Saturday, January 12, 2013

922/2 Bahagian A: Pembangunan Insan



Definisi  Pembangunan Insan
Pembangunan Insan adalah cara atau kaedah untuk mengenal atau mengkategorikan kemahiran dan kebolehan seseorang atau individu dalam sesuatu bidang terutamanya dalam memberi sumbangan kepada pembangunan negara. Jika dirujuk kepada pendekatan kemanusiaan pula bermaksud cara-cara mengurus yang menggunakan asas yang berkaitan sifat-sifat manusia yang baik.

Keagamaan
Asas kesusasteraan melayu adalah berkait rapat dengan agama Islam kerana kebanyakan penulisnya adalah beragama Islam.Jika dirujuk terus kepada Sulalatus Salatin, terdapat peristiwa kedatangan Islam dimana raja telah memeluk Islam setelah bermimpi bertemu Rasulullah dan berjumpa pendakwah yang datang dari negara arab. Kemudian seluruh rakyat Melaka telah menganut agama Islam dan mengamalkan kehidupan harian menurut cara hidup Islam. Diceritakan juga kegiatan keagamaan termasuklah sembahyang, puasa, menyambut hari raya dan nikah kahwin.Lalu rakyat di Melaka dididik supaya taatkan agama dan pemerintah. Perkataan raja telah ditukar kepada sultan dan nama-nama pemerintah telah menggambarkan agama yang mereka anuti. Perkara-perkara yang menjadi pokok atau asas dalam hal-hal keagamaan seperti rukun iman dan rukun Islam.Terjemahan amalan agama yang lahir dari rukun iman dan Islam adalah sifat-sifat baik (mahmudah) seperti berikut:

-Amanah. 
Amanah terhadap tugas.

-Ikhlas. 
Ikhlas ketika melakukan kerja dan menolong pihak lain.

-Dedikasi
Melakukan kerja dengan bersugguh-sungguh.

-Tanggungjawab
Orang yang sanggup menanggung risiko sekiranya  tugas yang diberikan kepada dirinya tidak dapat dilaksanakan.

-Sederhana
Sentiasa wasatiyah dan tidak melampau ketika bertindak dan berkata-kata,

-Bekerjasama
Sentiasa sanggup membantu pihak lain yang memerlukan pertolongan.

-Berbudi mulia
Akhak yang baik.

-Bersih
Sentiasa menjaga kebersihan jasmani dan rohani. 

-Berdisiplin
Taat kepada peraturan dan undang-undang. Sentiasa menjaga diri dari melanggar apa-apa peraturan yang telah ditetapkan, menepati waktu dan melaksanakan kerja rutin yang konsisten.

-Tekun
Memberi tumpuan yang bersungguh-sungguh terhadap kerja.

-Bersyukur
Berterima kasih terhadap Allah di atas kurniaan rezeki dan kesenangan. Salah satu tanda orang yang bersyukur ialah taat perintah Allah dan meninggalkan larangan. Insan yang bersyukur ialah insan yang sentiasa tunduk, patuh dan sujud terhadap pencipta.


Tegasnya, insan yang mempunyai pegangan agama yang kukuh adalah insan yang dikategorikan sebagai insan membangun. Pegangan agama yang kukuh mampu memastikan manusia sentiasa berbuat perkara baik (makruf) dan menjauhkan diri dari perbuatan jahat (munkar). Sebaliknya insan yang tidak mengamalkan suruhan agama akan sentiasa berbuat jahat dan mengingkari perintah Allah. Manusia seperti itu akan runtuh jiwa dan jasadnya lantas menjadi insan yang tidak beruguna dan mengganggu insan yang lain. Insan yang runtuh agama mungkin akan menjadi pencuri, pembunuh, penipu dan lain-lain perbuatan jahat. Oleh itu, pegangan agama adalah salah satu indikator penting seseorang insan yang membangun.

Ilmu
Pembangunan ilmu adalah salah satu aspek penting yang ditekankan dalam kedua-dua karya samada Sejarah Melayu maupun SBDKL. Ilmu adalah salah satu indikator penting bagi seseorang insan yang menunjukkan dirinya telah maju dalam kehidupannya. Orang berilmu tidak akan sesat jalan dan sentiasa mempunyai idea untuk terus memajukan diri. Umpamanya seseorang yang mempunyai ilmu perniagaan, tentunya akan lebih maju dan berjaya dalam perniagaannya berbanding dengan seseorang yang tidak mempunyai ilmu. Hal ini wujud dalam diri encik Muhammad dalam novel SBDKL. Ilmu berperanan menjadikan individu seperti berikut:

-Membangunkan modal insan pada masa hadapan.
-Keluar dari kepompong kemiskinan.
-Membuka peluang pekerjaan ( Perjawatan)
-Melahirkan insan yang  bermoral/ beriman/bertanggungjawab /amanah.
-Dihormati dan disanjungi

Jatidiri
Adalah sifat keperibadian atau ciri unik, utuh dan istimewa dari segi adat, bahasa, budaya dan agama yang menjadi teras dan lambang keperibadian seseorang individu atau bangsa. Keperibadian yang unik ini akan menjadikan seseorang itu kuat dan tahan uji ketika menghadapi sebarang cabaran dan dugaan dalam kehidupan. Jika sebaliknya, mungkin seseorang itu akan hanyut dan terpengaruh kepada anasir-anasir jahat yang boleh merosakkan individu tersebut sehingga kecundang dalam kehidupan. Manusia yang tidak mempunyai jati diri selalunya cepat kecewa, tidak mahu berusaha dan sering memberikan masalah kepada negara. Lemah jati diri telah menghasilkan manusia yang rasuah, hisap dadah dan membuat kerja sia-sia. Oleh itu, sifat jati diri boleh di senaraikan seperti berikut:

-Amanah/Jujur
-Bijak
-Cergas
-Dedikasi
-Bertanggungjawab
-Berdikari
-Telus
-Elok peribadi
-Gigih
-Motivasi tinggi
-Beriman

Kemanusiaan
Kemanusiaan boleh ditakrifkan sebagai individu yang mempunyai sifat yang sepatutnya wujud dalam diri  seorang manusia. Sebaliknya jika sifat yang ada bagi seorang manusia itu hilang mungkin akan menyebabkan seseorang itu berperangai seperti haiwan. Umpamanya jika sifat yang patut ada dalam diri manusia itu adalah "kasih sayang", maka manusia itu tentunya mempunyai sifat itu terhadap seseorang bayi kecil. Manusia yang sanggup membuang bayinya boleh diibaratkan tidak mempunyai sifat kemanusiaan. Berikut adalah beberapa sifat kemanusian yang patut ada dalam diri manusia yang boleh dikaitkan dengan dua karya utama kajian STPM iaitu Sejarah Melayu dan SBDKL:

 -Simpati
- Hormat
- Bersopan
- Kasih sayang
- Mengkagumi
- Belas kasihan
- Prihatin
- Ambil berat
- Bertimbang rasa
- Insaf

Buat kajian daripada isi di atas dengan merujuk kepada Sulalatus Salatin dan SBDKL.....Dicadangkan supaya belajar secara berkumpulan. Bahagi tugas sesama rakan.





No comments:

922/1 Bahagian C: Prosa Moden. Drama Asiah Samiah

Gambaran masyarakat dalam Drama 1. Masyarakat yang mementingkan kebendaan 2. Wujudnya masyarakat yang mempertahankan hak 3. Masyarakat gemar...