Thursday, April 11, 2013

922/2 Soalan Contoh no 4 (Pembangunan Masyarakat)

Bincangkan mobiliti sosial dalam Saudagar Besar dari Kuala Lumpur, karya Keris Mas   [25]

Pendahuluan - Beri definisi frasa "mobiliti sosial" .  Kemudian kaitkan mobiliti dengan keadaan masyarakat yang membangun.


Beri 4 isi:

1. Perubahan daripada manusia biasa kepada golongan yang berada.
2. Perubahan daripada tahap pendidikan yang rendah kepada tahap pendidikan yang lebih tinggi.
3. Masyarakat yang asalnya tinggal di kampung berubah menjadi penduduk kota yang maju.
4. Keadaan masyarakat kampung yang mundur kepada keadaan yang lebih maju. 
5. Ahli masyarakat yang lebih berpengetahuan dalam bidang agama.
6. Masyarakat yang berubah dari sebuah kampung yang kurang maju kepada sebuah penempatan baru yang lebih terjamin masa depan.

Penutup - 

Kesimpulan daripada perbincangan di atas adalah........
Adalah diharapkan supaya.......
Antara saranan yang boleh diutarakan ialah.


Jawapan:


Pendahuluan

Mobiliti bermaksud satu pergerakan atau perubahan dari satu keadaan kepada satu keadaan tertentu. Sosial pula adalah merujuk kepada ahli masyarakat yang mendiami suatu penempatan. Oleh itu mobiliti sosial boleh diertikan sebagai pergerakan masyarakat daripada satu kelas sosial kepada tahap kelas sosial yang lain. Berdasarkan novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur, terdapat beberapa situasi yang menunjukkan bahawa masyarakat Kampung Tualang telah berubah kepada keadaan yang lebih maju dalam kehidupan mereka. Perkara ini dapat dibuktikan melalui pencapaian individu dan beberapa ahli masyarakat yang terlibat dalam watak novel tersebut.

Contoh Isi jawapan
1. Perubahan daripada manusia biasa kepada golongan yang berada atau kaya raya. Encik Muhammad telah dapat mencapai kejayaan dalam kehidupannya dan menjadi kaya raya. Pada awalnya beliau adalah manusia biasa yang berpendidikan tinggi. Beliau memilih untuk tidak bekerja dengan kerajaan dan bekerja dengan swasta. Kemudian encik Muhammad telah membuka syarikat sendiri dan menjadi usahawan yang berjaya. Beliau telah berjaya dan mempunyai kekayaan yang banyak dan mampu membesarkan saiz perniagaan beliau. Contohnya beliau telah memasuki perniagaan eksport lada hitam ke Jerman bersama-sama dengan Dato' Tan selaku rakan kongsi beliau.  Sebaliknya jika encik Muhammad tidak bertindak menjadi usahawan sudah tentu beliau tidak berjaya menjadi orang yang kaya raya. Hal ini menunjukkan bahawa suatu mobiliti sosial telah berlaku dimana encik Muhammad telah berubah menjadi kaya raya iaitu satu tahap pencapaian kelas sosial yang lebih tinggi.

2. Perubahan daripada tahap pendidikan yang rendah kepada tahap pendidikan yang lebih tinggi. Encik Muhammad dan anaknya Rahim adalah antara individu yang berjaya mencapai tahap pendidikan yang tinggi. Begitu juga rakan Rahim iaitu Robert yang berjaya dalam bidang kejuruteraan. Pencapaian tinggi dalam bidang pendidikan ini adalah satu bentuk mobiliti sosial yang sangat positif. Perkara ini adalah salah satu kemajuan masyarakat yang dikehendaki oleh ramai orang. Jika ramai manusia berpendidikan tinggi, maka sesebuah masyarakat itu dianggap telah maju dan membangun. Rahim telah mampu menjadi insan yang berpendirian teguh dan mempunyai prinsip hidup. beliau juga berani memberikan teguran dan cadangan kepada bapanya tentang projek lombong di Kampung Tualang. Jika ahli masyarakat tidak dididik sehingga peringkat tinggi, mungkin golongan pemikir seperti Rahim akan berkurangan. Oleh itu wajarlah masyarakat digalakkan supaya mencapai pendidikan yang lebih tinggi berbanding pencapaian sedia ada. Perubahan ini adalah salah satu bentuk mobiliti yang positif bagi pembangunan masyarakat.

3. Masyarakat yang asalnya tinggal di kampung berubah menjadi penduduk kota yang maju.

4. Keadaan masyarakat kampung yang mundur kepada keadaan yang lebih maju. 



5. Ahli masyarakat yang lebih berpengetahuan dalam bidang agama.


6. Masyarakat yang berubah dari sebuah kampung yang kurang maju kepada sebuah penempatan baru yang lebih terjamin masa depan.

Wednesday, April 3, 2013

Teruskan Semangat Juang Anda

Kepada pengunjung laman ini terutamanya para pelajar Pra Universiti Tingkatan Enam. Mungkin anda sedang termenung mengenangkan keputusan peperiksaan STPM penggal 1 yang lalu. Anda semua jangan kecewa atau gundah dengan apa yang telah anda capai. Anda masih berpeluang memperbaiki prestasi yang kurang memuaskan. Penggal 1 hanyalah sebahagian daripada proses penilaian dan anda masih berpeluang memperbaikinya dengan mengulang peperiksaan berkenaan. Pastikan anda memandang ke hadapan dan cuba membaiki pencapaian dalam peperiksaan penggal 2 dan 3. Seterusnya, anda perlu siapkan tugasan kertas KMK dengan baik dengan memenuhi keperluan penilaian. Berhubunglah selalu dengan guru anda. Saya yakin guru anda sanggup membantu anda dan tidak ada kerahsiaan dalam pemberian markah. Jika anda buat tugasan dengan lengkap, anda tetap akan dapat apa yang anda inginkan. Selamat berjaya. kata pepatah arab "Man jadda wa jada".....siapa yang berusaha dia akan dapat apa yang telah diusahakan. Jangan buang masa berada di tingkatan enam tanpa pencapaian yang baik.

Thursday, February 28, 2013

922/2 Pembangunan Insan: Soalan 1

Huraikan kebijaksanaan Tun Perak sebagai insan yang mampu memberikan sumbangan besar kepada negara dan jelaskan kesannya kepada diri anda?

Tun Perak adalah anak kepada Sri Wak Raja. Menjadi penghulu di Kelang. Kemudian dilantik menjadi bendahara Melaka menggantikan Sri Nara Diraja Tun Ali. Beliau bergelar Bendahara Paduka Raja. 

Beliau seorang yang bijak mengatur strategi peperangan. Ketika menghadapi peperangan dengan Siam kali pertama, Tun Perak telah membawa tentera bersama anak dan isteri masing-masing. Tujuan strategi ini adalah supaya angkatan perangnya bersemangat untuk berperang. Akhirnya dengan kebijaksanaan beliau, angkatan Siam dapat dikalahkan. Begitu juga ketika serangan Siam kali kedua, Tun Perak telah memberi cadangan agar memasang puntung api di pokok nyireh dan bakau di sepanjang pantai pada waktu malam. Tindakan ini telah menyebabkan angkatan Siam takut dan tidak jadi berperang dengan Melaka. Kebijaksanaan Tun Perak ini telah memberi kesan kepada diri saya agar sentiasa mempunyai perancangan dalam kehidupan. Seorang yang bijak merancang akan berjaya dalam hidup. 

Tun Perak juga seorang yang bijak berhujah dan mematahkan hujah pihak lawan.  Seri Amerta berkata bahawa tindakan Tun Perak mengarahkan supaya membawa anak isteri adalah satu idea yang tidak masuk akal dan lemah. Tun Perak telah berjaya mematahkan hujah Seri Amerta dan Sultan Muzaffar amat mengkagumi kebijaksanaan Bendahara Paduka Raja tersebut. Peristiwa ini telah memberi kesan kepada diri saya agar sentiasa bijak berfikir dan pandai berhujah dengan sesiapa sahaja. Kebolehan memberi pendapat, membolehkan diri saya dihormati oleh pihak yang lain.


Seterusnya Bendahara Paduka Raja Tun Perak juga seorang yang sangat bijak membuat keputusan dan bertindak. Ketika menghadapi situasi anaknya dibunuh oleh Raja Muhammad iaitu anak Sultan Mansur Syah, beliau begitu bijak memberikan pendapatnya kepada sultan. Sultan telah menerima pendapat Tun Perak yang sangat bernas iaitu tidak merajakan Raja Muhammad di Melaka. Akhirnya Raja Muhammad telah dihantar ke negeri Pahang atau Inderapura. Peristiwa tersebut sangat memberi kesan kepada jiwa saya agar sentiasa bijak menggunakan akal fikiran dalam bertindak. Malah saya perlu bijak membuat keputusan dalam situasi yang kritikal dan sangat memerlukan.


Kesimpulannya,.......................

Friday, February 22, 2013

Pembangunan Negara: Ekonomi

Sub tajuk perbincangan hendaklah menjurus kepada aspek di bawah:
-Pertanian
-Keusahawanan
-Perdagangan.

Ekonomi merupakan ilmu yang mengkaji bagaimana manusia mengagihkan sumber-sumber ekonomi yang terhad untuk memenuhi kehendak-kehendak manusia yang tidak terhadSumber ekonomi merupakan faktor-faktor pengeluaran yang diperlukan untuk mengeluarkan barang-barang dan perkhidmatan. Ia terdiri daripada buruh, tanah, modal dan usahawan. Sumber ekonomi adalah terhad penawarannya. Pembicaraan tentang ekonomi ini perlu dihubungkaitkan dengan faktor-faktor pengeluaran berkenaan dan segala perkara yang berkaitan yang dilihat dalam teks STPM.


Sejarah Melayu (Sulalatus Salatin)

Kegiatan ekonomi yang penting bagi teks Sulalatus Salatin dikaitkan dengan kegiatan pertanian. Bukit Siguntang adalah kawasan perhumaan yang menggambarkan wujud kegiatan pertanian dan cita masyarakat setempat yang ingin kaya raya punya emas segala. Lalu anganan para penduduk yang ingin kaya raya itu diimaginasikan melalui cerita ajaib dengan harapan menjadi kenyataan. Kedatangan keturunan raja Melaka dikatakan telah mengubah tanaman berkenaan iaitu pokok padi berbuah emas, berdaun perak dan berbatangkan suasa.

Sejarah Melayu juga telah mengemukakan aspek ekonomi lampau yang menjurus kepada sistem ekonomi sara diri sebagaimana yang digambarkan dalam cerita Badang. Badang digambarkan sebagai seorang penangkap ikan yang berperang dengan unsur alam termasuk unsur ghaib seperti hantu. Persoalan tentang kaedah untuk mendapat sumber pendapatan ini ditunjukkan bagaimana Badang menggunakan lukah untuk menangkap ikan. Namun lukahnya sering tidak berhasil dan rosak kerana ada faktor halangan yang diungkap melalui kehadiran seekor hantu. 

Berikutan diri Badang yang semakin kuat kudratnya, kegiatan ekonominya bertukar menjadi seorang yang mampu membersihkan kebun dan hutan. Lalu sebahagian masyarakat memanfaatkan kemampuan Badang yang perkasa untuk tujuan aktiviti pertanian mereka. Kekuatan Badang juga adalah gambaran cita-cita masyarakat pada masa itu yang mengharapkan teknologi tertentu yang memudahkan kerja seharian mereka dengan mengimaginasikan Badang menjadi kuat kerana makan muntah hantu. Jika dilihat pada masa kini, Badang yang dimaksudkan kini adalah sebuah jentera berat yang juga mampu melakukan kerja dengan mudah dan pantas. 


Badang adalah sumber manusia yang lebih dikenali sebagai buruh dalam istilah ekonomi. Dia adalah pekerja yang berkesan kerana sifatnya yang rajin. Malah Badang juga adalah pekerja yang sangat produktif kerana kuat bekerja dan mempunyai kekuatan. Sebagai sumber ekonomi yang penting, Badang telah menyubangkan sesuatu yang bermakna demi kemajuan sesebuah penempatan iaitu di negara Singapura. Sekiranya seorang yang bernama Badang mampu memberikan sumbangannya dengan maksimum, sudah tentu jika wujud ramai orang seperti Badang, sesebuah negara akan terus maju dan lebih makmur. Jika keadaan berlaku sebaliknya, kemungkinan yang akan berlaku juga menjadi sebaliknya. Negara akan mundur dan tidak mampu menjana pendapatan negara yang lebih tinggi kerana masyarakatnya malas dan bersifat lemah.


Terdapat juga unsur ekonomi yang berkait dengan perniagaan yang dapat dibuktikan melalui aktiviti pedagang Arab yang datang berniaga di Melaka dan pada masa yang sama mengembangkan agama Islam. Usaha golongan peniaga yang datang ke Melaka bukan sahaja mampu meningkatkan pendapatan para pedagang, malah ia akan mampu memberikan peluang kepada penduduk tempatan dari sudut memenuhi keperluan hidup samada dalam bentuk barangan ataupun perkhidmatan. Jika orang Melaka ingin mendapatkan pakaian, maka para pedagang akan dapat memenuhi kehendak mereka. Jika Melaka memerlukan sejumlah barangan yang lebih banyak, maka kegiatan import perlu dilakukan. Hal ini telah dilakukan oleh Sultan Mahmud, di mana beliau telah mengarahkan Hang Nadim supaya membeli kain di India. Hang Nadim telah diminta membeli 40 jenis kain dengan 40 warna. Setiap jenis kain pula mengandungi mengandungi 40 corak. Malangnya usaha terebut tidak berjaya, kerana kapal Hang Nadim telah tenggelam dipukul ribut.

Perkataan "mengenali dagang dan santeri" adalah menggambarkan betapa pembesar negara amat menjaga kepentingan golongan peniaga. Golongan peniaga dianggap sebagai sangat penting kerana mereka menyumbang kepada pendapatan negara. Banyak golongan berkepentingan (stakeholder) yang mengharapkan sumbangan kekayaan peniaga. Namun malangnya keadaan menjadi tidak terkawal dan wujudlah rasuah dan pembunuhan. Hal ini boleh memberi kesan kepada kejatuhan negara seperti Melaka. Oleh itu negara kita juga harus menghindarkan diri dari rasuah kerana ia boleh mengundang kepada salah satu sebab kejatuhan negara.




Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur

Selaras dengan isu ekonomi tahun 70an dalam novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur pula secara jelas mengungkapkan aspek ekonomi moden yang menjurus kepada latar zaman novel tersebut dihasilkan. Isu tentang pengurusan sumber yang terhad seperti tanah lombong adalah menjadi salah satu persoalan novel ini. Pembukaan lombong tidak semudah kata-kata. Ia perlu dirancang dengan baik dari semua aspek samada dari sudut manusia, alam dan kepentingan-kepentingan lain.  Lalu timbul pelbagai konflik yang menyentuh jiwa nurani masyarakat. 

Juga terdapat aspek kegiatan pertanian berskala kecil seperti tanaman bunga orkid. Kegiatan ekonomi harus bermula dengan kegiatan kecil-kecilan (skala kecil). Jika aktiviti itu berdaya maju, mungkin ia boleh diperbesarkan. Sifat keusahawanan yang ada pada diri cik Puan Tipah, belum cukup untuk mencipta kejayaan. Terdapat banyak halangan dan dugaan yang menyebabkan kegagalan berlaku. Kebunnya telah dirosakkan oleh pihak yang dengki dan iri hati.  Perkara seperti ini mungkin menjadi sebab kepada kegagalan untuk menyumbang kepada pembangunan negara kerana produktiviti tidak dapat dihasilkan.

Pengagihan sumber ekonomi pula dijelaskan melalui kegiatan perdagangan sehingga kepada kegiatan eksport ke luar negara. Perniagaan ini mempunyai skala yang lebih besar berbanding tanaman orkit cik Puan Tipah. Rancangan encik Muhammad dan Datok Tan (Tan Chong Seng) mengeksport lada hitam ke luar negara adalah bukti kegiatan ekonomi yang terdapat dalam novel ini. Proses ini berkait rapat dengan konsep usahasama di antara rakan kongsi yang mempunyai banyak pengalaman. Sumbangan ekonomi seperti ini tentu memberi kesan yang lebih signifikan kepada pembangunan sesebuah negara. 

Semua kegiatan ekonomi yang telah dibincangkan sebenarnya memberi gambaran tentang kepentingannya kepada pembangunan negara. Hal ini adalah kerana ia berkait rapat dengan produktiviti negara dan seterusnya menyumbang kepada pendapatan negara yang besar. Realiti negara pada masa kini bahawa kegiatan pertanian seperti padi dan kelapa tetap menjadi pilihan utama kerana ia adalah sumber makanan negara.Pada masa yang sama kegiatan eksport dan import terus berjalan dengan baik.

Perpindahan ke Felda adalah salah satu proses penstrukturan semula masyarakat dan membasmi kemiskinan. Hal ini berkait rapat dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan oleh kerajaan pada masa novel ini dikarang. Aspek ini adalah hujah kuat yang menggambarkan tentang tema ekonomi novel ini. Gambaran ini adalah sala satu cara memanfaatkan sumber-sumber seperti manusia dan tanah. Ketika tanah lombong kurang subur kawasannya, maka tanah baru di felda lebih signifikan(penting). Tanah di Kampung Tualang lebih sesuai untuk aktiviti perlombongan berbanding pertanian.

Kegiatan ekonomi paling hangat dibincangkan ialah kegiatan perlombongan bijih timah. Usaha ini telah giat dilakukan oleh encik Muhammad dan pihak-pihak lain yang berkepentingan. Sementara itu ada pihak yang menyokong dengan syarat aspek ekonomi perlu diseimbangkan dengan keperluan akhirat.





Tuesday, February 5, 2013

Pembangunan Negara: Politik


3.1 Politik


Politik adalah proses dan cara membuat keputusan untuk sesuatu kumpulan. Walaupun ia biasanya digunakan bagi merujuk kepada kerajaan, tingkah laku politik juga boleh didapati di korporat, akademik, agama, dan institusi lain (wikipedia)

Kamus Dewan edisi ke-4 terbitan 2005 mendefinisikan politik sebagai ilmu pengetahuan berkenaan cara atau dasar-dasar pemerintahan. Ia juga dipanggil ilmu siasah (berasal daripada bahasa Arab) atau ilmu kenegaraan. 

Kajian buku Sejarah Melayu dan SBDKL dalah bersesuaian dengan pendapat yang mengaitkan politik juga wujud dalam sektor korporat, agama dan institusi seperti institusi pemerintahan beraja (feudal). Kajian harus menjurus kepada sistuasi penceritaan karya sastera yang dihasilkan dan mampu diterjemahkan kepada kehidupan masa kini.

3.1.1 Kepemimpinan. (Calon seharusnya mampu menghuraikan kepelbagaian gaya kepemimpinan dalam pembangunan negara)

Pemimpin merupakan individu yang boleh memberi pengaruh kepada individu yang lain di dalam suatu pertubuhan. Sesuatu yang menarik dalam kepimpinan adalah kewujudan pemimpin yang berada dalam organisasi yang mempunyai struktur yang tersendiri dengan mewujudkan hubungan pemimpin dan pengikut bagi mencapai kecemerlangan. Pencapaian yang cemerlang di dalam sesuatu organisasi memerlukan langkah-langkah atau aktiviti-aktiviti yang di rancang oleh pemimpin bagi mendorong pengikutnya meningkat tekat dan keazaman ke arah kecemerlangan organisasi tersebut. Oleh itu, usaha ke arah penyatuan aktiviti sesebuah organisasi bergantung besar kepada kepintaran seseorang pemimpin. Sebagai contoh, seseorang yang membawa beg plastik semasa berkunjung ke pasar terpaksa membimbit dengan bijak agar tidak ada satu barang pun yang dibeli tercicir, beg plastik seperti suatu organisasi ataupun pekerja-pekerja di bawah pangawasan seorang pemimpin

Menurut Kamus Dewan(1989), kepimpinan bermaksud keupayaan memimpin. Mengikut Certo (1997), kepimpinan ialah satu proses pengarahan tingkah laku orang lain ke arah penyempurnaan sesuatu objektif. Pengarahan bermaksud seseorang individu bertindak mengikut cara tertentu atau mengikut sesuatu seperti polisi, organisasi, tatacara dan deskripsi kerja. 



Fleishman menyatakan: ‘Kepimpinan adalah usaha ke arah pengaruh antara perseorangan yang diarahkan melalui proses komunikasi, ke arah pencapaian matlamat atau beberapa matlamat’ (1973:3).
 
Tannenbaum, Weschler dan Massarik (1961) juga memberi definisi yang hampir sama. Bagi Fiedler pula, kepimpinan adalah :......kepimpinan adalah usaha ke arah pengaruh antara perseorangan dimana kuasa dan pengaruh diagihkan secara tidak sama rata sehingga seorang individu boleh mengarah dan mengawal tindakan-tindakan orang lain lebih daripada kawalan mereka ke atas induvidu itu’(1967: 11).



Gaya Kepemimpinan.

Apabila disebut perkataan kepemimpinan sebenarnya ia masih merujuk kepada perkataan kepimpinan atau "leadership". Banyak definisi menyebut maksud perkataan tersebut tidak lari dari maksud proses mempengaruhi orang lain. 
Kepemimpinan adalah serangkaian kegiatan pemimpin yang tidak dapat dipisahkan dengan kedudukan serta gaya atau perilaku pemimpin itu sendiri. 







Kepemimpinan dalam Sejarah Melayu

Proses mempengaruhi ahli masyarakat dan kumpulan tertentu adalah melibatkan gaya kepemimpinan. Sejarah Melayu dilihat mempunyai kepentingan ini melalui beberapa peristiwa penting yang terdapat di dalamnya yang melibatkan pelbagai peringkat pemimpin terutamanya golongan raja atau sultan.

Sultan Muzaffar Syah terkenal sebagai pemimpin yang berdedikasi dan sanggup berkorban apa sahaja demi negara. Beliau sanggup menceraikan isterinya Tun Kudu demi memastikan Melaka dapat mencapai kesejahteeraan dan keamanan. Beliau sangat mengenali bakat kepimpinan di kalangan rakyat sebagaimana tindakan baginda melantik Bendahara Paduka Raja Tun Perak.

Sultan Mansyur Syah adalah sultan yang lebih bertolak ansur sekalipun masih dianggap atokratik. Dalam peristiwa pembunuhan Tun Besar anak Bendahara Paduka Raja Tun Perak oleh Raja Muhammad dalam peristiwa sepak raga, baginda sedia mendengar cadangan pihak rakyat. Akhirnya Raja Muhammad tidak dirajakan di Melaka tetapi dihantar ke Pahang (Inderapura) dan menjadi raja di sana.

Sultan Alaudin Riayat Shah dikenali sebagai sultan yang berjiwa rakyat kerana sanggup menyelami hati nurani rakyat. Beliau sanggup keluar pada waktu malam untuk menangkap pencuri. Gaya kepimpinan beliau boleh diibaratkan kepimpinan melalui tauladan.





Kemudian cuba kita selidiki pula gaya kepemimpinan ketua-ketua masyarakat dan ketua pengurusan perniagaan yang wujud dalam novel SBDKL.




3.1.2 Nasionalisme


Nasionalisme adalah satu ideologi yang mencipta dan mempertahankan kedaulatan sesebuah negara (dalam bahasa Inggeris "nation") dengan mewujudkan satu konsep identiti bersama untuk sekumpulan manusia.

Para nasionalis menganggap negara adalah berdasarkan beberapa "kesahihan politik" (political legitimacy). Ia berpunca dari teori romantisme iaitu "identiti budaya", hujah liberalisme yang menganggap kesahihan politik adalah berpunca dari kehendak rakyat, atau gabungan kedua-dua teori.

Dalam zaman moden ini, nasionalisme merujuk kepada amalan politik dan ketenteraan yang berlandaskan nasionalisme secara etnik serta keagamaan. Para saintis politik biasanya menumpukan penyelidikan mereka kepada nasionalisme yang ekstrim seperti nasional sosialisme, pengasingan dan sebagainya.

Aspek nasionalisme yang diketengahkan dalam teks Sejarah Melayu dan SBDKL adalah menjurus kepada aspek sosial yang jauh daripada faktor-faktor ekstrim yang menjadi kajian golongan sains politik. Oleh itu kajian tentang kegiatan kemasyarakatan yang menjurus kepada memenuhi tanggungjawab kepada negara boleh dikaitkan dengan nasionalisme atau cintakan negara. Kecintaan negara tidak hanya menjurus kepada kekuatan tentera yang mampu mengangkat senjata menentang musuh negara semata-mata.


Nasionalisme dalam Sejarah Melayu

1.Mempertahankan negara daripada serangan musuh.

Negara Siam adalah negara yang sering mengancam Melaka dalah negara Siam melalui beberapa siri peperangan. Pada peringkat awal, seorang nasionalisme yang berjawatan penghulu di Kelang telah berusaha dengan gigih mempertahankan Melaka daripada serangan berkenaan. Kemudia diikuti dengan beberapa siri serangan yang lain yang memaksa rakyat Melaka tidak tidur malam berjaga bagi memastikan Melaka terselamat daripada serangan musuh. Iktibar daripada kejadian ini adalah semangat nasionalisme yang telah ditunjukkan oleh rakyat Melaka yang sanggup berjuang demi negara.


2. Membina nama baik negara melalui hubungan diplomatik.

Zaman pemerintahan Sultan Mansur Syah adalah satu zaman yang memerikan kisah hubungan diplomatik dengan empat negara iaitu Sulawesi, Siam, Majapahit dan China. Walaupun terdapat unsur anakronisme dalam hubungan Melaka dengan Majapahit, namun teknik penulisan Tun Sri Lanang ini juga adalah gambaran semangat cinta beliau kepada negara. Semua wakil diplomat yang diutuskan telah membawa nama baik negara bagi memastikan Melaka sentiasa agung dan dihormati. Sebaliknya jika aspek ini tidak ditimbulkan, tentu tujuan penceritaan Sejarah Melayu tidak akan sampai maksudnya. Melaka telah digambarkan sebagai sangat kaya, pemurah dan bijaksana ketika menjalin hubungan dengan China. Malah ketika dengan Siam, kelihatan Melaka amat hebat dari segi peperangan dan dapat membuktikan bahawa Melaka memang wajar menang pada setiap kali berperang dengan Siam.


3. Mempertahankan jajahan takluk negara.

Melaka mempunyai banyak tanah jajahan seperti Pahang, Terengganu, Kelantan, Riau, Siak, Kampar, Haru dan sebagainya. Apabila terdapat pertelingkahan dan masalah di negari jajahan, maka beberapa orang penting Melaka telah dihantar untuk menyelesaikan masalah. Segala masalah yang dihadapi telah diselesaikan dengan bijaksana oleh sultan dan para pembesar Melaka.


4. Taat setia kepada raja dan negara.

Cinta kepada negara juga digambarkan dengan sikap dan tingkahlaku rakyat Melaka. Mereka sangat setia kepada raja dan negaranya. Keseluruhan rakyat Melaka amat patuh kepada arahan sultan. Mereka sanggup berbuat apa sahaja demi raja dan negara. Namun jika amalan telah berlaku sebaliknya, negara akan mengalami masalah dan menuju kehancuran. Hal ini telah berlaku pada penghujung pemerintahan Melaka dimana rakyat kurang taat, tidak menghormati raja dan melakukan rasuah. pengkhianatan terhadap negara seperti ini telah menyebabkan semangat cinta kepada negara hilang dan akhirnya Melaka kalah kepada tentera luar seperti Portugis.



3.1.3 Peraturan dan undang-undang.

Kehidupan manusia perlu dikawal dengan peraturan dan undang-undang samada dalam bentuk bertulis atau termaktub secara turun temurun melalui satu kepercayaan yang tinggi terhadap keluhuran undang-undang yang telah dipersetujui bersama. Setiap ahli masyarakat akan terikat dengan undang-undang yang telah dipersetujui dan dianggap telah menderhaka atau melanggar perjanjian jika mengingkarinya.


1. Sejarah Melayu meletakkan asas perundangan tertinggi dikaitkan dengan perjanjian atau waad antara Demang Lebar Daun dengan Seri Teri Buana (Nila Utama). Isi perjanjian itu dijelaskan dalam halaman 25.

2. Kemudian apabila kerajaan melayu Melaka ditubuhkan dan agama Islam sampai ke Melaka, telah ditetapkan beberapa aturan dan larangan sebagaimana yang terdapat pada halaman 74. Pada halaman 75 pula dijelaskan tentang pelbagai adat isitiadat sehigga halaman 80.


3. Apabila Sultan Muzaffar Syah menaiki takhta, baginda telah menyuruh membuat kitab undang-undang sebagaimana pada halaman 86 hingga 87 seperti berikut:

      Sebermula adalah Sultan Muzaffar Syah di atas kerajaan itu, terlalu baik budi pekerti baginda dengan adilnya dan murah serta ampun periksa dengan saksama pada mengasihani rakyat baginda; dan bagindalah menyuruhkan membuat kitab undang-undang supaya jangan bersalahan lagi segala hukum menteri.








Novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur ............telah meletakkan asas perundangan sebagai salah satu proses membuat keputusan.









Sunday, February 3, 2013

922/2 Bahagian C: Pembangunan Negara

3.0 Bahagian C ini ada mempunyai dua komponen pembelajaran.  Skop pembelajaran tentunya menjurus terus kepada aspek pembangunan sesebuah negara berdasarkan kepada dua teks STPM yang telah dicadangkan. Para pelajar dikehendaki menjawab satu daripada dua soalan yang akan dikemukakan. Sila ikuti penerangan setiap pecahan tajuk pada post-post berikutnya. 


Dua komponen pembelajaran tersebut ialah:

3.1  Politik. 
Tajuk ini terdapat tiga sub tajuk iaitu:
3.1.1 Kepemimpinan
3.1.2 Nasionalisme
3.1.3 Peraturan dan undang-undang


3.2 Ekonomi.
Tajuk ini terdapat tiga sub tajuk iaitu:
3.2.1 Pertanian
3.2.2 Usahawan
3.2.3 Perdagangan.

Sunday, January 27, 2013

Pembangunan Masyarakat: Cinta alam Sekitar



Maksud alam sekitar dari segi bahasa

ALAM bermaksud dunia, bumi atau segala yang terdapat di langit dan di bumi

SEKITAR bermaksud di tempat atau di sekeliling


Definisi alam sekitar


Perkataan “alam sekitar” atau dalam bahasa Inggeris disebut “invironment” membawa maksud keadaan sekeliling atau lingkungan. Oleh itu, sekirannya berdasarkan kepada terjemahan literal, maka perkataan “alam sekitar” adalah menuju kepada apa sahaja yang melingkungi manusia. Bagaimanapun, secara khusus perkataan alam sekitar merujuk kepada fenomena fizikal sama ada biotik atau abiotik yang melingkungi suatu organisma. Fenomena fizikal ini termasuk juga fenomena yang berkait dengan iklim dan cuaca. (Mohd Zuhdi Marsuku, 2002).

Terdapat satu lagi definsi alam sekitar. Namun ia lebih kepada kefahaman “environmentalisme“. Dijelaskan bahawa ia merupakan satu istilah geografi tentang doktrin falsafah yang memberikan penekanan terhadap aspek fizikal alam sekitar seperti keadaan iklim dunia yang berkait dengan aktiviti manusia. (A. Bullock & O.Stallybrass, 1997)

Kesemua definisi yang dikemukakan di atas secara umumnya menjelaskan alam sekitar adalah keseluruhan fenomena sekeliling yang boleh mempengaruhi kehidupan sesuatu organisma. Definisi ini adalah definisi yang diterima dalam pengajian Sains Alam Sekitar yang hanya terbatas kepada fenomena fizikal sesuai dengan pandangan semesta moden yang berteraskan kepada metode emperikal. (Mohd Nur Hakimi Razana, 2004)


Alam sekitar terbahagi kepada beberapa komponen:


1.      Unit landskap yang berfungsi sebagai sistem semula jadi tanpa penglibatan manusia, termasuk haiwan, tumbuh-tumbuhan, batu-bata, dan sebagainya, serta fenomena semula jadi yang berlaku.



2.      Sumber sejagat semula jadi serta fenomena fizikal yang tidak mempunyai batasan tertentu seperti udara, air, iklim, serta tenaga, sinaran, cas elektrik, dan kemagnetan, yang tidak wujud hasil daripada aktiviti manusia.



Lestari alam sekitar bukan diperjuangkan sekadar slogan sahaja tetapi melalui amalan murni yang praktikal. Walaupun tidak disebut secara terperinci dalam penulisan Sejarah Melayu dan SBDKL, namun amalan dan perlakuan masyarakat terdahulu  yang telah diceritakan telah menggambarkan mereka sangat cintakan alam.

Sejarah Melayu (Sulalatus Salatin) menceritakan bagaimana Raja Suran begitu gemar dengan keindahan alam sekitar. Diceritakan bagaimana Raja Suran berbuat negeri baru di benua Keling (hlm. 17) yang dipenuhi dengan pemandangan yang indah. Negeri tersebut diberi nama "Bijaya Negara". Terdapat bukit bukau dan gunung ganang yang luas dan sayup mata memandang. Diceritakan juga ada sebuah pulau yang dipenuhi dengan flora dan fauna. Ada pokok-pokok dan bungaan. Terdapat juga pelbagai jenis haiwan di dalam pulau itu. Di sana juga terdapat tasik dan hutan. Di tepi tasik dan pulau kelihatan embun seperti asap. Di situlah tempat baginda bermain atau bersiar-siar. Malah pada masa tertentu sultan akan berburu binatang hutan berkenaan. Gambaran ini menjelaskan kepada kita bahawa pemerintah pada masa itu amat suka dengan keindahan alam sekitar. Raja membiarkan lestari alam sekitar supaya dalam keadaan asal dan menikmati flora dan fauna yang ada di dalamnya. Sesekali berburu dan menjerat gajah bukan bermaksud memusnahkan isi hutan, tetapi sebagai salah satu cara menikmati keindahan alam kerana kegiatan tersebut bukan dilakukan secara kerap. Apa yang penting ialah mesej penulis yang bernama Tun Sri Lanang yang inginkan suasana alam sekitar yang indah dapat dikekalkan dapat disampaikan dalam buku tersebut.




Bagi SBDKL pula, kita melihat bagaimana perancangan rapi sebelum pembukaan lombong dilakukan. Kerisauan penduduk kampung terahadap aktiviti yang mungkin boleh memusnahkan alam adalah gambaran betapa masyarakat berfikir peri pentingnya alam sekitar. Perkara tersebut juga diperjuangkan oleh Rahim yang sentiasa mengikuti perkembangan kegiatan bapanya di Jeram Medang walaupun dia berada jauh di luar negara. Susun atur tempat operasi perlombongan dirancang sebegitu rupa agar kegiatan yang dilakukan tidak mengancam lestari alam sekitar sedia ada.

Thursday, January 24, 2013

Pembangunan Masyarakat : Sosial


Sosial

Sosial ialah kata yang merujuk kepada hal-hal yang berkaitan masyarakat dan kemasyarakatan. Terdapat empat kajian pada bahagian B ini:

1.0 Budaya 
(Mengenal pasti dan menghubungkaitkan budaya setempat dalam kehidupan seharian)
Secara amnya, budaya bermaksud cara hidup manusia. Ia merupakan satu proses perkembangan sahsiah, akal, semangat dan usaha manusia dalam sesuatu kelompok manusia. Perkara ini dapat dilihat melalui etimologi perkataan “budaya” yang bermaksud ” budi + daya “; yakni budi sebagai aspek dalaman manusia yang meliputi akal dan nilai, manakala daya sebagai aspek lahiriah manusia yang meliputi usaha dan hasilan. Maka pada kesimpulannya, budaya boleh difahamkan sebagai segala penghasilan masyarakat manusia dalam pelbagai bentuk sama ada yang dapat dilihat atau tidak. Konsep budaya merupakan satu konsep yang penting untuk membandingkan perbezaan antara suatu masyarakat dengan suatu masyarakat yang lain. 

Budaya adalah pengkongsian suatu masyarakat
Budaya tidak boleh berpisah dengan bahasa.
Budaya diperolehi melalui proses pembelajaran.

Sejarah Melayu.

1. Sebelum kedatangan Islam. Penceritaan Sejarah Melayu sebelum Islam datang didapati terdapat pelbagai cerita mitos dan dongeng sekalipun bercampur dengan cerita benar. Cerita tentang pembukaan negeri dan tempat sering dikaitkan dengan kejadian-kejadian ajaib. Umpamanya ribut taufan ketika pembukaan Singapura. Begitu juga kisah cacing gelang-gelang ketika pembukaan Semundra dan kisah seekor pelanduk putih menerajang dua ekor anjing perburuan ketika pembukaan Melaka. Semua perkara yang disebutkan menggambarkan budaya kehidupan masyarakat dahulu yang mempercayai unsur keajaiban dan mengamalkan pantang larang tentang sesuatu perkara. Sultan sanggup mencampakkan mahkota diraja kerana mengharapkan akan reda dalam pelayaran mereka.

2. Selepas kedatangan Islam terdapat amalan hidup beragama. Penduduk Melaka dan Semundera telah berubah cara hidup apabila agama Islam datang ke negara mereka. Antaranya gelaran raja telah ditukar kepada sultan dan nama mereka telah bertukar kepada nama Islam.. 

3. Budaya hidup istana.
4. Budaya hidup rakyat jelata.
5. Budaya berpakaian dan peraturan-peraturan istana.


Novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur.
1. Budaya hidup masyarakat kampung.
2. Budaya masyarakat kota.
3. Budaya hidup masyarakat peniaga.


2.0 Perpaduan 
(Mengenal pasti elemen pemantapan perpaduan masyarakat majmuk).
Perkataan “perpaduan” ini asalnya dari perkataan “padu” iaitu “mampat”, “pejal” dan “padat”. Perpaduan sebenarnya ialah penggabungan. Perihal bergabung menjadi satu atau persatuan. Lawan bagi “perpaduan” ialah “permusuhan”, “kehancuran” dan “perpecahan”. Jadi, perpaduan dilihat adalah sebenarnya tuntutan untuk satu perkara yang baik manakala perpecahan pula satu perkara yang sangat keji dan tidak baik.


Sejarah Melayu
1. Perpaduan ke arah Melaka yang lebih makmur. Peristiwa sultan Muzaffar Syah menceraikan isterinya Tun  Kudu adalah satu peristiwa yang menunjukkan pengorbanan yang tinggi. Tindakan sultan adalah salah satu cara untuk mengelakkan perpecahan. Sultan memang memerlukan Tun Perak sebagai bendahara bagi menggantikan Tun Ali yang kurang berkesan. Kedaan negeri Melaka yang belum stabil amat mendesak beliau bertindak bijak. Ini berikutan peristiwa rampasan kuasa sebelum itu yang menyebabkan sultan Abu Syahid dan Raja Rekan meninggal dunia. Sultan Muzafar yang naik takhta selepas rampasan kuasa itu, perlu menyatukan semula penduduk Melaka dengan segera. Beliau telah melihat potensi Tun Perak yang berwibawa ketika memimpin angkatan Melaka berperang dengan Siam. Oleh kerana Seri Nara Diraja Tun Ali inginkan Tun Kudu sebagai syarat melepaskan jawatan bendahara maka sultan Muzaffar terpaksa berkorban dengan menceraikan isterinya. Peristiwa ini telah memberi kesan kepada kemakmuran Melaka seterusnya. Jika sultan tidak bertindak demikian, mungkin Melaka berada dalam keadaan yang tidak stabil secara berterusan.



3.0 Mobiliti 
(Menghuraikan mobiliti sosial dalam pembangunan masyarakat)


Mobiliti sosial merupakan pergerakan daripada satu tahap kelas sosial kepada tahap kelas sosial yang lain. Menurut Paul B. Horton dan Chester L. Hunt (1992), mobiliti sosial dapat diertikan  sebagai  suatu  gerak perpindahan  dari suatu  kelas ke sosial. Pendapat ini hampir sama dengan pendapat terdahulu oleh S. A Wila Hucky (1982), yang menyatakan bahawa mobiliti sosial sebagai pergerakan individu atau berkumpulan dari suatu status ke status yang lain dalam masyarakat. Lebih lanjut mengenai mobiliti sosial ini dikemukakan oleh Kimball Young dan Raymond W.Mack, bahawa gerak sosial atau mobiliti sosial adalah suatu pergerakan dalam struktur sosial iaitu pola-pola tertentu yang mengatur organisasi suatu kelompok sosial. Struktur sosial mencakupi  sifat  hubungan  sesama  individu dan hubungan antara individu dengan kelompoknya.

Sejarah Melayu

Mobiliti yang bersifat pengembaraan (fizikal)
1. Mobiliti hendak melihat negeri matahari terbit.
2. Mobiliti turun ke negeri bawah laut.
3. Mobiliti turunnya tiga orang anak raja di Bukit Siguntang.
4. Mobiliti perpindahan dan membuka Singapura.
5. Mobiliti melarikan diri dari Singapura dan membuka Melaka.
6. Hubungan diplomatik zaman sultan Mansur Syah.


Mobiliti spritual  
1. Menerima kedatangan Islam. Masyarakat berubah daipada kepercayaan tidak bertuhan kepada percaya akan keesaan Allah dengan datangnya pendakwah dari timur tengah. Sultan menjadi orang pertama memeluk Islam dan diikuti oleh seluruh masyarakat Melaka.




Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur.
.
1. Perpindahan penduduk kampung Tualang ke Felda-semua penduduk Kampung Tualang yang layak.
2. Perpindahan tempat bertugas dari kampung ke bandar- Imam Saad jadi imam di bandar.
3. Perpindahan dari luar kampung ke kampung asal untuk berdakwah - Lebai Maaruf
4. Pulang dari perantuan dan berjaya dalam pelajaran - Rahim pulang dari tempat belajarnya di London.
5. Bujang kepada berkahwin - Sudin dan Gayah


4.0 Susun lapis masyarakat 

(Menghuraikan susun lapis masyarakat dalam konteks pembangunan)

Susun lapis masyarakat adalah berkaitan dengan bentuk hiraki masyarakat. Terdapat bentuk berbeza antara  masyarakat zaman dahulu dengan zaman moden. Dalam masyarakat tradisional, raja mempunyai kedudukan tertinggi dalam masyarakat. Kemudian diikuti dengan kumpulan-kumpulan lain yang terdiri daripada pembesar, rakyat jelata dan hamba. Bagi masyarakat moden pula, susun lapis masyarakat adalah bergantung kepada kedudukan kumuniti, kampung, daerah, negeri dan negara. Bagi peringkat negara, peringkat tertinggi hiraki adalah terdiri daripada pemimpin negara yang dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya. Raja pula diletakkan pada satu institusi lain yang tersendiri dan berfungsi mengikut konsep raja berpelembagaan. Setiap lapis masyarakat yang ada akan memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan masyarakatnya. samada dari segi ekonomi, politikdan sosial.


Berdasarkan Sejarah Melayu.

Corak pemerintahan dan pentadbiran di negeri Melaka telah mempengaruhi pembentukan susun lapis masyarakat. Setiap lapisan masyarakat mempunyai kedudukan dan fungsinya yang tersendiri. Secara umum, masyarakat Melayu tradisional Melaka dapat dibahagikan kepada dua golongan utama iaitu golongan yang memerintah dan golongan yang diperintah. Biasanya golongan yang memerintah ini mempunyai kedudukan yang lebih tinggi dan istimewa daripada golongan yang diperintah.

Golongan yang memerintah
1. Raja atau sultan
Raja atau sultan merupakan asas terpenting dalam susun lapis masyarakat Melayu tradisional. Baginda mempunyai kedudukan yang paling tinggi dalam piramid organisasi sosial. Baginda mempunyai kuasa dan wibawa yang paling tinggi bagi memerintah seluruh negeri dan jajahan taklukannya. Baginda dianggap sebagai dewa raja dan baginda merupakan tunggak menyatupadukan rakyat dan merupakan orang yang bertanggungjawab memelihara keamanan dan memajukan negeri. Seseorang raja dilantik melalui pertabalan di atas persetujuan semua pembesar dan biasanya putera sulong atau adik lelaki raja yang akan menggantikan raja yang mangkat.

2. Kerabat raja
Raja sebagai seorang pemimpin, maka dirinya serta keluarganya akan dihormati oleh masyarakat malah kadang-kala rasa penghormatan ini diseliputi oleh perasaan sakral yang tinggi. Mereka dianggap sebagai suci dan amat berbeza dengan golongan rakyat biasa. Mereka juga mempunyai hak-hak istimewa, namum hak mereka adalah tidak boleh melebihi hak istimewa seseorang sultan yang memerintah. Antara keistimewaan yang dinikmati oleh kerabat raja ialah mengguna payung berwarna kuning dan penggunaan bahasa dalaman.

3. Bangsawan dan pembesar
Bangsawan juga dikenali sebagai anak baik-baik. Mereka menggunakan bahasa dalaman untuk mengekalkan identiti mereka. Golongan bangsawan ini terdiri daripada kerabat diraja dan bukan kerabat raja. Mereka adalah berpengaruh di kalangan pemerintah dan pentadbir. Mereka bertanggungjawab mengandalikan jentera pemerintahan dan pentadbiran negeri. Pembesar pula merupakan golongan yang mempunyai kedudukan yang hampir sekali dengan sultan. Biasanya, golongan ini terdiri daripada bukan kerabat raja. Golongan ini akan dianugerahkan suatu kawasan yang menjadi pegangannya dan sumber pendapatannya di mana seseorang pembesar itu dibenarkan mengutip cukai dan mengawal tenaga manusianya. Biasanya mereka dilantik secara turun-temurun.

4. Golongan pemimpin agama
Pemimpin agama dan pendeta juga termasuk dalam golongan bangsawan. Mereka merupakan golongan cerdik pandai yang memegang jawatan mufti dan kadi. Terdapat juga pemimpin agama yang dianugerahkan gelaran kebesaran seeperti Maharaja Kadi, Dato’ Mufti Seri Utama dan Dato’ Mufti Imam Maharaja. Mereka menjadi penasihat raja dan kerajaan dalam hal-hal tentang hukum syarak dan selok-belok agama termasuk mengeluarkan fatwa tentang isu agama. Golongan ini merupakan pakar dalam hal-hal kesusasteraan, kesenian, kebudayaan, adat-istiadat dan salasilah raja-raja. Mereka juga menjadi pakar rujuk kepada raja serta menjadi penulis dan perawi diraja.

Golongan yang diperintah
1. Rakyat biasa
Rakyat biasa terdiri daripada masyarakat pribumi yang bermastautin tetap dan bilangannya adalah ramai. Mereka selalu menjadi pengikut pembesar di peringkat pusat dan penyokong pentadbir di peringkat jajahan takluk. Mereka terdiri daripada pedagang dan peniaga. Mereka menjalankan perdagangan di pelabuhan. Selain itu, terdapat juga mereka yang menjadi buruh kasar dan tukang mahir dalam pembuatan alat perhiasan dan senjata. Rakyat biasa ini juga terlibat dalam kegiatan pertanian dan penangkapan ikan untuk sara diri.

2. Orang asing
Orang asing selalunya adalah orang bukan Melayu yang hanya mengunjungi Tanah Melayu untuk tujuan tertentu. Mereka terdiri daripada pedagang, perantau, mubaligh atau santeri. Secara amnya, orang asing ini dapat digolongkan kepada dua kumpulan iaitu orang yang menetap terus dan orang yang mengunjung sekali-sekala. Selain itu, terdapat juga masyarakat Tamil-Islam yang berdagang dan bergaul bebas dengan orang pribumi. Keadaan ini telah mendorong kepada kewujudan masyarakat majmuk. Masyarakat majmuk ini dapat digolongkan kepada dua iaitu masyarakat asing yang menyerapkan diri ke dalam masyarakat pribumi dan masyarakat asing yang masih mengekalkan cara hidup dan identiti masing-masing. Walau bagaimanapun, mereka tidak terlepas daripada undang-undang tempatan.

3. Hamba
Dalam masyarakat Melayu, golongan hamba menduduki susun lapis masyarakat yang paling bawah. Golongan ini dapat dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu :

a. Hamba raja
Hamba raja terdiri daripada mereka yang menawarkan diri untuk menjadi hamba di istana. Mereka melakukan semua jenis pekerjaan dan taraf mereka juga lebih tinggi kalau dibandingkan dengan hamba yang lain. Terdapat juga bekas tahanan perang atau banduan yang menjadi hamba raja.

b. Hamba berhutang
Hamba berhutang ini terdiri daripada rakyat biasa yang gagal membayar hutang kepada pemiutang dalam jangka masa yang ditetapkan. Hamba ini juga disebut sebagai masuk hulun. Mereka yang menjadi hamba berhutang terpaksa bersama isteri dan anak-anaknya tinggal bersama si pemiutang dan bekerja sehingga hutang dibayar. Mereka boleh dijual kepada pembesar-pembesar lain. Walau bagaimanapun, mereka boleh menjadi rakyat biasa semula apabila ia setelah selesai berkhidmat kepada si pemiutang dalam tempoh yang dijanjikan.

c. Hamba biasa
Hamba biasa menjadi hamba seumur hidup kepada pemiliknya secara turun-temurun. Mereka dapat digolongkan kepada tiga jenis iaitu hamba abdi yang membuat kerja yang berat dan kasar. Dengan merupakan hamba yang dibeli dan biduanda yang merupakan orang suruhan yang selalunya dimiliki oleh raja. Sistem perhambaan ini membawa makna bahawa pemilik hamba ini mempunyai taraf sosial yang tinggi dan secara langsung ia menyediakan bekalan sumber tenaga manusia bagi melaksanakan segala kerja.




Tuesday, January 22, 2013

Pembangunan Masyarakat: Pendidikan


Pendidikan :
Objektif pembelajaran: Menjelaskan kepentingan pendidikan dalam pembangunan masyarakat.


Pembicaraan pembelajaran pada bahagian ini menjurus terus kepada kepentingan pendidikan.

Maksud pendidikan

Plato berpendapat, pendidikan ialah suatu proses untuk membentuk individu yang berakhlak mulia.  Beliau menyokong pendapat Socrates bahawa tujuan pendidikan ialah member latihan moral kewarganaegaraan yang baik. Menurut Aristotle pula, pendidikan ialah ilmu yang bersifat etikal dan politikal.  Mengikut beliau, tujuan pendidikan ialah memberikan setiap warganegara peluang untuk mencapai kebahagiaan hidup.

John McDonald menghuraikan perbezaan pendidikan diantara masyarakat primitif dengan masyarakat moden.  Pengertian pendidikan dalam masyarakat primitif ialah latihan vokasional dan pelajaran adat resam, kepercayaan serta cara sembahyang, disampaikan melalui tunjuk ajar dengan secara tidak langsung daripada keluarga dan pergaulan dengan orang dewasa.  Manakala pengertian pendidikan bagi masyarakat moden pula merupakan latihan khusus  menguasai kemahiran dan memperolehi ilmu pengetahuan yang penting untuk kehidupan disampaikan melalui pengajaran secara langsung daripada guru yang berilmu tinggi serta mempunyai kemahiran mengajar.

John Dewey pula mengatakan bahawa pendidikan adalah satu proses perkembangan individu.  Mengikut beliau, pendidikan merupakan usaha mengatur ilmu pengetahuan untuk menambahkan lagi pengetahuan semula jadi yang ada padanya, supaya dapat hidup dengan lebih berguna dan lebih selamat lagi.

Atan Long pula di dalam bukunya bertajuk “Psikologi Pendidikan” memuatkan di dalamnya beberapa pandangan mengenai pendidikan yang telah dikemukakan oleh beberapa sarjana dan ilmuan Islam. Antaranya ialah; Syed Muhammad Qutb menyatakan bahawa pendidikan adalah proses membentuk manusia secara menyeluruh dan seimbang.  Menurut beliau, tujuan utama pendidikan ialah untuk memperkembangkan potensi intelek, fizikal, emosi dan rohani manusia ke arah tahap kesempurnaan.

Berdasarkan Sejarah Melayu


Pendidikan yang wujud dalam Sejarah Melayu adalah mendekati pendapat John Mc Donald. Konsep pendidikan dalam Sejarah Melayu tentunya disesuaikan dengan masyarakat feudal pada zaman terdisional dan primitif. Antaranya adalah pelajaran adat resam, kepercayaan, cara sembahyang dan lain-lain lagi. Terdapat beberapa budaya pendidikan yang telah diamalkan dan diceritakan dalam karya Sejarah Melayu seperti berikut:



Kepentingan mempelajari ilmu membaca al-Quran sebagaimana Tun Mai Ulat Bulu belajar daripada Makhdum Sadar Jahan. Mempelajari al-Quran adalah salah satu petunjuk penting kepada celik huruf masyarakat zaman itu. Ia menjadi budaya golongan masyarakat yang mesti mempelajari ilmu mengaji bagi membolehkan mereka menghayati kehidupan beragama Islam secara asas. Setelah itu, baharulah masyarakat akan mempelajari ilmu agama yang lain termasuk solat.


Kepentingan menuntut ilmu agama berdasarkan kitab muktabar seperti kitab Duril Mazlum daripada Maulana Abu Bakar. Kebolehan membaca dan mempelajari kitab adalah satu tahap pendidikan tinggi yang memungkinkan seseorang itu layak menjadi guru. Seseorang yang telah berguru seperti itu dianggap telah memperolehi ilmu yang melebihi ilmu asas seperti mengaji al-Quran sebelum ini. Oleh itu memang wajar seorang sultan mempelajari tahap  ilmu ini kerana dirinya adalah pemimpin tertinggi negara. Jika sultan tidak belajar tinggi, sudah tentu dirinya dipandang rendah oleh ahli masyarakat feudal dan dipertikaikan kepimpinannya.


Kepentingan menuntut ilmu kepahlawanan sebagaimana yang dilakukan oleh pahlawan Melaka seperti Hang Tuah dan Tun Bijaya Sura. Pada zaman berkenaan, ilmu kepahlawanan adalah sesuatu yang penting kerana ia adalah salah satu cara mempertahankan diri dan negara daripada serangan musuh. Pembelajaran ilmu tersebut mampu menjadikan masyarakat Melaka hidup aman damai tanpa gangguan.

Keperluan mendapatkan penyelesaian masalah hukum hakam agama sebagaimana yang dilakukan oleh sultan bertanya tentang masalah hukum ke sebuah negara lain. Seperti kisah "Bertanya Satu Masalah Agama ke Pasai"(hlm. 247). Dalam peristiwa berkenaan, satu masalah agama telah dikemukakan kepada bijak pandai daripada negara luar. Gambaran ini menunjukkan bahawa, dalam soal pendidikan, kita harus mempunyai semangat kerjasama dan sering berbincang sesama umat dan ahli masyarakat. Jika perkara ini tidak dilakukan, akan menyebabkan diri ahli masyarakat dalam keadaan jahil dan sesat kerana tidak mahu menambahkan ilmu di dada dan bersifat bakhil ilmu.

Kepentingan mengambil pengajaran dan iktibar daripada peristiwa yang berlaku dalam kehidupan seperti kisah Sang Rajuna Tapa yang belot dan akhirnya menjadi batu,  penderhakaan Hang Jebat dan lain-lain. Pendidikan ini adalah bersifat kemasyarakatan kerana ia dapat dilihat dan dirasakan oleh ahli masyarakat yang terlibat. Mengambil pengajaran daripada pelbagai peristiwa dan musibah yang dialami masyarakat adalah satu proses pembelajaran yang paling berkesan. Ahli masyarakat akan terus mengingati pristiwa yang telah berlaku dan berazam tidak mahu mengulangi kesilapan lalu.

Kepentingan mendengar dan mengikuti nasihat daripada orang yang lebih tua dan berpengalaman seperti yang terdapat dalam wasiat sultan Maliku's Salleh, wasiat Sultan Muzafar, Alaudin. Mansur dan wasiat bendahara Paduka Raja Tun Perak. Golongan tua dan berpengalaman adalah ahli masyarakat yang mampu mengajar dan memberi petunjuk yang berkesan. Ahli masyarakat yang terkemudian wajar akur dan mengambil perhatian tentang pengalaman pemimipin terdahulu. Ternyata kebanyakan nasihat dari wasiat yang telah disebut secara kebetulan telah berlaku ke atas ahli masyarakat yang berkenaan. Oleh itu wajarlah perkara yang berkaitan dengan wasiat diambil perhatian.




Berdasarkan novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur.

Pendapat tentang pendidikan dalam SBDKL adalah mendekati definisi yang diutarakan oleh kebanyakan sarjana moden kerana novel ini diterbitkan sesuai pada zaman dan keperluannya. Isu masyarakat moden ini diperjuangkan oleh penulis kerana menyedari kepentingan pendidikan kepada pembangunan masyarakat masa kini.

Pendidikan peringkat tinggi penting untuk keperluan diri dan mendapat pengiktirafan masyarakat. Keperluan melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi sebagaimana yang dilakukan oleh encik Muhammad ke atas anaknya. Rahim telah dihantar ke London untuk belajar pengurusan perniagaan. Manakala Datuk Tan menghantar Robert untuk belajar tentang kejuruteraan. Akhirnya mereka lulus dan mendapat pengiktirafan dengan memperolehi segulung ijazah. Kemudian itu, mereka layak menjawat sebarang jawatan peringkat tinggi dalam profesyen masing-masing.

Pendidikan agama penting untuk mengawal tingkah laku manusia dan untuk menuju kehidupan hari kemudian. Lebai Maarup adalah golongan ilmuan agama yang telah belajar agama dan mampu menyampaikan ilmu kepada orang ramai. Pengetahuan agama Lebai Maarup pula telah menyumbang kepada keseimbangan tuntutan dunia dan akhirat. Lebai sangat berakkhlak orangnya. Beliau mengajar masyarakat agar menyumbangkan harta pada jalan Allah seperti usaha beliau mewakafkan harta arwah ibubapanya.

Pendidikan daripada nasihat orang tua penting supaya mendapat panduan hidup. Sudin akhirnya sudi mendengar dan mengikuti nasihat ibu bapa walaupun sebelum ini sering membantah kata-kata orang tuanya. Begitu juga penerimaan pendapat pihak lain yang menjadi salah satu bentuk pendidikan moden. Kita perlu sedar bahawa diri manusia tidak lengkap dan menguasai segala ilmu. Oleh encik Muhammad sedar bahawa dirinya mungkin hebat dalam ilmu perniagaan tetapi ada kekurangan dari aspek ilmu agama dan kemasyarakatan.

Pendidikan penting untuk mengetahui undang-undang dan peraturan negara. Seseorang itu perlu belajar dan mengetahui selok belok undang-undang negara. Jika tidak mampu mempelajari ilmu undang-undang secara mendalam, cukuplah sekadar mengetahui perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh setiap individu yang menjadi warga negara. Jika tidak, sudah tentu diriya akan bertindak mengikut emosi dan mengabaikan aspek undang-undang. Hal ini telah berlaku ke atas Mat Akil yang sering melanggar udang-undang dan mengganggu masyarakat sekitar. Tindakannya mengganggu majlis kenduri kahwin, membocorkan tayar bas dan memukul Lebai Maarup merupakan tindakan yang salah dan boleh dijatuhkan hukuman tertentu.  



922/1 Bahagian C: Prosa Moden. Drama Asiah Samiah

Gambaran masyarakat dalam Drama 1. Masyarakat yang mementingkan kebendaan 2. Wujudnya masyarakat yang mempertahankan hak 3. Masyarakat gemar...