Definisi Pembangunan Insan
Pembangunan Insan adalah cara atau kaedah untuk mengenal atau mengkategorikan
kemahiran dan kebolehan seseorang atau individu dalam sesuatu bidang terutamanya
dalam member sumbangan kepada pembangunan negara. Jika dirujuk kepada pendekatan
kemanusiaan pula bermaksud cara-cara mengurus yang menggunakan asas yang
berkaitan sifat-sifat manusia yang baik.
Keagamaan.
Asas kesusasteraan melayu adalah berkait rapat dengan agama Islam
kerana kebanyakan penulisnya adalah beragama Islam.Jika dirujuk terus kepada Sulalatus
Salatin, terdapat peristiwa kedatangan Islam dimana raja telah memeluk Islam
setelah bermimpi bertemu rasulullah dan berjumpa pendakwah yang dating dari
Negara arab. Kemudian seluruh rakyat Melaka telah menganut agama Islam dan mengamalkan
kehidupan harian menurut cara hidup Islam. Diceritakan juga kegiatan keagamaan termasuklah
sembahyang, puasa, menyambut hari raya dan nikah kahwin.Lalu rakyat di Melaka
dididik supaya taatkan agama dan pemerintah .Perkataan raja telah ditukar kepada
sultan dan nama-nama pemerintah telah menggambarkan agama yang mereka anuti. Perkara-perkara
yang menjadi pokok atau asas dalam hal-hal keagamaan seperti rukun iman dan rukun
Islam dalam agama Islam. Terjemahan amalan agama yang lahir dari rukun Iman dan
Islam adalah seperti berikut:
1. Dedikasi
Berdasarkan Sejarah Melayu, kita dapat meneliti dedikasi Tun Perak terhadap
tugasnya. Walaupun pada awalnya beliau hanya seorang berjawatan Penghulu di
Kelang, beliau telah menunjukkan dedikasi yang tinggi terhadap tugasnya.
Walaupun Kelang jauh daripada kota Melaka, beliau dengan bersungguh-sungguh
mematahkan serangan Siam kali pertama. Beliau bersama pengikutnya telah berjaya
dalam peperangan itu. Dedikasi beliau dapat dilihat apabila beliau bertindak
mengarahkan angkatan tenteranya membawa anak dan isteri mereka. Kehadiran anak
dan isteri ini telah menjadikan angkatan Melaka berperang dengan
bersungguh-sungguh. Dedikasi Tun Perak ini telah dilakukan demi negara
tercinta. Sikap dedikasi beliau wajar dicontohi oleh generasi terkemudian
termasuk diri seorang pelajar. Sebaliknya jika sikap dedikasi ini tidak wujud
dalam diri, mungkin Melaka akan dikalahkan dan ditakluk oleh Siam.
Dedikasi Tun Perak juga dapat dilihat ketika beliau menjaga sultan Mahmud
ketika gering kerana sakit berak-berak. Ketika itu sultan Mahmud masih kecil
dan perlu diambil perhatian. Tun Perak bersama Hang Tuah telah menjaga sultan
dengan penuh kesungguhan. Baginda telah disuapkan makanan dan dimandikan. Semua
keperluan sultan telah diurus dengan baik sehingga baginda sembuh. Walaupun Tun
Perak seorang bendahara pada masa itu, tetapi beliau amat dedikasi dan
memainkan peranan seperti seorang bapa.
Jika Tun Perak dan Hang Tuah tidak menjaga sultan sehingga sembuh, mungkin
sesuatu yang mudarat akan berlaku dan seterusnya memberi kesan kepada sistem pentadbiran
Melaka. Sifat dedikasi seperti ini patut diamalkan oleh setiap individu yang telah diberi tugas tertentu. Sikap dedikasi berkait rapat dengan soal keikhlasan. Oleh itu tu Perak dilihat lebih berdedikasi berbanding Hang Tuah. Ini adalah kerana apabila keduanya dikurniakan usungan, Tun Perak tidak menggunakan kesempatan itu. Berbanding dengan Hang Tuah, yang telah mengambil kesempatan dengan menggunakan usungan tersebut.
Sikap dedikasi juga terdapat dalam novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur. Perkara ini dapat dilihat melalui perwatakan encik Muhammad dan Imam Saad...............................
No comments:
Post a Comment