Wednesday, November 27, 2013

922/2 Sastera dan Pembangunan

Penggal kedua adalah fasa ke arah merealisasikan pembelajaran sastera sebagai "sastera gunaan". Para pelajar perlu baca dan fahami isi dua teks sastera iaitu karya agung "Sejarah Melayu" dan novel karya Keris Mas selaku sasterawan negara yang terkenal iaitu "Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur". Tanpa membaca dua teks ini, para pelajar tidak akan dapat membincangkan dengan tuntas kehendak sukatan pelajaran STPM yang ada. 

Guru adalah pemudah cara dengan membuka sebarang perbincangan yang disebut dalam sukatan. Maka para pelajarlah yang mengkaji dan membentangkan apa-apa isu yang diminta dalam pembelajaran. Perkara yang menjadi masalah besar dalam pembelajaran tingkatan enam ialah mengharapkan suapan guru sedangkan tahap tingkatan enam sama tarafnya dengan diploma pengajian tinggi. Sepatutnya apabila guru tamat menjelaskan sukatan dan isinya, maka wajarlah pelajar membentangkan apa-apa tugasan dalam sesi tutorial. 

Jika kita ke medan tempur tanpa sebarang senjata tentunya kita hanya menyerahkan nyawa kita kepada takdir tanpa sebarang usaha dan ikhtiar. Begitulah keadaannya jika kita sebagai seorang pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi tetapi tidak mempunyai persediaan yang cukup. Langkah awal anda ialah memiliki kedua-dua buah buku berkenaan. Memiliki sahaja tidak cukup. Anda perlu baca, faham dan mampu menerangkan kepada orang lain tentang isi buku berkenaan. Apapun tahniah kepada para pelajar yang mahu melayari post-post seperti ini, membaca dan sekurang-kurangnya telah melangkah awal sebelum turun merenang gelora kedua di penggal yang kedua.

Monday, November 18, 2013

922/1 C: Realiti Kehidupan Guru Dalam Cerpen Di Sebalik Sirat Makna.

Guru di sekolah sentiasa datang dan pergi. Itulah realiti kehidupan seorang guru. Datangnya guru kerana diminta berkhidmat di suatu tempat. Setelah berkhidmat sekian lama, tentunya akan tiba masa guru akan pergi samada kerana berpindah, bersara ataupun meninggalkan alam fana ini. Jika panjang umur, guru akan menamatkan tugasnya apabila sampai waktu bersara. Ketika itu, tugas perguruan akan disambung oleh generasi berikutnya. Sudah tentu guru baru yang hadir adalah produk yang lahir dari didikan seorang guru juga. Akhirnya cikgu Paul Ibau Nyibang bersara dan diraikan oleh seluruh anak muridnya dengan penuh penghargaan dan pujian. Sebelum itu pula, telah datang seorang guru baru yang bernama Naszkir.

Ketika dalam perkhidmatan, guru akan melaksanakan apa sahaja tugas yang diarahkan. Seharusnya tidak ada perkataan "tidak" bagi seorang guru jika diminta berbuat sesuatu tugas. Malah segala khidmat yang dicurahkan bukan semata-mata kerana wang atau ganjaran. Berilah apa sahaja kepada guru. Jika perlu, jadilah seorang jaga, jurulatih, kerani, buruh, tukang sapu, pekerja binaan, pemandu, jururawat, pengacara, penasihat atau apa-apa sahaja. Begitulah yang berlaku kepada cikgu Paul Ibau yang setia menjadi warden asrama. Bayangkan apa yang berlaku kepada Naszkir jika beliau tidak mengambil tahu tentang anak muridnya itu. Tentu Naszkir tidak akan menjadi seorang guru sepertinya juga.

Realiti kehidupan seorang guru juga dilihat dari aspek organisasi. Jika kita berada ditakuk lama tanpa usaha meningkatkan diri ke satu tahap tertentu, mungkin kita akan berada di bawah sahaja. Mungkin juga tindakan guru ikhlas demi anak bangsa. Biarlah guru terus menaburkan baktinya sebagai guru tulen yang tinggal di pedalaman. Sedangkan anak murid telah menggapai awan menjawat jawatan tinggi dan kerja yang hebat seperti doktor, jurutera dan akauntan. Naszkir adalah lambang kejayaan seorang guru yang berjawatan lebih tinggi dalam organisasi sekolah dan sanggup menjiwai sikap keguruan Ibau.

Konflik kehidupan boleh berlaku di mana-mana tempat dan masa. Begitu jugalah apa yang dialami oleh Ibau. Dilemanya kian bertambah apabila muridnya menjadi majikan yang berada di tahap pentadbiran sekolah. Samada beliau perlu akur dengan keputusan tahap pengurusan tertinggi sekolah supaya tindakan keatas murid yang mempunyai masalah disiplin diubah atau sebaliknya. 

Sebagai pelaksana dasar, Ibau adalah gambaran kehidupan masa kini. Kaedah pengajaran guru di sekolah kian berubah paradigmanya. Begitu juga dengan kaedah tindakan disiplin ke atas pelajar. Hakikat pada masa kini pula, guru-guru perlu sanggup menggunakan kaedah baru dalam pembelajaran selaras dengan perkembangan teknologi maklumat. Walaupun ada pro dan kontranya, namun sebagai pelaksana dasar kita perlu menerima dan menyokong usaha yang ada. Segalanya adalah demi pembangunan sumber manusia yang akan dilahirkan pada masa hadapan.

Guru tidak lari daripada melakukan kesilapan kerana dirinya adalah manusia biasa seperti mana orang lain. Sesuatu yang dianggap betul dan menjadi amalan pada suatu masa, mungkin tidak sesuai lagi diamalkan pada masa hadapan. Jika negara ingin mencapai tahap tamaddun yang tinggi, tentunya kini segala tindakan kita harus menjurus kepada perkara yang lebih rasional. Pemikiran kita perlu menjurus kepada menjawab persoalan "apa", "mengapa" dan "bagaimana". Jika tidak, mungkin banyak implikasi yang akan menimpa kita. Naszkir adalah generasi baru yang bertindak berdasarkan rasional dan bukan dengan emosi. Dia mahu menelesaikan masalah pelajar dengan kaedah baru dan bukan menghukum semata-mata. Jika pelajar diambil tindakan disiplin, dirinya perlu dirasionalkan. Namun perlaksanaannya tidak semudah sebagaimana ucapan kita.

Oleh itu jangan remehkan sumbangan dan pengorbanan seorang guru. Mengurus sumber manusia tidak semudah menghasilkan barangan di kilang seumpama sebilah parang, seutas emas, segugus kunci, serawan jala maupun sebuah kereta.





922/1 A: Kehidupan Seorang Pesara Dalam Sajak Seorang Jemaah

Jika kita sudah bersara daripada apa-apa perkhidmatan dalam dunia pekerjaan sudah tentu telah mempunyai perancangan masing-masing. Begitu jugalah kehidupan seseorang yang telah ditimbulkan dalam sajak tersebut. 

Kita dapat lihat bahawa umur yang sudah lanjut bukan sesuatu yang boleh ditahan prosesnya. Maka apa yang perlu dilakukan ialah menghargai baki umur yang ada dengan menjaga kesihatan sebaik mungkin. Mungkin senaman adalah salah satu aktiviti rutin kita.

Pada masa yang sama, dipenghujung usia kita akan memanfaatkan hidup kepada keyakinan dan iman kita masing-masing. Bagi yang Islam tentunya akan mengisi kehidupannya dengan banyak beribadat.

Sebagai bekas pekerja kerajaan yang dahulunya mempunyai nama besar sebaris gelaran Datuk dan Tan Sri tentunya mempunyai reputasi tinggi dan nama baik. Oleh itu menjaga nama baik adalah penting tanpa menggembar gemburkan siapa diri kita dahulu.

Agak sukar untuk membiasakan kehidupan dalam suasana yang baru. Dilema selepas bersara sering berlaku jika dahulunya kita kuat bekerja dan tidak menerima hakikat bahawa jawatan itu akan berakhir. Adakah kita akan terus kekal dengan status quo yang selama ini kita miliki. Sudah tentu kita harus mengikut arus masa dan zaman. Terimalah hakikat bahawa jawatan kita adalah sementara dan akan berpindah kepada pihak lain.

Berkaitan dengan kehidupan dengan masyarakat pula jangan diabaikan. Namun campur gaul kita mesti menghindarkan diri daripada apa-apa perkara yang membawa pertentangan. Kita mahu hidup kita selepas bersara bahagia dan kita disenangi oleh orang lain. Jika kita pergi ke alam kekal nanti, kita mahu dikenang dari aspek kebaikan sahaja dan bukan perkara sebaliknya.

Akhirnya, kita perlu bersedia menerima hakikat bahawa umur kita kian singkat. Bersedialah kita untuk meninggalkan dunia ini sebagaimana yang telah berlaku kepada mereka yang terlebih dahulu pergi meninggalkan kita. Namun faktor itu bukan bermakna kita akan melupakan segala keperluan hidup di dunia ini. Lakukanlah rutin kehidupan seharian kita sebagai manusia seperti biasa tanpa rungutan dan keluh kesah. Watak seorang jemaah digambarkan begitu tenang setenang waktu subuh ketika azan berkumandang.

Oleh itu, apa pula perancangan kita selepas bersara nanti?????????

Wednesday, November 6, 2013

922/1 Pemikiran Drama Asiah Samiah




1. Manusia yang memandang harta.
Tuan Setiawan Tanjung hanya melihat Misa Sagaraga sebagai bakal jodoh Asiah Samiah kerana bakal menantunya itu berharta. Orang kaya hanya boleh berkahwin dengan golongan yang setaraf dengan mereka. 

2. Kahwin Paksa tidak membawa kebahagiaan.
Asiah Samiah dijodohkan dengan Misa Sagaraga secara paksa. Asiah Samiah hidup tersiksa dan tidak bahagia. Dirinya mempunyai masalah mental lantaran kehidupan berumahtangga yang tidak bahagia. Anak yang dilahirkan telah diabaikan dan tidak diasuh dengan sempurna.

3. Penindasan golongan yang dianggap berkuasa.
Misa Sagaraga merampas tanah yang telah diduduki keluarga Anas Samanda. Anas Samanda memperjuangkan haknya sehingga beliau ditangkap dan akhirya mati dibunuh. Situasi ini menggambarkan penindasan yang dihadapi oleh watak dan membawa kepada pembunuhan. 

4. Manusia berkuasa kerana harta.
Misa Sagaraga berjaya memiliki harta secara paksa. Malah sebahagian daripada harta miliknya diperolehi daripada sumber yang haram. Dirinya dipandang orang kerana harta namun harta tidak semestinya membawa kepada kebahagian hidup. Misa Sagaraga tidak mampu membeli cinta dengan harta yang beliau miliki. 

5. Cinta sejati.
Asiah sangat mencintai Anas Samanda walaupun telah dipenjarakan. Cinta Asiah tidak pernah pudar sehingga ke hari tua. Walaupun diri Asiah sebenarnya diambil berat oleh Marga, namun Asiah tidak menyedarinya kerana asyik terkenang dengan buah hatinya itu.

6. Manusia yang lupa tanggungjawab.
Misa Sagaraga lupa tanggungjawab terhadap anaknya Laila Anurisa. Marga bertindak menyiksa Laila tanpa belas kasihan. Misa Sagaraga telah membiarkan anaknya dipelihara orang lain. 

7. Konflik jiwa manusia.
Asiah Samiah mengalami konflik jiwa kerana dirinya dijodohkan dengan orang yang tidak dicintainya. Malah Asiah juga digambarkan setengah gila kerana sering mengingati anaknya yang sudah lama tidak ditemuinya. Marga pula terpaksa menghadapi gelagat manusia yang pelbagai ragam. Semasa kecil Marga menghadapi penindasan bersama ayahnya. Setelah dewasa beliau melihat nasib Anas Samanda pula yang terpaksa menghadapi lintah darat dan golongan yang berkuasa kerana harta. Malah Marga sendiri terpaksa meringkuk di penjara lantaran hadir dalam perhimpunan anjuran Anas Samanda. Akhir sekali Marga menghadapi golongan yang tersiksa jiwa raga seumpama Asiah Samiah. Marga menghadapi semua dugaan ini dengan tabah. 

922/1 Gambaran Syair Ikan Terubuk Dalam Kehidupan Manusia

1. Kehidupan manusia yang berlainan keturunan. Ikan terubuk lahir dari keturunan ikan daripada air masin manakala ikan puyu berasal daripada keturunan ikan air tawar. Faktor keturunan ini sama sahaja dalam kehidupan manusia. Malah keturunan manusia lebih kompleks berbanding kehidupan ikan. Keturunan manusia terdiri daipada berbagai latar belakang dan warna kulit.

2. Manusia berbeza budaya atau cara hidup. Apabila tinggal di kawasan yang berbeza tentunya mengamalkan cara hidup yang berbeza. Perbezaan cara hidup antara ikan terubuk dan ikan puyu-puyu memungkinkan mereka tidak boleh bertemu dan bersatu.

3. Hakikat bahawa manusia terpisah kerana tinggal di kawasan yang berlainan. Situasi perpisahan ini mungkin menyebabkan halangan pertemuan antara dua insan. Keadaan ini boleh berlaku kerana wujudnya pemisah sempadan negara dan tidak wujud hubungan diplomatik lantaran perbezaan fahaman atau wujud pertelingkahan.

4. Setiap diri mempunyai perasaan sayang dan cinta. Perasaan ini adalah sifat semulajadi manusia. Namun pada masa yang sama, individu yang terlibat perlu memahami hakikat bahawa perasaan itu tidak semestinya membawa kepada titik pertemuan antara dua insan.

5. Wujud ancaman keselamatan sesama manusia. Terdapat sifat negatif di kalangan insan yang sentiasa mempunyai perasaan ingin bermusuh dan mengancam sesama mereka. Ikan puyu-puyu merasa dirinya terancam dengan kehadiran ikan terubuk. Lalu ikan puyu-puyu melarikan diri daripada ancaman tersebut. Kehidupan manusia juga tidak lari daripada suasana tersebut. Malah ancaman sesama manusia juga boleh mebawa kepada ancaman terhadap keselamatan nyawa individu.

Monday, November 4, 2013

922/1 Mitos Moden Tentang Secekak Kertas Tisu


Menilai cerpen ini seolah-olah manusia dalam kekalutan dan rasa bimbang yang amat sangat. Kebimbangan ini dipengaruhi rasa risau kerana sejenis kertas yang asalnya diberi nilai yang amat tinggi tiba-tiba jatuh nilai kerana disebabkan oleh pelbagai faktor. Antara faktornya ialah kerana perlakuan seorang yang dianggap penyangak matawang. Kebimbangan penduduk negara kian bertambah apabila berita kejatuhan nilai kertas tisu dilaporkan melalui media seperti televisyen. Perbincangan semakin hangat di seluruh pelusuk negara termasuklah ahli keluarga. Apabila nilai secekak kertas tisu jatuh, maka kuasa membeli akan berkurangan. Barang yang dahulunya mampu dibeli dengan harga yang murah, kini sudah menjadi mahal kerana nilai pertukaran sudah berubah. Penduduk dalam negara akan menjadi miskin lantaran tidak mampu membeli dengan kuantiti yang banyak dan tidak boleh bermewah-mewah lagi. Ekonomi negara dianggap tidak selamat dan tidak stabil kerana harga pertukaran semakin mahal. Harga saham menjadi semakin murah. Gambaran ini menunjukkan ekonomi negara kian tergugat dan sesuatu aktiviti menyelamatkan ekonomi perlu dilakukan. Pemimpin negara perlu bertindak dengan cekap bagi menambat nilai kertas tisu yang sudah jatuh ini. Kisah tentang kertas tisu menjadi mitos kerana faktor berikut:

1. Ramai orang percaya tentang kekuasaan secekak kertas tisu.
Kepercayaan ini sudah sebati dalam jiwa manusia kerana menggunakan kertas sebagai nilai pertukaran. Pada awalnya kertas itu dicagarkan kepada nilai emas, dan bermulalah secekak kertas tisu dipercayai dengan nilai yang tinggi. Manusia dianggap kaya dan mulia apabila memilikinya dengan jumlah yang banyak. Namun kepercayaan itu terhakis apabila nilia kertas itu turun.

2. Secekak kertas tisu dianggap sesuatu yang mulia dan agung.
Seolah-olah kertas itu menjadi dewa dunia. Manusia berharap kepadanya agar terus bernilai tinggi bagi memastikan kelangsungan hidup mereka. Tanpanya manusia menjadi resah dan terasa miskin. Hakikatnya jika manusia tidak terlalu bergantung kepadanya sebenarnya mereka mampu untuk meneruskan kehidupan. 

3. Wujud unsur luarbiasa terhadap kertas tisu.
Sejenis kertas yang tidak mempunyai apa-apa keistimewaan dan berharga murah tiba-tiba mempunyai nilai yang tinggi setara dengan nilai emas. Keadaan ini tentunya sangat luarbiasa. Seterusnya kejatuhan nilainya juga dianggap luarbiasa juga. Terdapat pelbagai anggapan tentang faktor kejatuhannya. Namun faktor kejatuhannya tidak dapat ditentukan dengan jelas. Lalu ramai orang bimbang terhadap kejatuhan nilainya yang semakin merudum.

4. Penceritaan kisahnya semacam ada unsur dongeng.
Cerita tentang kisah kertas yang jatuh nilai ini semacam suatu rekaan dan tidak jelas kebenarannya. Semua cerita tentangnya adalah dibina melalui unsur kepercayaan yang dibina melalui spekulasi tertentu. Tidak ada suatu kata yang pasti tentang punca kejatuhan nilai kertas tisu ini. Mungkin manusia mencipta dongeng ini untuk menutup kesilapan yang telah mereka lakukan terhadap pengurusan ekonomi negara.

5. Kepercayaan ini diwarisi turun temurun sejak zaman dahulu.
Cerita tentang kertas tisu ini bermula sejak sekian lama. Ramai orang telah menggunakannya di seluruh dunia. Ia berlegar-legar ke serata tempat dan mempengaruhi kehidupan manusia sehingga manusia percaya tentang kekuasaannya dan seterusnya bergantung kepadanya. Ada disebutkan ia dipercayai sejak zaman Sumeria dan kerajaan Babylon. Secara turun temurun penggunaan kertas seumpama ini diwarisi sehingga kini.



Saturday, October 26, 2013

922/3 B: Pengurusan: Penstafan Sejarah Melayu

Konsep penstafan dalam Sejarah Melayu (Sulalatus Salatin)


Konsep penstafan dalam ilmu pengurusan adalah meliputi proses memilih tenaga kerja dalam sesebuah organisasi. Organisasi yang boleh dikaitkan dalam Sejarah Melayu adalah merujuk kepada pemerintahan dalam kerajaan di negeri Melaka.Terdapat beberapa kaedah tertentu yang khsusus telah diamalkan dalam sistem pemerintahan Melaka ketika melantik seseorang bagi menjawat jawatan tertentu. Amalan ini mungkin bersifat tradisional, namun ia adalah amalan pengurusan yang telah termaktub diamalkan pada zaman tersebut dan dianggap sesuai dengan sistem feudal yang diamalkan. Jawatan dalam sesebuah negara telah ditentukan oleh sistem feudal sedia ada, maka proses pengisian jawatan tersebut akan diisi apabila wujud kekosongan perjawatan tersebut. Kekosongan jawatan adalah dengan sebab kematian penjawat jawatan berkenaan atau penjawat jawatan itu meletakkan jawatan.

1. Pembahagian Tugas.
Pemerintahan negeri telah mengamalkan pembahagian tugas dan mewujudkan skim perjawatan tertentu. Terdapat jawatan utama negara seperti Bendahara, Temenggung, Laksamana, Penghulu Bendahari dan sebagainya. Setiap jawatan itu mengamalkan konsep pengasingan kuasa dan tugas. Oleh itu tidak akan wujud soal pertindihan kuasa dan kecelaruan tugas. Semua perjawatan tersebut pula dikawal dan dipantau oleh Sultan yang menjadi ketua negara.

2. Pengkhususan Tugas.
Amalan pengkhususasn tugas adalah diberikan kepada golongan yang pakar dalam bidangnya. Mereka diberikan kepercayaan kerana dianggap lebih tahu bidang tugas tersebut. Contohnya seorang yang mempunyai pengetahuan dalam bidang agama akan diberikan tugas sebagai seorang kadi sebagaimana Kadi Yusuf. Bagi mereka yang mahir dalam ilmu pahlawan maka dilantik menjadi Laksamana sebagaimana Hang Tuah. Amalan pengkhsusan tugas ini adalah bagi memastikan pentadbiran Melaka dapat ditadbir dengan cekap dan berkesan.

3. Lantikan jawatan berdasarkan keturunan.
Amalan penstafan berdasarkan keturunan adalah sesuatu yang tidak boleh dielakkan pada zaman pemerintahan kerajaan Melaka. Amalan ini dilihat terutamanya dari aspek perlantikan raja atau sultan. Biasanya pengganti sultan adalah terdiri daripada anak-anak raja. Terdapat juga perlantikan bendahara yang dilihat dari aspek keturunannya. 

4. Lantikan mengikut kelebihan akal.
Seseorang individu yang mempunyai kepandaian akal adalah ciri kedua penting bagi mengisi perjawatan negeri Melaka. Tun Perak dilihat sebagai insan yang dinilai kelayakannya mengisi jawatan bendahara berdasarkan kebolehan akalnya yang tinggi. Kebolehannya menghalang serangan Siam pada kali pertama dan keupayannya berfikir melebihi pegawai lain telah menarik perhatian Sultan Muzafar Shah untuk menaikkan pangkat beliau daripada seorang Penghulu sehingga menjadi Bendahara Melaka. Tun Perak juga sangat pandai berhujah dengan orang lain sepertimana ketika berhujah dengan Sri Amerta.

5. Lantikan berdasarkan ciri fizikal.
Sebahagian tugas ditentukan berdasarkan kebolehan fizikal seseorang. Seseorang yang tangkas dan hebat dalam ilmu persilatan tentunya lebih sesuai untuk dilantik menjadi laksamana, askar dan pengawal istana. Perlantikan Hang Tuah dan rakan-rakan adalah dipilih berdasarkan kebolehannya mempertahankan raja dan negeri Melaka, walaupun pada awalya mereka hanya menjadi biduanda raja sahaja. Akhirnya setelah Hang Tuah membuktikan kebolehan fizikalnya, baharulah beliau dilantik menjadi Laksamana.

6. Lantikan berdasarkan keperluan tugas.
Setiap individu yang dilantik oleh pemerintah biasanya mempunyai kebolehan tersendiri. Hal ini dapat dibuktikan melalui perlantikan pegawai diplomatik seperti Tun Jana Putra dan Tun Perpatih Putih. Kebolehan berbahasa dan menulis surat adalah ciri paling penting bagi tujuan diplomatik disamping ciri lain termasuk kebijaksanaan.

Kesimpulannya, walaupun teori pengurusan moden belum lagi diamalkan, namun pemerintahan negeri Melaka telah mengamalkan konsep penstafan yang dinamik dan tersusun. Perlantikan jawatan tertentu adalah berdasarkan ciri-ciri tertentu yang telah diamalkan supaya pentadbiran Melaka sentiasa baik dan negara menjadi maju. Oleh itu tidak hairan jika Melaka telah terkenal dan menjadi tumpuan para pedagang kerana mengamalkan pengurusan staf yang terbaik.

Tuesday, October 22, 2013

922/1 B : Hikayat Nabi Wafat

Pengajaran cerita:


1. Hendaklah menerima ketentuan takdir Ilahi.
Nabi adalah insan yang menerima takdir atau ketentuan Ilahi bahawa umurnya akan berakhir.

2. Kita hendaklah berani mengakui kesilapan diri.
Nabi mengakui kesilapan perbuatannya ketika peperangan yang telah menyebabkan Akasyah terkena cemeti kudanya.

3. Hendaklah menyayangi keluarga sendiri.
Nabi sangat menyayangi anaknya Fatimah. Begitulah sebaliknya, Fatimah sangat menyayangi baginda selaku bapanya.

4. Jadilah insan yang pemaaf.
Akasyah adalah insan yang pemaaf dan tidak berniat untuk menganiayai nabi Muhammad.

5. Kita perlu saling nasihat menasihati di antara satu sama lain.
Nabi telah berkhutbah pada hari jumaat dengan menasihati para jemaah agar menjadi insan yang terbaik dan sentiasa saling memaafi di antara satu sama lain.

6. Kita hendaklah melunaskan hutang.
Nabi adalah insan yang sentiasa melunaskan hutangnya sekalipun hutang itu bukan berbentuk material. Nabi sanggup disebat dengan cemeti oleh Akasyah sebagai salah satu cara melunaskan hutang piutangnya sebelum beliau meninggal dunia.

7. Jadilah insan yang bertanggungjawab.
Kita perlu bertanggungjawab di atas segala perbuatan kita. Berdasarkan kepercayaan Islam, segala perbuatan kita akan mendapat balasan atau ganjaran di hari akhirat kelak.

Thursday, October 17, 2013

922/1 C: Cerpen Anak-anak Bergelimpangan

Bincangkan persoalan cerpen Anak-anak Bergelimpangan.

1. Sikap mementingkan diri manusia.
2. Cinta alam sekitar
3. Prihatin terhadap masalah masyarakat.
4. Simpati terhadap nasib orang lain.
5. Menyayangi keluarga sendiri.
6. Sikap tamak membawa padah.

Wednesday, October 16, 2013

922/3 B: Perancangan dalam Novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur.

Perancangan adalah bermaksud proses penetapan matlamat dan objektif terhadap sesuatu perkara. Setelah penetapan matlamat dilakukan, akan ditentukan cara bagaimana untuk mencapai matlamat tersebut. Perancangan selalunya diamalkan dalam sesebuah organisasi yang formal, namun ia juga diamalkan dalam organisasi yang tidak formal. Terdapat beberapa gambaran perancangan telah dilakukan dalam peristiwa yang terdapat dalam Novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur seperti berikut:

1. Perancangan dalam urusan perniagaan.
2. Perancangan dalam urusan politik.
3. Perancangan dalam urusan sosial (kemasyarakatan).
4. Perancangan dalam urusan keluarga.
5. Perancangan dalam urusan projek.
6. Perancangan dalam pengurusan krisis.

Sunday, October 13, 2013

922/3 B: Kepimpinan Dalam Novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur

Kepimpinan adalah proses dimana pemimpin mempengaruhi orang bawahannya untuk melaksanakan tugas tertentu atau mempengaruhi pengikut supaya mengikuti idea dan pendapat. Cara untuk memengaruhi seseorang adalah bergantung kepada gaya (style) seseorang pemimpin. Ada sesetengah pemimpin gemar menggunakan kuasa (power) yang ada pada dirinya lantaran kedudukannya yang mampu mempengaruhi orang lain secara autokratik. Namun cara ini kurang digemari ramai pengikut. Gaya yang lebih demokratik ketika mempengaruhi orang bawahan adalah lebih digemari dan mampu menjurus kepada perlakuan yang sukarela.Terdapat beberapa situasi yang signifikan dalam SBDKL yang menunjukkan bagaimana proses kepimpinan berlaku.

   Pada awal bab didapati encik Muhammad selaku pemimpin organisasi perniagaannya mampu mempengaruhi rakan kongsinya, Datuk Tan untuk bersetuju dengan rancangannya bagi mengeskport lada hitam ke Jerman. Ketika ini encik Muhammad didapati mampu mempegaruhi Datuk Tan bersetuju dengan kontrak perniagaan yang telah beliau rancang. Ia adalah meliputi jumlah eksport, destinasi dan sumber bekalan lada hitam. Encik Muhammad didapati amat berpengaruh dan sangat dihormati oleh rakan niaganya. 

   Pada masa yang sama encik Muhammad didapati mampu mempengaruhi pekerjanya agar mempunyai disiplin kerja yang baik. Perkara ini dapat dilihat pada diri Mahani selaku pekerja yang rajin dan pandai melayan tetamu yang datang. Pada masa yang sama, beliau tidak mahu membina jurang yang jauh antara dirinya dengan para pekerja. Ini dapat dibuktikan apabila beliau tidak terlalu mementingkan panggilan formal yang sering diamalkan di pejabat. Encik Muhammad lebih senang berhubungan dengan pekerjanya dengan panggilan yang tidak terlalu melambangkan pangkat dan kedudukan. Perkara ini amat disenangi oleh pekerja bawahan dan mampu mempengaruhi pekerja agar bekerja dengan rajin dan sukarela.

    Jika kita meneliti proses kepimpinan di Kampung Tualang, didapati YB Mohamad Yusuf adalah merupakan pemimpin setempat yang berkaitan dengan politik. Encik Mohamad Yusuf sangat berkesan ketika mempengaruhi rakyat setempat supaya mengikuti rancangan pembangunan di kampung berkenaan. Beliau mampu mempengaruhi penduduk kampung agar menerima cadangan supaya berpindah ke rancangan Felda. Beliau sering hadir dalam perjumpaan di kampung dan seluruh pengikutnya di kampung mendengar ucapan dan idea beliau.

     Seterusnya jika diteliti kepada proses kepimpinan yang lebih kecil, kita dapati pemimpin di Kampung Tualang yang terdiri daripada imam dan ketua kampung. Mereka juga telah memainkan peranan penting untuk mempengaruhi penduduk kampung. Pada awalnya penduduk kampung mempunyai perasaan tidak puas hati dan tidak jelas tentang hala tuju pembangunan kampung. Namun setelah beberapa perjumpaan dilakukan, ramai diantara mereka bersetuju dengan rancangan agar kampung Tualang didirikan pusat lombong bijih timah. Tindakan imam Saad menerima rancangan pembangunan telah mempengaruhi penduduk kampung yang lain agar bersama-sama bersetuju dengan rancangan pembangunan berkenaan. Begitu juga dengan Lebai Maaruf yang berjaya dipengaruhi oleh encik Muhammad lantaran sifat beliau yang mahu mendengar cadangan dan saranan pihak lain.

     Di kalangan orang muda dalam Kampung Tualang juga terdapat gambaran tentang kepimpinan. Situasi tersebut dapat dilihat apabila dalam kalangan ada kumpulan tertentu yang membentuk kepimpinan mereka sendiri. Sudin telah dilantik menjadi ketua di kalangan orang muda kerana beliau dirasakan mampu mempengaruhi rakannya yang lain. Namun begitu terdapat juga golongan antagonis seperti Mat Akil yang mampu mempegaruhi perlakuan golongan muda. Walaupun pada awalnya Mat Akil semacam lebih berpengaruh, namun akhirnya kepimpinan Mat Akil didapati gagal dan tidak mendapat sambutan. 

  Proses kepimpinan dalam SBDKL juga dilihat dari sudut kepimpinan dalam keluarga. Encik Muhammad selaku pemimpin keluarga juga mampu mempengaruhi ahli keluarganya. Walaupun pada awalnya rancangan encik Muhammad mendapat tentangan daripada Rahim, namun akhirnya Rahim telah menerima cadangan ayahnya. Rahim telah bersetuju untuk bekerja dengan syarikat perlombongan ayahnya setelah perbincangan dilakukan. Keupayaan encik Muhammad memimpin keluarganya adalah bukti bahawa proses untuk mempengaruhi orang lain ini memerlukan banyak perbincangan dan mendengar pendapat orang lain.

     Tegasnya, proses kepimpinan yang berlaku dalam SBDKL adalah cerminan daripada pelbagai situasi yang wujud dalam masyarakat kita pada hari ini. Kepimpinan yang dikemukakan dalam novel ini adalah meliputi kepimpinan organisasi formal dan tidak formal. Terdapat perbezaan gaya kepimpinan formal dengan tidak formal lantaran keperluan dan anggota organisasi yang berbeza. 

Tuesday, October 8, 2013

Persediaan menjelang peperiksaan

1. Adakah anda memiliki teks yang diperlukan untuk subjek Kesusasteraan Melayu Komunikatif.
Jika anda tidak memiliki teks seolah-olah anda pergi berperang tanpa senjata.

2. Adakah anda memiliki sukatan pelajaran berkenaan dan sentiasa ada dalam fail subjek.
Belum terlambat untuk anda mendapatkan sukatan pelajaran. Tanpanya ibarat memasak nasi tanpa sukatan air yang secukupnya.

3. Pastikan anda baca teks dan memahami isinya.
Ada teks sastera tetapi tidak membacanya ibarat pergi ke kebun tetapi tidak tahu menggunakan parang dan cangkul.

4. Fahami format soalan dan bahagian-bahagian soalan A, B dan C.
Kefahaman tentang format soalan ibarat berjalan dengan lampu suluh yang terang.

5. Anda perlu tahu dimana kekuatan dan kelemahan prestasi anda.
Perjalanan hidup anda dipandu oleh anda sendiri. Oleh itu anda tahu bila anda letih dan mengantuk. Anda juga tahu bila anda cergas dan cerdas. 

6. Lengkapkan nota anda.
Nota ibarat plan perjalanan pembelajaran anda.

7. Berbincang dengan guru anda.
Dia adalah menunjuk jalan ketika sebagaimana guru sekolah memandu anda. Ingat dia tidak akan bersama anda ketika anda sedang diuji. Gunakan kesempatan yang ada untuk mendapatkan sebarang bantuan berkaitan dengan ilmu.

8. Usaha dan doa.
Tawakkal menjadi bermakna apabila disertai dengan usaha dan pengorbanan. Kejayaan pembelajaran anda adalah bergantung kepada usaha gigih anda. Selebihnya adalah ketentuan Ilahi yang memiliki diri kita. Pohonkan doa berpanjangan diwaktu dinihari. 

922/1 C: Nilai Kemanusiaan dalam Cerpen Anak-anak Bergelimpangan

Nilai kemanusiaan adalah merujuk kepada perilaku baik atau mulia yang sepatutnya diamalkan oleh setiap individu. Manusia wajar bersikap baik kerana dirinya mempunyai akal yang sempurna dan mampu membezakan baik atau buruk sesuatu perkara. Jika nilai kemanusiaan diabaikan maka perilakunya boleh menyamai binatang yang tidak mempunyai akal. Malah kadangkala perilaku manusia akan lebih zalim daripada binatang. 

Tanggungjawab terhadap alam sekitar
Simpati 
Kasih sayang terhadap anak-anak
Amanah


Wednesday, September 4, 2013

922/3 C: Multimedia dalam sastera

3. MULTIMEDIA DALAM SASTERA
Kewujudan teknologi maklumat kini menawarkan pelbagai pilihan kepada masyarakat.

Kini tradisi penyebaran dan penghayatan sastera telah menerima dimensi baharu, iaitu karya sastera boleh dihayati dalam bentuk multimedia.

3.1 Pengenalan multimedia dalam sastera
Multimedia merupakan proses komunikasi berasaskan teknologi komputer yang menggabungkan penggunaan unsur digital seperti teks, audio, grafik, animasi dan video untuk meyampaikan maklumat. Multimedia adalah kata gabungan yang merujuk banyak dan kepelbagaian alat atau perantara komunikasi. Multimedia juga boleh merujuk kepada penggunaan komputer untuk mencipta, menyimpan dan menggunakan kandungan multimedia. 

Oleh itu multimedia telah dijadikan satu medium untuk menyebarkan maklumat berkaitan dengan sastera yang terdiri dari karya tradisional dan karya moden.

3.1.1 Konsep
Multimedia merupakan salah satu medium atau pengantara yang digunakan untuk menyebarkan karya sastera kepada masyarakat atau khalayak.

Sastera dalam konteks ini dirujuk sebagai bahan yang akan digunakan untuk disebarkan melalui medium multimedia. Dengan adanya multimedia, kefahaman terhadap ilmu kesusasteraan melayu akan dapat difahami dengan mudah dan berkesan.

3.1.2 Fungsi

1. Mempelbagaikan medium sastera.
Selama ini medium sastera mungkin tidak terlibat secara langsung dengan penggunaan komputer dan elemen multimedia yang lain. Jika ada, ia hanya setakat berbentuk persembahan semata-mata tetapi bukan diterapkan melalui pembelajaran formal. Oleh itu multimedia pada kali ini akan lebih akrab terhadap sastera dan begitulah sebaliknya. 

2. Memeperjelaskan konsep yang abstrak.
Dalam kesusasteraan melayu tedapat beberapa konsep yang abstrak. Sebagai contoh, jika kita ingin menjelaskan gaya bahasa tertentu seperti personifikasi dan metafora. Mungkin multimedia mampu membantu menjelaskan gaya bahasa tersebut secara grafik, animasi, audio video dan teks. Jika ingin menjelaskan gaya bahasa personifikasi dengan menunjukkan daun nyiur yang melambai-lambai ditiup angin. Mungkin juga boleh melukis gambar hati dan di dalamnya ada taman bagi menggambarkan metafora "taman hati". Di situ kita mampu menjelaskan perkara yang nyata dan abstrak sifatnya. Mungkin pada aspek yang lebih abstrak lagi, bahan-bahan sastera yang sebegitu akan lebih mudah difahami.

3. Penggunaan pelbagai indera.
Kita sering menggunakan pelbagai indera untuk memaham tentang sesuatu perkara. Oleh itu multimedia mampu menarik perhatian panca indera kita samada melalui pandangan mata, pendengaran, perasaan dan daya sentuh kita ketika berinteraksi secara interaktif dengan bahan multimedia.

4. Kesan apresiasi yang lebih mendalam.
Secara mudah maksud apresiasi adalah kesan penghayatan terhadap sesuatu perkara. Dalam konteks sastera, sudah tentu ia merujuk kepada pelbagai bahan yang ada dalam karya sastera. Oleh itu, multimedia mampu memberikan kesan apresiasi yang tinggi jika bahan sastera itu divideo, dilukis dan dianimasikan.



3.2 Prinsip asas multimedia dalam sastera
3.2 1 Teks
Teks adalah terdiri dari huruf, simbol, abjad, nombor dan statistik. Ia menggunakan pelbagai jenis tulisan dan fon. Teks lazim digunakan dalam multimedia. Warna tulisan dan saiz teks juga memainkan peranan yang penting dalam persembahan multimedia. Jika elemen multimedia yang lain boleh digunakan bersama teks dan ia akan menjadi lebih menarik. Umpamanya unsur animasi boleh digunakan ketika mempersembahkan teks.

3.2.2 Grafik
Ia merupakan apa-apa sahaja yang berbentuk tulisan, lukisan, lakaran atau gambar dalam bentuk 2D dan 3D. Kadang-kadang grafik juga boleh dipersembahkan dalam bentuk histogram mudah, plot graf, carta dan ilustrasi.

3.2.3 Audio visual
Audio secara mudah disebut sebagai bunyi-bunyian. Ia merupakan satu cara yang berkesan untuk menarik perhatian pengguna multimedia. Kadang-kadang ia berbentuk kesan bunyi yang ringkas akan dapat menarik perhatian. Malah kesan bunyi akan lebih menarik jika disertakan pula bunyi muzik dan lagu. Audio juga boleh diambil daripada bunyi alam seperti suara ombak, bunyi unggas, guruh dan lain-lain.

Video pula merupakan cara berkesan bagi menyampaikan maklumat yang gagal ditangani oleh media lain. Unsur video dalam multimedia membawa satu perubahan besar di dalam kaedah penyaluran maklumat. Kebanyakan video mampu membawa unsur menyerupai keadaan sebenar.

3.2.4 Animasi
Animasi adalah pergerakan bagi sesuatu objek. Animasi dalam aplikasi multimedia mampu menarik perhatian khalayak (penonton, pembaca dan pendengar). Animasi sesuatu yang mustahil atau kompleks berlaku dalam kehidupan sebenar direalisasikan dalam aplikasi tersebut.

3.3 Pembinaan papan cerita

3.3.1 Konsep

Papan cerita (story board) adalah skrip yang memberikan panduan iaitu input dan maklumat dalam proses pemindahan dalam bentuk multimedia. 

Papan cerita memperinci kandungan dan keperluan yang diperlukan dalam sesuatu proses pemindahan/persembahan.

Papan cerita sebagai lakaran grafik, skrin paparan yang dilihat oleh pengguna bersama dengan maklumat audio, video dan kesan interaktif pada setiap bingkai (frame).

3.3.2 Fungsi/Tujuan Papan Cerita
1. Persediaan bahan.
Papan cerita akan mencatatkan segala keperluan terhadap bahan multimedia yang akan dibina. Misalnya jika penceritaan memerlukan gambar yang dilukis, maka catatan di papan cerita akan membantu ingatan pembina multimedia agar menyediakan lukisan berkenaan. Begitu juga jika memerlukan bahan lain seperti bahan video, bahan audio dan visual yang lain.

2. Penyediaan instrumen multimedia.
Instrumen multimedia mungkin dicatatkan dalam papan cerita sebagai bahan yang berkait dengan "hardware" dan "software". Keperluan instrumen ini bergantung kepada kemampuan pihak yang akan membina multimedia. Persediaan software seperti powerpoint, movie maker dan lain-lain adalah perlu. Begitu juga persediaan hardware seperti kamera, alat imbasanm perakam suara dan lain-lain. Semua instrumen ini akan dicatat dalam papan cerita.

3. Penyediaan keperluan.
Keperluan tambahan yang berkait rapat dengan multimedia juga dicatat di dalam sesebuah papan cerita. Bahan-bahan tersebut akan membantu meningkatkan kualiti sesebuah multimedia. Umpamanya, jika sesebuah papan cerita itu memerlukan aktiviti rakaman, maka sebuah studio yang sesuai perlu disediakan bagi tujuan tersebut. Kadangkala persediaan keperluan lebih lama berbanding proses mencipta multimedia.


4. Perbelanjaan
Tidak ada catatan perbelanjaan yang khusus perlu dicatat di dalam sesebuah papan cerita. Namun segala keperluan yang dicatatkan tentunya mempunyai kos tertentu. Oleh itu papan cerita akan membantu seseorang pembina multimedia menganggarkan kadar perbelanjaan yang bakan dikeluarkan. Semakin canggih rancangan di papan cerita, maka semakin tinggilah perbelanjaan yang bakal dikeluarkan.


3.3.3 Format
1. Tidak bersifat rigid.
Papan cerita tidak menetapkan secara khusus formatnya. Apa yang penting, elemen multimedia yang harus ada dapat dijelaskan di atas lakaran papan cerita. Bentuk format tersebut adalah bergantung kepada kreativiti pencipta papan cerita. Semakin banyak rancangan, maka semakin luas ruang yang perlu  disediakan dalam papan cerita.

2. Mempunyai maklumat yang dicadangkan sama ada huraian teks, grafik, animasi atau audio-visual.
Walaupun tidak rigid dari segi format, namun maklumat yang wajib ada dalam sesebuah papan cerita mesti mengandungi teks, grafik, animasi dan adio-visual. Setiap elemen ini perlu dijelaskan secara detail agar tidak menimbulkan kekeliruan ketika proses membina multimedia.

3. Sesebuah lakaran papan cerita terdiri daripada sejumlah bingkai.
Terdapat banyak bingkai dalam sesebuah papan cerita. Setiap bingkai akan menentukan rancangan aktiviti masing-masing.

4. Bingkai tersebut adalah penunjuk sesuatu rincian.
Setiap bingkai akan mencatatkan perincian yang dapat menjelaskan kepada sesiapa sahaja yang membaca papan cerita tersebut. Jika tiada perincian dibuat, mungkin akan mendatangkan masalah jika proses pembinaan itu dibuat oleh pihak lain.

Prosedur papan cerita.
1. Perancangan
Perancangan awal adalah penting untuk memastikan proses pembinaan papan cerita tersusun mengikut kronologi dan mengelakkan kecelaruan ketika perlaksanaan. Namun perancangan ini bersifat fleksibel dan boleh diubah suai. 

2. Perbincangan.
Perbincangan perlu dilakukan sesama rakan yang hendak membina multimedia. Aktiviti ini adalah perlu bagi menyelaraskan antara kehendak dalam perancangan dengan realiti ketika perlaksanaan hendak dibuat. Mungkin ada perancangan yang perlu diubahsuai kerana faktor kekangan masa, ruang dan kos. 

3. Pelaksanaan.
Ia bermaksud melaksanaan pembinaan papan cerita yang sebenar. Pada hakikatnya penyediaan papan cerita tidaklah terlalu rigid formatnya. Cukup sekadar mempunyai frame yang sepatutnya. Ada ruang melukiskan lakaran tertentu dan diterangkan matlamat sesuatu papan cerita yang hendak dibina. Setelah itu semua aspek yang berkaitan dengan pengisiaan ruang frame papan cerita hendaklah dilengkapkan. 

4. Kenalpasti keperluan.
Keperluan boleh dilihat dari aspek penyediaan bahan, hardware dan software. Malah aspek kos juga perlu diambil kira kerana semakin kompleks rancangan dalam papan cerita maka semakin bertambahlah kos yang akan diambil kira.

5. Elemen multimedia.
Elemen multimedia sudah tentu mengambil kira aspek teks, grafik, animasi dan audio visual. Empat elemen ini pula mempunyai pelbagai elemen kecil yang lain dan perlu diperincikan kaedah penyediaan dan cara mendapatkan bahannya.

3.4 Aplikasi multimedia dalam sastera - prosa dan puisi
3.4.1 Prosa
Bahan prosa digunakan dengan memetik sebahagian peristiwa penting dalam teks. Sebagai contoh penggunaan multimedia boleh dipaparkan dalam bentuk grafik yang memaparkan latar tempat, latar masa dan latar masyarakat. Begitu juga aspek lain termasuk audio visual, teks dan animasi.

3.4.2 Puisi

Biasanya petikan puisi digunakan sepenuhnya dalam paparan multimedia. Aspek kefahaman terhadap maksud puisi sangat diutamakan. Pada masa yang sama aplikasi ini akan menerapkan aspek pengajaran samada tersurat dan tersirat. Penggunaan teks amat penting dalam multimedia ini disamping lain-lain elemen multimedia.


Langkah penyediaan projek multimedia.
1. Mengenalpasti bahan yang akan dimultimediakan.
2. Menyediakan papan cerita - mengenalpasti multimedia yang sesuai.
3. Pembinaan/penghasilan
4. Pengeditan/pemurnian.
5. Persembahan





Ciri-ciri penerapan elemen multimedia.
1. Memberi kesan dan daya tarikan.
Kesan dan daya tarikan akan dapat diterapkan melalui beberapa kaedah seperti kesan bunyi dan kesan cahaya.

2. Membantu memberikan kefahaman.
Kefahaman tidak semestinya melalui persembahan bahasa dalam teks. Ia boleh difahami juga melalui kesan ilustrasi dan gambaran suasana. Mungkin juga kefahaman boleh dijelaskan dengan berkesan apabila dibantu dengan audio visual yang berkesan.

3. Tidak menimbulkan sesuatu yang bercanggah atau bertentangan dengan sesuatu konsep.
Percanggahan akan membawa kepada konflik dari sudut pemahaman maksud tetang sesuatu perkara.

4. Mengambil kira elemen sosio-budaya dan sensitiviti.
Aspek sosio budaya dan sensitiviti ini perlu diambil kira semasa memasukkan elemen multimedia. Kadang-kadang simbol-simbol tertentu sangat sensitif kepada sesetengah penganut agama. Malah kadangkala warna juga memainkan peranan penting kepada sebilangan masyarakat tertentu. Oleh itu menjaga hati dan perasaan sebahagian ahli masyarakat juga perlu diambil kira ketika membina multimedia.




Friday, August 23, 2013

922/3 A: Latihan Penulisan Kreatif - Sajak

Sajak adalah kata-kata terbaik dalam susunan terbaik. Berdasarkan gambar di bawah, hasilkan sebuah sajak yang bertemakan kemanusiaan. Panjang sajak hendaklah lebih kurang 30 baris dan tidak kurang tiga patah perkataan sebaris.                                          [25]


Pastikan anda mengambil kira kepada aspek-aspek berikut:

1. Tema yang dikehendaki iaitu kemanusiaan.
2. Gaya bahasa tertentu yang bersesuaian seperti personifikasi, metafora, pengulangan dan lain-lain.
3. Format penulisan yang diminta iaitu lebih kurang 30 baris dan tidak kurang tiga perkataan sebaris.
4. Tajuk yang sesuai.

922/3 A: Latihan penyuntingan. Cuba Buat...Lepas itu rujuk teks sebenar.

Arahan : Jawab semua soalan.

1.      Baca petikan di bawah dan jawab soalan yang mengikutinya.
Jawawab Sang Beruang, janganlah banyak-banyak kata tuan-tuan sekalian, akupun sedikit lagi di makan oleh raksasa jahanan itu.
Maka kata sang badak, “Adakah patut ikan sebanyak itu engkau berikan kepada raksasa itu?”
Ujar Sang Seladang pula , “Siapa yang cakap menunggu ikan kita ini, melainkan aku! Jikalu datang raksasa itu itu nescaya pecahlah perutnya akau pijakkan sehingga berhampuran keluar tahinya,” serta ia melompat kekiri dan ke kanan membongkarkan tanah disitu kemudian kattanya lagi, “Beginilah gayanya aku akan menanduuk raksasa itu?.,,.
Maka jawab segala rimba itu , baiklah jika boleh tan hamba  lawan       lah raksasa itu.”
pada keesokan hari nya segala maka isi rimba itu pun pula pergilah menangkap ikan. Apabila dapat dibawanya kepada sang seladang disuruhnya bakar.
Seketika            lamanya        maka      raksasa     itu pun datanglah perlahanlahan dari belakang Sang Seladang saraya berkata, “Hai seladang, mintalah aku ikan ikanmu itu”
Apabila suara raksasa mendengar itu maka seladang pun terkejutlah LAlu terjun pukang lintang ke sana kemari dengan tiada semangat, kemudia melompat masuk ke dalam hutan sambil terlaggar

 kepada pohon kayu hingga benggkaklah kepalanya dan melihat , dan rabit-rabitlah telinganya, Pada sangkaaannya ia telah diterkam oleh raksasa itu. Apabila ia menoleh ke mana dia pergi di perigi baca btul-betul belakang dan melihat rasaksa itu tiada dia mengejar lagi ia pun berhentilaH.


Sunting petikan di atas dengan menggunakan simbol-simbol penyuntingan yang betul.[25]



Rujuk petikan cerita daripada Permata Sastera Melayu  -- Petikan Hikayat Pelanduk Jenaka.

Wednesday, July 17, 2013

922/3 B: Pengurusan

Bahagian B
2. Pengurusan

2.1 Prinsip asas pengurusan

2.1.1 Perancangan
Proses di mana pengurus menentukan matlamat yang hendak dicapai dan menentukan tindakan yang paling sesuai untuk diambil disemua peringkat organisasi. 

Kepentingan Perancangan      
1. Menyediakan hala tuju / menentukan matlamat / fokus
2. Menyelaras sumber
3. Ukuran prestasi/pencapaian
4. Tindakan pembaikan
5. Panduan membuat keputusan

Tahap Perancangan

RANCANGAN STRATEGIK
Satu plan tindakan jangka panjang menyeluruh, yang disediakan untuk mencapai matlamat organisasi yang  telah ditetapkan dlm tempoh 5- 10 tahun yang akan datang.

RANCANGAN TAKTIKAL
Rancangan jangka masa sederhana(1- 5 thn) yang melibatkan pengagihan sumber kepada jabatan atau cawangan; memenuhi matlamat yang spesifik yang dinyatakan dalam misi.

RANCANGAN OPERASI
skop lebih sempit dan lebih khusus untuk satu-satu unit kerja atau  individu yang berkaitan dengan pengeluaran; merupakan rancangan harian yang lebih khusus untuk tempoh 30 hari hingga 1 tahun. 


Alat-alat Perancangan

1. Senarai semak kerja - Senarai semak kerja perlu diadakan kerana seseorang pengurus ingin memastikan semua kerja yang sepatutnya dilaksanakan oleh organisasi atau projek tertentu telah dilaksanakan dengan sempurna. 

2. Carta Gantt - Carta ini adalah menunjukkan tahap kemajuan dan pencapaian setiap aktiviti berdasarkan jangka masa yang diperlukan dan ditetapkan.

3. Belanjawan -alat untuk menganggarkan peruntukan dan mengagihkan sumber kewangan secara cekap untuk melaksanakan sesuatu kegiatan atau projek. Biasanya dalam belanjawan, para pengurus akan memastikan adanya sumber wang dan kemana wang tersebut digunakan (dibelanjakan). 


4. Analisis Pulang Modal - Jika projek melibatkan penggunaan modal dan ingin mengira untung rugi. Teknik ini membantu pembuat keputusan memahami hubung kait antara volume jualan, kos dan keuntungan. Contohnya ingin membuat pementasan drama dan melibatkan penjualan tiket kepada para penonton.



2.1.2 Pengorganisasian :
Proses penyusunanan pengagihan sumber manusia dan sumber lain untuk melaksanakan tugas  agar dapat mencapai matlamat yang telah ditetapkan dengan cekap dan berkesan

Kepentingan Pengorganisasian.

1. Untuk menjelaskan tugas-tugas setiap individu dalam organisasi
2. Untuk mengenalpasti siapa yang bertanggungjawab terhadap siapa.
3. Untuk membentuk saluran komunikasi yang formal 


Langkah-langkah Pengorganisasian.

1. Penentuan objektif 
Menetapkan objektif organisasi selaras misi organisasi
2. Mengenalpasti aktiviti
Membentuk aktiviti yang perlu dilakukan untuk mencapai objektif yang ditetapkan
3. Pengelasan aktiviti
Aktiviti dikelaskan mengikut tugas
4. Pengelompokan aktiviti
Mengelompokkan aktiviti yang sepadan dari segi fungsi dan sifat untuk menjadi satu  kumpulan kerja yang  formal
5. Pengagihan tugas
Pengurus mengagihkan tugas kepada pekerja yang sesuai mengikut kebolehan dan kemahiran  mereka melalui proses pengkhususan
6. Autoriti dan tanggungjawab
Autoriti dan tanggung jawab perlu diberikan agar pekerja dapat melaksanakan tugas mereka  dengan cekap dan berkesan


2.1.3 Tenaga kerja (Staffing = Penstafan)
Proses merancang, menginventori, mengambil dan meningkatkan kemahiran tenaga kerja

Kepentingan Penstafan

1. Membantu pengurus lini
Bekalkan tenaga kerja mencukupi(kuantiti dan kualiti)
2. Menyediakan khidmat nasihat
Mengatasi masalah hubungan antara manusia dlm organisasi
3. Mengawal aktiviti tenaga kerja
Kawalan dalaman dan luaran membolehkan sumber manusia digunakan secara optimum bagi mencapai matlamat organisasi
4. Membangunkan tenaga kerja
Proses meningkatkan kemahiran pekerja sedia ada agar sesuai dgn keperluan semasa



2.1.4 Kepimpinan
Proses dimana pengurus cuba mempengaruhi gelagat pekerja agar mereka dapat melaksanakan 
tugas yang diamanahkan dengan cekap dan berkesan.

Kepentingan Kepimpinan
1.Kemampuan untuk mempengaruhi pekerja melalui kuasa yang ada untuk bertindak supaya aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan berkesan
2. Memastikan pekerja melaksanakan tugas yang dipertanggunjawabkan selari dgn misi dan matlamat organisasi.
3. Mengetahui bagaimana setiap arahan yang diberikan kepada pekerja dipatuhi dan dilaksanakan
4. Menjadi teladan(role model) kepada pekerja untuk melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan melalui nilai & ciri kepimpinan yang baik 


Gaya Kepimpinan
Definisi : Pendekatan yang digunakan oleh seseorang pemimpin untuk mempengaruhi pengikutnya

Tiga gaya kepimpinan:
i)   Gaya laissez-faire/bebas-- Gaya kepimpinan ini agak kurang mengawal pekerja. Selalunya pengurus jenis ini suka memberikan kebebasan kepada orang bawahan. Apa yang penting matlamat organisasi dapat dicapai dengan jayanya. Gaya kepimpinan ini kurang menitik beratkan pengeluaran dan hal ehwal pekerja. 
ii)  Gaya demokratik/penglibatan-- Menitik beratkan pengeluaran dan hal ehwal pekerja. Pemimpin ini memberi peluang kepada orang bawahan memberikan pendapatnya. Pemimpin akan memberi pertimbangan terhadap sebarang cadangan pekerja bawahan. Wujud komunikasi dua hala. Namun pemimpin mengambil masa yang agak lama untuk membuat keputusan. 
iii)   Gaya Autokratik-- Menitik-beratkan hal-hal pencapaian matlamat melalui operasi tugas yang berkesan . Pemimpin ini mengamalkan komunikasi sehala di mana semua keputusan adalah di tangannya. Orang bawahan hanya menerima arahan dan melaksanakannya mengikut arahan pemimpin. Proses membuat keputusan lebih cepat kerana tidak memerlukan pandangan ramai pihak.





Peranan Pemimpin.

1. Jurulatih
Pemimpin adalah golongan yang paling dipercayai kerana kebolehan, pengalaman dan pengetahuan. Layaklah dirinya menjadi jurulatih kerana dirinya mempunyai kelebihan berbanding orang bawahannya.

2. Pembimbing
Sebagai orang yang berpengetahuan tentunya dirinya mampu memberi bimbingan. Sesuai dengan sifat pemimpin yang menjadi "role model" - kepimpinan melalui teladan. Orang bawahan mengharapkan tunjuk ajar daripada ketua.

3. Pendorong.
Pemimpin seharusnya bijak memberikan pujian dan galakan kepada orang bawahan. Penghargaan hendaklah diberi kepada pengikutnya yang setia, rajin dan mampu melaksanakan tugas bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan organisasi.

4. Sahabat
Pemimpin perlu mengambil tahu hal ehwal orang bawahannya. Seharusnya membantu masalah yang dihadapi oleh orang bawahannya. Wujudkan hubungan baik dengan orang bawahan. Pekerja akan rasa disayangi dan menganggap ketuanya adalah rakan yang prihatin. 

5. Ketua
Pemimpin perlu menjelaskan matlamat yang hendak dicapai oleh organisasi. Orang bawahan akan faham kehendak ketua yang inginkan pencapaian yang terbaik bagi matlamat organisasi.Orang bawahan akan patuh dan mendengar arahan pemimpin kerana mereka faham bahawa kehendak ketua itu adalah kehendak organisasi.




2.1.5 Kawalan
Proses di mana pengurus memantau prestasi semasa dan mengambil tindakan untuk memastikan hasil  akhir  tercapai  seperti  yang  dijangkakan. Tindakan memastikan aktiviti organisasi dilaksanakan mengikut rancangan yang telah dibuat pada peringkat awal.

Kepentingan Kawalan.

1. Memastikan aktiviti dirancang dilaksanakan dengan baik -keseluruhan arah tuju selari dgn rancangan jangka pendek / jangka panjang
2. Mengelakkan penyelewengan- pematuhan peraturan dan polisi org.

3. Mengenalpasti punca kesilapan  dengan segera-membolehkan tindakan pembetulan dapat dibuat dengan segera

4. Mendapatkan maklumbalas - sebagai garis panduan dalam perancangan  dan kawalan akan datang






2.2 Terapan terhadap teks. (Rujuk kepada tiga teks iaitu Sulalatus Salatin, Novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur dan Permata Sastera Melayu)

1. Sulalatus Salatin.

Perancangan.
Lihat bagaimana Tun Perak merancang strategi peperangan dengan Siam pada kali pertama dan kedua. Perang pertama Tun Perak merancang strategi membawa anak isteri. Perang kedua, Tun Perak merancang untuk mengganggu tentera Siam dengan serangan gila-gila Tun Umar. Pada waktu malam dirancang pula dengan strategi memasang puntung api agar kelihatan ramai rakyat Melaka tidak tidur dan berjaga malam di pantai.

Pengorganisasian.
Lihat bagaimana Sultan menyusun atur perjawatan dalam negeri Melaka secara umum.

Penstafan.
Lihat proses melantik pemimpin di Melaka secara umum. Ramai yang dilantik adalah berdasarkan bakat dan kebolehan masing-masing. Tun Perak dilantik kerana beliau bijak merancang, berpandangan jauh dan berani. Begitu juga perlantikan dan naik pangkat Hang Tuah adalah kerana kelayakan beliau menduduki perjawatan yang ada.

Kepimpinan. 
Lihat proses mempengaruhi orang bawahan untuk berbuat sesuatu perlakuan dan arahan. Contoh peristiwa Pembunuhan Tun Besar yang memperlihatkan kepimpinan Bendahara Paduka Raja Tun Perak. Tun Perak berjaya mempengaruhi pengikutnya dengan menggunakan gaya kepimpinannya. Beliau berjaya menghalang pengikutnya supaya tidak menderhaka kepada raja (Sultan Mansur Syah).


Pengawalan. 
Pengawalan dalam pemerintahan Melaka lebih ditekankan kepada aspek kepatuhan terhadap waad dan perundangan Melaka. Pada masa yang sama pengawalan juga diterapkan melalui adat istiadat dan pantang larang yang diamalkan secara meluas di kalangan rakyat di negeri Melaka terutama dalam kehidupan masyarakat istana.



Lihat proses mewujudkan undang-undang dan peraturan yang merupakan proses kawalan kepada masyarakat Melaka.

2. Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur

Perancangan
Pengorganisasian
Penstafan
Kepimpinan
Pengawalan

Soalan Perbincangan:
Sekiranya anda menjadi pemimpin seperti Encik Muhammad dalam Novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur, gaya kepimpinan yang manakah yang menjadi pilihan anda. Bincangkan.




3. Permata Sastera Melayu.

Perancangan
Pengorganisasian
Penstafan
Kepimpinan
Pengawalan



2.3 Organisasi sastera

     2.3.1 Pengurusan organisasi

     2.3.2 Pengurusan projek


922/1 Bahagian C: Prosa Moden. Drama Asiah Samiah

Gambaran masyarakat dalam Drama 1. Masyarakat yang mementingkan kebendaan 2. Wujudnya masyarakat yang mempertahankan hak 3. Masyarakat gemar...