupa hukum dan peraturan qadha' mahupun sesuatu ketentuan daripadaNya.
Sebenarnya, sifat redha ini adalah daripada sifat makrifah serta
mahabbah kita kepada Allah Taala untuk mendekatkan lagi diri kita
kepadaNya.
3. Dedikasi
pengorbanan tenaga (masa dll) utk
sesuatu. 2 ketekunan; kesungguhan:
Tekun pula bermakna
sungguh-sungguh (bekerja, belajar dll); rajin: Belajarlah dgn ~ supaya lulus
dlm peperiksaan. bertekun 1 berbuat sesuatu (bekerja, belajar dsb) dgn tekun; bersungguh-sungguh: Selepas itu,
Pasteur ~ dlm kerjanya dan berjaya mendapat ubat bagi beberapa jenis penyakit.
2 berbuat sesuatu dgn asyik. 3 berpegang teguh pd (adat dsb). menekuni
mengerjakan sesuatu dgn tekun. ketekunan 1 keadaan atau sifat tekun; kerajinan. 2 keasyikan
(melakukan sesuatu).
Kesungguhan pula adalah perihal
(sikap dsb) sungguh-sungguh, kebulatan hati, minat serta ketekunan (melakukan
sesuatu), ketulusan: ia mendengarnya dgn penuh ~; satu persoalan yg dapat kita
lihat amat relevan sekarang ialah ketegasan dan ~ kerajaan dlm usahanya
melaksanakan penggunaan bahasa Melayu;
4. Tanggungjawab
sesuatu (spt
kerja, tugas) yg mesti dilakukan; kewajipan:
keadaan wajib menanggung segala sesuatunya
(kalau terjadi apa-apa boleh dituntut, dipersalahkan, diperkarakan, dsb): pemogokan itu menjadi --
pemimpin serikat buruh; 2 Huk fungsi menerima pembebanan, sbg akibat sikap pihak
sendiri atau pihak lain;
1. sesuatu yg
diwajibkan, kemestian, keharusan 2.
tugas (tanggungjawab) yg harus dilakukan atas perintah
5. Sederhana
Tidak berlebih lebihan dalam hidup. Maksud lain dalam bahasa arab disebut "wasatiah". Walaupun seseorang itu berharta seperti Encik Muhammad dalam SBDKL, dia tidak keterlaluan ketika berbelanja. Anak dan isterinya diajar hidup sederhana dan sering ingat asal usulnya iaitu dari kampung. Sesekali sahaja beliau menunjukkan kemewahan lantaran kepentingan perniagaannya iaitu ketika berjumpa pelanggannya. Lalu ketika itu beliau minum di tempat yang agak eksklusif.
6. Bekerjasama
1. kerja (usaha
dsb) bersama-sama atau saling membantu (antara dua atau beberapa pihak),
gotong-royong: ~ antara semua pihak yg terlibat amat perlu utk menjayakan
projek ini; 2. sumbangan pelbagai rupa (bersifat bantuan tenaga, sokongan,
persefahaman, dll) dr satu pihak kpd pihak yg lain utk faedah bersama: jabatan
itu dapat bergerak dgn licin hanya jika ada ~ dr pihak orang ramai; seseorang
ketua memerlukan ~ drpd orang-orang bawahannya supaya segala yg diselenggarakan
berhasil; syarikat ~ syarikat yg dikendalikan bersama oleh ahli-ahlinya (dgn
cara saling membantu, menyumbang, dsb) utk faedah bersama; bekerjasama bekerja
(berbuat sesuatu) bersama-sama atau dgn cara saling membantu (menyumbang dsb),
bergotong-royong: mereka tidak dapat membuat satu-satu kerja dgn sempurna kalau
tidak dgn ~.
7. Berbudi mulia
1. mempunyai budi. 2.
bijaksana, berakal. 3. berkelakuan baik; sopan. 4. murah hati;
baik hati.
bahasa tingkah laku dan tutur kata;
tingkah laku dan kesopanan; -- bicaraakal budi; --pekerti tingkah laku; perangai; akhlak;
Berbudi mulia
juga boleh dikaitkan dengan perkataan berhemah iaitu budi pekerti (yg mulia) atau tingkah laku (yg baik
8. Bersih
Tidak kotor:
pakaiannya sentiasa ~; 2. bebas drpd pencemaran udara dll, tidak mengandungi
unsur-unsur dsb yg boleh (dapat) merosakkan atau mengganggu kesihatan: menyedut
udara ~ di kawasan pergunungan; meminum air yg ~; 3. ki jujur dan ikhlas, suci,
murni: hati yg ~; 4. ki bebas drpd amalan yg tidak baik (spt rasuah,
penyelewengan, dsb): mewujudkan sebuah kerajaan yg ~, cekap, dan amanah; 5. ki
bebas drpd anasir yg tidak baik (spt pengaruh, tuduhan, dsb): ~ drpd pengaruh
budaya kuning; ~ drpd tuduhan menerima rasuah; 6. (bkn pendapatan, keuntungan,
dsb) yg tinggal setelah ditolak cukai (hutang, kerugian, dsb): keuntungan ~;
membersihkan 1. menjadikan sesuatu bersih (dgn cara
membasuh, menyapu, dll): ~ longkang; ~ sayur-sayuran sebelum dimasak; 2.
menjadikan bersih (drpd
sifat-sifat keji, tidak baik), menyucikan: ~ diri drpd segala dosa; 3. ki
menjadikan bersih (bebas drpd
anasir yg tidak dikehendaki), membebaskan: ~ jabatan-jabatan kerajaan drpd
amalan rasuah; ~ bandar itu drpd sarang kongsi gelap; 4. menghapuskan anggapan
(tuduhan dll) yg tidak baik pd diri seseorang: ~ nama yg tercemar oleh
fitnah;kebersihan 1. keadaan bersih (tidak kotor):
menjaga ~ sekolah; 2. perihal bersih (udara, air):
~ udara yg menyihatkan badan; 3. perihal bersih (hati),
kesucian, kemurnian: ~ hati nurani;pembersihan 1. perbuatan membersihkan: ~
kawasan yg dilanda banjir; 2. perbuatan membersihkan (drpd pencemaran udara
dll): ~ udara; 3. perbuatan membersihkan (hati), penyucian: ~ jiwa dgn cara
bertapa; 4. perbuatan (tindakan, gerakan, dsb) membersihkan (anasir yg tidak
baik): gerakan ~ di kawasan-kawasan yg disyaki menjadi sarang komunis;pembersih
1. orang (alat) yg membersihkan sesuatu: ~ udara; 2. (orang yg sifatnya) suka dan
sentiasa menjaga kebersihan: dia memang ~ orangnya.
9. Berdisiplin
1. latihan
pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri dan patuh pd
tatatertib: ~ ketenteraan yg ketat; 2. peraturan yg ditetapkan utk melatih seseorang
supaya berkelakuan baik: guru besar akan mengambil tindakan terhadap pelajar yg
melanggar ~; 3. kepatuhan kpd peraturan yg telah ditetapkan: mereka sentiasa menunjukkan
~ yg baik utk menjaga nama baik sekolah mereka; 4. hukuman atau denda kerana
melanggar sesuatu peraturan yg ditetapkan: tindakan ~ akan dikenakan terhadap
pemandu bas yg tidak cermat; 5. bidang atau lapangan kajian: fonemik adalah
satu ~ dlm bidang linguistik; berdisiplin patuh (taat) pd (peraturan dll):
tentera meriam Portugis yg ~ itu berjaya memusnahkan askar Melaka; kejayaan sesuatu
usaha yg dilakukan bergantung pd kumpulan pekerja yg cekap, berdedikasi dan ~;
mendisiplinkan membuat supaya berdisiplin: ibu bapa
dan guru-guru bertanggungjawab ~ kanak-kanak; pendisiplinan perbuatan
mendisiplinkan: ~ penulis kpd tatasusila kepujanggaan; pendisiplin orang
(biasanya yg ada kuasa) yg mendisiplinkan orang lain: menggunakan kekuasaan sbg
~ bagi seseorang.
10. Tekun
sungguh-sungguh
(bekerja, belajar dll); rajin: Belajarlah dgn ~ supaya lulus dlm peperiksaan.
bertekun 1 berbuat sesuatu (bekerja, belajar dsb) dgn tekun;
bersungguh-sungguh: Selepas itu, Pasteur ~ dlm kerjanya dan berjaya mendapat
ubat bagi beberapa jenis penyakit. 2 berbuat sesuatu dgn asyik. 3 berpegang
teguh pd (adat dsb). menekuni mengerjakan sesuatu dgn tekun. ketekunan 1
keadaan atau sifat tekun; kerajinan. 2
keasyikan (melakukan sesuatu).
11. Bersyukur
1 terima
kasih (kpd Tuhan): Dia mengucapkan beribu-ribu ~ kpd Tuhan yg telah
menyelamatkan keluarganya. 2 beruntung; bernasib baik; mujur: Saya berasa ~ dpt
bertemu dgn datuk. bersyukur berasa syukur; berterima
kasih: Aku ~ kpd Tuhan. mensyukuri mengucapkan syukur terhadap: ~
nikmat Allah. kesyukuran hal atau rasa syukur.
Ilmu
Pelajar perlu : menerangkan kepentingan ilmu dalam memartabatkan diri
setiap insan.
Aktiviti pelajar
ialah mini syarahan tentang tajuk-tajuk kepentingan ilmu berikut.
1. Membangunkan
modal insan pada masa hadapan.
Orang berilmu
adalah sebahagian sumber tenaga manusia yang bernilai tinggi. Mungkin proses
menuntut ilmu memerlukan belanja yang besar tetapi ia adalah satu pelaburan
penting. Golongan berilmu akan mampu menjadi golongan pemikir dan perancang
kepada sesuatu program dan tugas. Rahim, anak encik Muhammad telah dihantar belajar ke
luar negeri kerana dia adalah aset penting pada masa hadapan. Akhirnya dia
telah berjaya dalam pelajaran dan pulang untuk memberi sumbangan yang baik
kepada perniagaan ayahnya. Sekiranya beliau tidak dihantar belajar, mungkin
dirinya akan menjadi beban kepada keluarga dan tidak mungkin dapat membantu
keluarga. Begitu juga apa yang terjadi ke atas rakannya Robert.
Begitu juga
dalam sejarah melayu, Maulana Abu Bakar telah mengajar ramai orang termasuk
Sultan Melaka.
Sultan Mahmud telah diajar supaya mengormati guru dan menjadi manusia yang sentiasa merendah diri (tawaduk). Baginda diminta datang sebagai seorang murid dan bukannya seorang sultan. Jika Maulana Abu Bakar tidak bertindak demikian sudah tentu beliau akan mempunyai masalah untuk menyampaikan ilmu. Seterusnya tidak mampu melahirkan modal insan yang baik pada masa hadapan. Apabila ilmu sudah diterapkan dan diamalkan dengan sendirinya akhlak manusia akan semakin baik dan mereka akan menjadi insan berguna termasuklah para pemimpin.
Sultan Mahmud telah diajar supaya mengormati guru dan menjadi manusia yang sentiasa merendah diri (tawaduk). Baginda diminta datang sebagai seorang murid dan bukannya seorang sultan. Jika Maulana Abu Bakar tidak bertindak demikian sudah tentu beliau akan mempunyai masalah untuk menyampaikan ilmu. Seterusnya tidak mampu melahirkan modal insan yang baik pada masa hadapan. Apabila ilmu sudah diterapkan dan diamalkan dengan sendirinya akhlak manusia akan semakin baik dan mereka akan menjadi insan berguna termasuklah para pemimpin.
2. Keluar dari
kepompong kemiskinan.
Manusia yang
mempunyai ilmu biasanya mampu berfikir dengan baik. Mereka mampu merancang kehidupan dan bijak
menggunakan akal untuk mencari rezeki. Segala kegiatan mencari rezeki dapat
dilaksanakan dengan baik samada dalam bidang pertanian, perniagaan, perusahaan
dan lain-lain. Orang yang berilmu mampu merancang perolehan rezeki
masing-masing samada untuk kegunaan perbelanjaan, pelaburan dan simpanan.
Encik Mohamamad
dalam novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur adalah contoh terbaik insan
berilmu yang hebat kerana beliau menggunakan ilmu untuk menjadi seorang yang
berharta. Beliau berjaya mengembangkan ilmu perniagaan.
3. Membuka
peluang pekerjaan ( Perjawatan)
Golongan yang
menuntut ilmu mampu mencari rezeki samada secara berdikari ataupun menjawat
jawatan berdasarkan kelulusan yang mereka perolehi.
Imam Saad
berilmu agama dan mampu menjawat jawatan imam
Encik Mohammad
mampu mengembangkan perniagaan.
4. Melahirkan
insan yang bermoral/
beriman/bertanggungjawab /amanah.
Keilmuan yang
tinggi akan membentuk insan yang bermoral dan mempunyai maruah tinggi.
Sebaliknya…..jika
tidak berilmu…….
- Dihormati dan
disanjungi
Keilmuan seseorang
menyebabkan diri seseorang dihormati dan disanjung tinggi. Lebai Maarup
disanjung tinggi kerana ketinggian ilmu.
2 Jati diri
Pelajar perlu : mengenal pasti jati diri mulia dalam konteks pembangunan
masyarakat.
Definisi/konsep
Adalah sifat keperibadian
atau ciri unik, utuh dan istemewa dari segi adat, bahasa, budaya dan agama yang
menjadi teras dan lambang keperibadian seseorang individu atau bangsa.
Terjemahan
bahasa Inggeris bagi “Jati Diri” ialah “identity”
- Amanah/Jujur
- Bijak
- Cergas
- Dedikasi
- Bertanggungjawab
- Berdikari
- Telus
- Elok peribadi
- Gigih
- Motivasi
tinggi
- Beriman
3 Kemanusiaan
Pelajar perlu: menganalisis nilai kemanusiaan yang terdapat
dalam masyarakat.
Definisi
kemanusiaan : nilai-nilai yang tegak berdasarkan penghormatan terhadap hak-hak
asasi dan kemuliaan manusia. Baik kebebasan dan kemerdekaannya, nama baik
- Simpati
- Hormat
- Bersopan
- Kasih sayang
- Mengkagumi
- Belas kasihan
- Prihatin- ambil berat
- Bertimbang rasa
- Insaf
4 comments:
cikgu.. saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada cikgu atas perkongsian ilmu ini. sememangnya blog cikgu banyak membantu saya untuk mengajar KMK memandangkan saya merupakan guru bidang terjun sastera. saya langsung tidak mempunyai asas sastera. tambahan lagi terdapat kekangan bahan rujukan yang sukar diperolehi kerana saya mengajar di kapit, sarawak (pedalaman). sekali lagi.. terima kasih
Terima kasih. Saya harap dapat dimanfaatkan. Namun bahan ini bukanlah yang terbaik. Jikaada kekurangannya mohon diperbaiki. Segala terbitan saya adalah berdasarkan sukatan STPM baru dan akan dikemaskini.
Terima Kasih cg. Anda sangat membantu kami :) Queen, Aisyah dan Tyy dari SMK Kubang Kerian 2, Kota Bharu, Kelantan. Doakan kejayaan kami cg.
trima kasih atas segala info ygdiberikan...doakan sya dan smua pelajar form 6 di SMK KAMUNTING PERAK
Post a Comment