Maksud alam sekitar dari segi bahasa
ALAM bermaksud dunia,
bumi atau segala yang terdapat di langit dan di bumi
SEKITAR bermaksud di
tempat atau di sekeliling
Definisi alam sekitar
Perkataan “alam
sekitar” atau dalam bahasa Inggeris disebut “invironment” membawa maksud
keadaan sekeliling atau lingkungan. Oleh itu, sekirannya berdasarkan kepada
terjemahan literal, maka perkataan “alam sekitar” adalah menuju kepada apa
sahaja yang melingkungi manusia. Bagaimanapun, secara khusus perkataan alam
sekitar merujuk kepada fenomena fizikal sama ada biotik atau abiotik yang
melingkungi suatu organisma. Fenomena fizikal ini termasuk juga fenomena yang
berkait dengan iklim dan cuaca. (Mohd Zuhdi Marsuku, 2002).
Terdapat satu
lagi definsi alam sekitar. Namun ia lebih kepada kefahaman “environmentalisme“.
Dijelaskan bahawa ia merupakan satu istilah geografi tentang doktrin falsafah
yang memberikan penekanan terhadap aspek fizikal alam sekitar seperti keadaan
iklim dunia yang berkait dengan aktiviti manusia. (A. Bullock &
O.Stallybrass, 1997)
Kesemua definisi
yang dikemukakan di atas secara umumnya menjelaskan alam sekitar adalah
keseluruhan fenomena sekeliling yang boleh mempengaruhi kehidupan sesuatu
organisma. Definisi ini adalah definisi yang diterima dalam pengajian Sains
Alam Sekitar yang hanya terbatas kepada fenomena fizikal sesuai dengan
pandangan semesta moden yang berteraskan kepada metode emperikal. (Mohd Nur
Hakimi Razana, 2004)
Alam sekitar terbahagi kepada beberapa komponen:

1. Unit landskap
yang berfungsi sebagai sistem semula jadi tanpa penglibatan manusia, termasuk
haiwan, tumbuh-tumbuhan, batu-bata, dan sebagainya, serta fenomena semula
jadi yang berlaku.
2.
Sumber sejagat semula jadi serta fenomena
fizikal yang tidak mempunyai batasan tertentu seperti udara, air, iklim, serta
tenaga, sinaran, cas elektrik, dan kemagnetan, yang tidak wujud hasil daripada
aktiviti manusia.
Lestari alam sekitar bukan diperjuangkan sekadar slogan sahaja
tetapi melalui amalan murni yang praktikal. Walaupun tidak disebut secara
terperinci dalam penulisan Sejarah Melayu dan SBDKL, namun amalan dan perlakuan masyarakat terdahulu yang telah diceritakan telah menggambarkan mereka
sangat cintakan alam.
Sejarah Melayu (Sulalatus Salatin) menceritakan bagaimana Raja Suran begitu gemar dengan keindahan alam sekitar. Diceritakan bagaimana Raja Suran berbuat negeri baru di benua Keling (hlm. 17) yang dipenuhi dengan pemandangan yang indah. Negeri tersebut diberi nama "Bijaya Negara". Terdapat bukit bukau dan gunung ganang yang luas dan sayup mata memandang. Diceritakan juga ada sebuah pulau yang dipenuhi dengan flora dan fauna. Ada pokok-pokok dan bungaan. Terdapat juga pelbagai jenis haiwan di dalam pulau itu. Di sana juga terdapat tasik dan hutan. Di tepi tasik dan pulau kelihatan embun seperti asap. Di situlah tempat baginda bermain atau bersiar-siar. Malah pada masa tertentu sultan akan berburu binatang hutan berkenaan. Gambaran ini menjelaskan kepada kita bahawa pemerintah pada masa itu amat suka dengan keindahan alam sekitar. Raja membiarkan lestari alam sekitar supaya dalam keadaan asal dan menikmati flora dan fauna yang ada di dalamnya. Sesekali berburu dan menjerat gajah bukan bermaksud memusnahkan isi hutan, tetapi sebagai salah satu cara menikmati keindahan alam kerana kegiatan tersebut bukan dilakukan secara kerap. Apa yang penting ialah mesej penulis yang bernama Tun Sri Lanang yang inginkan suasana alam sekitar yang indah dapat dikekalkan dapat disampaikan dalam buku tersebut.
Bagi SBDKL pula, kita melihat bagaimana perancangan rapi sebelum pembukaan lombong dilakukan. Kerisauan penduduk kampung terahadap aktiviti yang mungkin boleh memusnahkan alam adalah gambaran betapa masyarakat berfikir peri pentingnya alam sekitar. Perkara tersebut juga diperjuangkan oleh Rahim yang sentiasa mengikuti perkembangan kegiatan bapanya di Jeram Medang walaupun dia berada jauh di luar negara. Susun atur tempat operasi perlombongan dirancang sebegitu rupa agar kegiatan yang dilakukan tidak mengancam lestari alam sekitar sedia ada.