Tuesday, January 22, 2013

Pembangunan insan : Kemanusiaan


Istilah kemanusiaan boleh diertikan sebagai nilai-nilai yang tegak berdasarkan penghormatan terhadap hak-hak asasi dan kemuliaan manusia. Manusia yang mengamalkan nilai kemanusiaan tentunya akan memberi hak kepada manusia yang lain dengan memberi sepenuh rasa persaudaraan sesama insan. Sifat kemanusiaan tidak akan mengira kedudukan manusia samada dari segi umur, pangkat, keturunan dan sebagainya:


Simpati
Simpati adalah perasaan belas yang terhadap sesuatu terutama kepada rakan yang ditimpa kesusahan. Rasa simpati boleh wujud jika ada insan lain yang mengalami kemalangan, kebakaran, banjir, sakit dan yang seumpamanya.  


Hormat
Menghormati orang lain dari sudut hak manusia untuk hidup di dunia. Penghormatan yang terbaik     bukan wujud kerana terpaksa namun perlu wujud dengan rasa ikhlas.

Bersopan
Budaya sopan santun telah wujud dalam masyarakat melayu sejak zaman dahulu hingga kini. Semestinya seorang yang mempunyai kemanusiaan yang tinggi akan mempunyai adab sopan yang tinggi juga.

Kasih sayang
Kasih sayang sesama insan adalah amalan yang sangat mulia. Kasih sayang boleh wujud sesama saudara, suami isteri, jiran tetangga, ahli masyarakat, sesama kaum dan sesama rakyat dalam sebuah negara.

Mengkagumi
Kadangkala wujud kelebihan yang dipunyai individu lain. Kita wajar kagum dengan kebolehan seseorang dan mengiktiraf diri insan lain yang lebih dari kita. Harus menjauhi sifat dengki dan iri hati jika ada orang lain yang melebihi keupayaan kita. 

Belas kasihan
Jika melihat insan lain kurang upaya dan tidak berkemampuan, tentunya wajar bagi kita mempunyai rasa kasih dan belas. Sifat memahami kesusahan orang lain adalah sifat manusia yang sangat mulia.

Prihatin- ambil berat
Sebagai sebahagian daripada ahli masyarkat, kita harus menjadi insan yang prihatin. Mungkin ada ahli masyarakat yang menghadapi kesukaran dan kesusahan. 


Bertimbang rasa
Bertimbang rasa adalah keupayaan seseorang yang mampu memikirkan keperluan dan hajat insan lain. Malah seseorang yang bertimbang rasa sentiasa memikirkan tentang pihak lain. Jika ada kesilapan pihak lain, seseorang itu tetap sudi memaafkan.

Insaf
Insaf adakah merujuk kepada manusia yang sedar akan kelemahan diri dan sedar akan kesilapan yang mungkin telah dilakukan.

No comments:

922/1 Bahagian C: Prosa Moden. Drama Asiah Samiah

Gambaran masyarakat dalam Drama 1. Masyarakat yang mementingkan kebendaan 2. Wujudnya masyarakat yang mempertahankan hak 3. Masyarakat gemar...