Monday, January 21, 2013

Pembangunan insan: Jati diri


Jati diri

Adalah sifat keperibadian atau ciri unik, utuh dan istimewa dari segi adat, bahasa, budaya dan agama yang menjadi teras dan lambang keperibadian seseorang individu atau bangsa. Keperibadian yang unik ini akan menjadikan seseorang itu kuat dan tahan uji ketika menghadapi sebarang cabaran dan dugaan dalam kehidupan. Jika sebaliknya, mungkin seseorang itu akan hanyut dan terpengaruh kepada anasir-anasir jahat yang boleh merosakkan individu tersebut sehingga kecundang dalam kehidupan. Manusia yang tidak mempunyai jati diri selalunya cepat kecewa, tidak mahu berusaha dan sering memberikan masalah kepada negara. Lemah jati diri telah menghasilkan manusia yang rasuah, hisap dadah dan membuat kerja sia-sia. Oleh itu, sifat jati diri boleh di senaraikan seperti berikut:

Amanah
Perkataan tersebut boleh diertikan sebagai kepatuhan kepada hukum. Amanah juga merupakan satu beban tanggungjawab. Menurut kamus dewan amanah bermaksud kepercayaan yang diletakkan kepada seseorang. Amanah mampu membela hak manusia agar sentiasa terjamin. Manusia mampu bersaing secara adil dan dapat mengelakkan diri daripada kekecewaan lantaran sifat tidak amanah. Amanah mampu membentuk masyarakat yang adil dan menjauhkan diri dari perasaan tidak puas hati di kalangan mereka.

Terdapat beberapa peristiwa dalam Sejarah Melayu tentang amanah:

1. Amanah kepada perjanjian waad. Raja dan rakyat wajib patuh kepada amanah yang mereka junjung. Terdapat beberapa peristiwa kepatuhan dan keingkaran terhadap perjanjian waad.

2. Amanah kepada tugas kepimpinan. Setiap raja mempunyai tugas yang patut dilaksanakan. Begitu juga kepada para pembesar seperti bendahara, laksamana, temenggung dan lain-lain. Kecurian yang sering berlaku di Melaka dalam pemerintahan Sultan Alaudin Riayat Shah telah menggambarkan adanya pegawai yang tidak menjalankan amanah. Raja pula telah menyamar bagi memastikan Melaka aman. Ini menunjukkan  bahawa sultan seorang yang amanah. 

3.  Amanah ketika menyempurnakan tugas dan misi. Dapat dilihat bagaimana Hang Nadim menyempurnakan amanahnya untuk membeli kain untuk raja. Beliau telah gagal menjalankan amanah tersebut kerana kapalnya karam. Namun Hang Nadim sanggup dipersalahkan kerana kegagalannya.


Berdasarkan SBDKL terdapat juga kisah tentang amanah:

1. Amanah terhadap pencipta. Seorang yang bercita-cita untuk berjaya dalam hidup semestinya tidak meninggalkan perintah Allah. Encik Muhammad telah dinasihatkan oleh Lebai Maarup agar menyediakan keperluan ibadat seperti solat apabila memajukan kampung Tualang dengan aktiviti perlombongan.

2. Amanah terhadap tugas. Yb Yusuf mempunyai tanggungjawab besar di kawasan yang ditadbirnya. Beliau perlu memastikan masyarakat kampung Tualang terus mendapat pembelaan. Bagi Mahani pula, belau perlu menjalankan tugas dengan penuh amanah di pejabat encik Muhammad.

3. Amanah terhadap masyarakat. Masyarakat kampung Tualang memerlukan pembelaan. Semua pemimpin masyarakat perlu mendapat keyakinan bahawa nasib mereka perlu dibela. Perpindahan ke Felda adalah merupakan satu keputusan penting ke atas masyarakat di sana. Jika kebajikan mereka diabaikan, ini menggabarkan bahawa para pengusaha perlombongan dianggap tidak amanah terhadap masyarakat kerana mereka mementingkan kekayaan semata-mata tanpa mempedulikan pihak lain.

4. Amanah terhadap alam sekitar. Rahim sering mengingatkan bahawa alam sekitar perlu dijaga sekalipun kampung Tualang akan dibangunkan sebagai pusat perlombongan.



Bijak
Bijak bermaksud tajam akal dan kepandaian menggunakan akal budi ketika bertindak samada menggunakan ilmu atau pengalamannya.


Berdasarkan Sejarah Melayu:

1. Tun Perak yang bergelar Bendahara Paduka Raja merupakan pemimpin bijak yang mempunyai ciri jatidiri yang hebat. Kemampuannya merancang strategi peperangan ketika berperang dengan Siam adalah bukti yang paling nyata. Pada peperangan kali pertama, beliau telah membuat strategi berperang dengan membawa anak isteri ketika di Kelang. Strateginya telah mebuahkan hasil dan serangan Siam dapat dipatahkan. 

2. Pada peperangan kali kedua,Tun Perak telah berjaya mengalahkan Siam dengan tipu muslihat. Beliau telah mengarahkan supaya memasang puntung api atau obor di sepanjang pantai pada pokok nyireh dan bakau di Melaka. Strategi ini dapat memberi kesan psikologi kepada musuh kerana merasakan rakyat Melaka sangat ramai dan tidak tidur malam untuk menahan serangan musuh.

3. Tun Perak terbukti bijak berkata-kata dan mematahkan hujah. Beliau berhujah dengan Seri Amerta dengan baik bagi mempertahankan tindakannya membawa anak isteri ketika berperang  (hlm 90). Beliau juga bijak berhujah ketika rakyat bertanya mengapa Tun Perak tidak menggunakan usungan kurniaan Sultan Mahmud sebagaimana yang dilakukan oleh Hang Tuah sehingga beliau digelar Pak Si Bendul. Tun Perak menjawab, jika beliau menggunakan usungan maka tidak ada bezanya antara diri beliau dengan sultan kerana di Melaka Sultan sahaja yang kerap menggunakan usungan (hlm 189)

Semua gambaran di atas menunjukkan kebijaksanaan yang tinggi dan mampu membentuk jati diri yang mulia.



Berdasarkan Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur (SBDKL)

1.  Kebijaksanaan Lebai Maarup berhujah dan memberi cadangan kepada encik Muhammad. Beliau telah memberikan pandangan yang sangat logik dan tidak mampu untuk ditolak oleh encik Muhammad. Hajat beliau mewakafkan tanah kepada pihak pengurusan perlombongan adalah tindakan yang sangat bijak demi memastikan penduduk sekitar seimbang antara tuntutan dunia dan akhirat. Tanah berkenaan akan didirikan surau dan setor untuk keperluan ramai pekerja yang bakal bekerja di lombong berkenaan.

2. Kebijaksanaan Yb Muhd Yusuf telah memberi gambaran jati diri beliau yang tinggi. Beliau bukan sahaja mampu mempengaruhi ramai penduduk di kawasannya, malah ideanya telah berjaya menyelesaikan banyak masalah besar di kampung. Rancangan memindahkankan penduduk kampung untuk menyertai Felda adalah salah satu kejayaan besar yang membawa banyak perubahan masyarakat.



Cergas
Adalah gambaran jati diri seorang yang aktif dan sentiasa bergerak pantas. Malah pemikiran golongan ini sangat baik dan cekap.

Berdasarkan Sejarah Melayu.

1. Hang Isa Pantas adalah contoh manusia cergas kerana kecekapannya berada pada tempatnya ketika diperlukan.

2. Begitu juga Tun Ismail yang dikenali sebagai Tun Mai Ulat Bulu yang rajin bekerja dan berkhidmat kepada sultan dan negeri Melaka. Belaiu tidak takut untuk melanggar kapal perang Siam menyebabkan angkatan perang Siam takut kepada orang Melaka. Ketika istana sultan Melaka terbakar, beliau adalah salah seorang yang sanggup bekerja keras mengeluarkan segala barang berharga yang ada dalam istana. Tindakan beliau ini telah menyebabkan bulu yang lebat dibadannya terbakar dijilat api.


Dedikasi




Bertanggungjawab



Berdikari


Telus


Elokperibadi

1. Hang Tuah digambarkan sebagai insan yang elok peribadi yang berasal dari Goa Sulawesi. Hang Tuah anak raja Bajung dilihat sebagai insan yang baik dan menarik perhatian sultan. Lalu beliau dilantik menjadi biduanda raja sejak diterima menjadi warga Melaka.

Gigih


Motivasi tinggi


Beriman

1. Manusia beriman dapat digambarkan dalam peristiwa yang dikaitkan dengan wasiat menjelang kematian seseorang pemerintah. Perkara ini berlaku dalam pemerintahan Semudera Pasai dalam pemerintahan sultan Malikul Mansur dan Malikul Saleh. Gambaran keimanan seseorang pemerintah juga dapat dilihat melalui pengabdian diri sultan dan doanya ketika solat kepada Allah. Malah kata-kata yang diucapkan juga menggambarkan rasa tawakal dan berserah diri kepada pencipta ketika diri mereka menghampiri saat kematian.



No comments:

922/1 Bahagian C: Prosa Moden. Drama Asiah Samiah

Gambaran masyarakat dalam Drama 1. Masyarakat yang mementingkan kebendaan 2. Wujudnya masyarakat yang mempertahankan hak 3. Masyarakat gemar...