Penggal kedua adalah fasa ke arah merealisasikan pembelajaran sastera sebagai "sastera gunaan". Para pelajar perlu baca dan fahami isi dua teks sastera iaitu karya agung "Sejarah Melayu" dan novel karya Keris Mas selaku sasterawan negara yang terkenal iaitu "Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur". Tanpa membaca dua teks ini, para pelajar tidak akan dapat membincangkan dengan tuntas kehendak sukatan pelajaran STPM yang ada.
Guru adalah pemudah cara dengan membuka sebarang perbincangan yang disebut dalam sukatan. Maka para pelajarlah yang mengkaji dan membentangkan apa-apa isu yang diminta dalam pembelajaran. Perkara yang menjadi masalah besar dalam pembelajaran tingkatan enam ialah mengharapkan suapan guru sedangkan tahap tingkatan enam sama tarafnya dengan diploma pengajian tinggi. Sepatutnya apabila guru tamat menjelaskan sukatan dan isinya, maka wajarlah pelajar membentangkan apa-apa tugasan dalam sesi tutorial.
Jika kita ke medan tempur tanpa sebarang senjata tentunya kita hanya menyerahkan nyawa kita kepada takdir tanpa sebarang usaha dan ikhtiar. Begitulah keadaannya jika kita sebagai seorang pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi tetapi tidak mempunyai persediaan yang cukup. Langkah awal anda ialah memiliki kedua-dua buah buku berkenaan. Memiliki sahaja tidak cukup. Anda perlu baca, faham dan mampu menerangkan kepada orang lain tentang isi buku berkenaan. Apapun tahniah kepada para pelajar yang mahu melayari post-post seperti ini, membaca dan sekurang-kurangnya telah melangkah awal sebelum turun merenang gelora kedua di penggal yang kedua.

No comments:
Post a Comment