SAJAK
Pertemuan di Hyde Park
Adi Badiozaman Tuah
Bila berdiri di antara pepohon rimbun
di Hyde Park
aku teringat sebidang tanah luas pemberian
ayah di kampung
betapa sebelumnya ia adalah tanah hutan dara
setelah ditebang pokok dan dibersihkan semak
kemudian dibiarkan kering dan dibakar
dan setelah berkali-kali ditanam padi
menjadi huma bukit milik keluarga.
Atas munggu itulah aku selalu berdiri
bersama ayah
sama ada ketika padi membesar
atau semasa menghalau burung pipit
atau membaiki langkau dan tempat jemuran padi
atau saja-saja santai antara panggilan emak
bila memerlukan kopi
atau bila kemudiannya menemani ayah
menanam anak getah
atau membetulkan barisan tanaman ladanya.
Bagaikan membahaskan isu utama dunia di
Sudut Pidato
di situlah ayah akan bercerita tentang erti
sebuah tanah
tentang tanggungjawab penjagaan dan
pemeliharaannya
betapa kegunaannya bisa berubah mengikut
ketentuan dan keperluan masa
segalanya kitalah yang menentukan dan tanah
sedia menerima tanpa bicara
Di situlah ayah sering mengingatkan
erti sebuah amanah
kitalah yang mencorakkan dan membentuk
tanah ini mengikut kesesuaiannya
dan sekiranya alpa, tanah ini akan kembali
semula menjadi milik alam semesta.
Sumber: Wajah Kita: Kumpulan karya Penulis Sarawak, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2004
Hiyde Park
Perkataan yangperlu difahami
1. Hyde Park
2. munggu = Busut, longgokan, mungguk timbunan tanah.
3. langkau = batas, baris tanaman.
Maksud Sajak
Oleh Adi Badiozaman Tuah halaman 19-20. Tahun 2004. Sebelum
memahami sajak ini kita perlu tahu latar belakang dan sejarah Hyde Park.
Hyde Park adalah satu tempat yang
dikategorikan sebagai taman diraja yang dipenuhi dengan kehijauan persekitarannya
yang seluas 630 ekar. Pernah dibom oleh tentera pemberontak Ireland (IRA) yang
menyebabkan 8 orang mati.
Pada rangkap pertama pengarang telah
membandingkan sebidang tanah pemberian ayahnya di kampung dengan pepohon rimbun
di Hyde Park. Pengarang telah menceritakan sejarah tanahnya daripada sebuah
hutan kepada sebuah ladang huma milik keluarga.
Rangkap kedua pula menjelaskan bagaimana
aktiviti pertanian yang telah dijalankan di kebun ayahnya itu.
Rangkap ketiga membicarakan tentang
tanggungjawab penjagaan dan pemeliharaan tanah. Kita sebagai pentadbir kebada
tanah yang dimiliki adalah pihak yang menentukan batas-batas kegunaan tanah
tersebut.
Rangkap keempat adalah ingatan ayah
penyajak tentang tanggungjawab pewaris tanah dan nasihat yang dikemukakan supaya
jangan alpa (lupa) terhadap amanah yang mereka miliki. Segala milik kita akan
kembali menjadi milik alam semesta sekiranya kita lupa.
Pandangan Sarwajagat.
Jika kita mengetahui sejarah Hyde Park tentunya
terdapat beberapa keadaan yang perlu difahami oleh kita mengapa pertemuan di
tempat penyajak berada menjadi titik tolak pendapatnya tentang alam sekitar.
Sebagai taman diraja, Hyde Park menjadi satu tempat yang indah di tengah kota
London. Di sekeliling taman berkenaan pula telah dipenuhi dengan pembangunan
yang pesat seperti rumah dan pusat-pusat perdagangan. Malah Hyde Park juga menjadi tempat awam
masyarakat kota London melakukan aktiviti sosial termasuklah berhibur dengan
konsert di sana. Malah sejarah juga mencatatkan tentang serangan tentera
Ireland yang telah memberontak pada tahun 1982. Lalu penyajak mempunyai
beberapa padangan tentang fungsi sebidang tanah sebagaimana tanah milik ayahnya
yang telah digunakan untuk tujuan pertanian. Ayat sajak ini mencatatkan seperti
berikut:
“betapa kegunaannya bisa berubah mengikut ketentuan
dan keperluan masa”
“segalnya kitalah yang menentukan dan tanah sedia
menerima tanpa bicara”
Ayat sajak di atas menggambarkan tentang kekuasaan
manusia ke atas tanah atau alam sekitar yang dikuasai boleh berfungsi mengikut
kehendak pemiliknya. Jika melihat kepada Hyde Park, ia sehingga kini mampu
dipertahankan sebagai satu kawasan semulajadi yang terpelihara sedangkan
persekitaran Hyde Park sudah dibangunkan menjadi Bandar kosmopolitan yang maju
dan sibuk (rujuk:
Tema Sajak.
Persekitaran Hyde Park telah
menimbulkan idea penyajak untuk menyampaikan amanat melalui puisi beliau dengan
tema “menghargai tanah warisan”. Tanah warisan adalah kurnia yang perlu dijaga
sebaiknya. Kita sebagai penerima amanah bertanggungjawab untuk memanfaatkan
tanah mengikut keperluan semasa. Tanah boleh digunakan untuk tujuan pertanian
sekalipun terpaksa mengorbankan hutan dara kerana keperluan untuk makanan lebih
utama. Bagi Hyde Park, tanah tersebut perlu dijaga keindahan persekitarannya
kerana kemusnahannya memungkinkan masyarakat setempat tidak dapat menikmati
kawasan yang sedemikian rupa lagi. Persekitara Hyde Park sendiri sudah
dikorbankan untuk kepentingan komersial dan penempatan manusia. Oleh itu masyarakat
di kampung halaman penyajak perlu disedarkan tentang usaha mengurus sumber
tanah yang terhad ini dilakukan dengan berhati-hati supaya terpelihara dari
kemusnahan. Penyajak sering ingat nasihat ayahnya yang selalu bercerita tentang
erti “sebuah tanah” (rangkap 3 hlm. 19).
Pemikiran.
1. Menjaga
amanah tanah warisan
2. Menghargai
pemberian warisan keluarga
3. Mengurus
harta warisan dengan bijaksana
4. Kealpaan
mengurus sumber semulajadi seperti tanah akan mengakibatkan
kemusnahan.(persoalan di atas perlu dihuraikan)
Aspek Estetik.
1. Aspek
bahasa
2. Pemilihan
kata
3. Rima
sajak
4. Unsur
bunyi – Asonansi dan Aliterasi
(sila huraikan)
No comments:
Post a Comment