-Pertanian
-Keusahawanan
-Perdagangan.
Ekonomi
merupakan ilmu yang mengkaji bagaimana manusia mengagihkan sumber-sumber ekonomi
yang terhad untuk
memenuhi kehendak-kehendak manusia yang tidak terhad. Sumber
ekonomi merupakan faktor-faktor pengeluaran yang diperlukan untuk mengeluarkan
barang-barang dan perkhidmatan. Ia terdiri daripada buruh,
tanah, modal dan usahawan. Sumber ekonomi adalah terhad penawarannya. Pembicaraan tentang ekonomi ini perlu dihubungkaitkan dengan faktor-faktor pengeluaran berkenaan dan segala perkara yang berkaitan yang dilihat dalam teks STPM.
Sejarah Melayu
(Sulalatus Salatin)
Kegiatan ekonomi yang penting bagi teks Sulalatus Salatin dikaitkan dengan kegiatan pertanian. Bukit Siguntang adalah kawasan perhumaan yang menggambarkan wujud kegiatan pertanian dan cita masyarakat setempat yang ingin kaya raya punya emas segala. Lalu anganan para penduduk yang ingin kaya raya itu diimaginasikan melalui cerita ajaib dengan harapan menjadi kenyataan. Kedatangan keturunan raja Melaka dikatakan telah mengubah tanaman berkenaan iaitu pokok padi berbuah emas, berdaun perak dan berbatangkan suasa.
Sejarah Melayu juga telah
mengemukakan aspek ekonomi lampau yang menjurus kepada sistem ekonomi sara diri
sebagaimana yang digambarkan dalam cerita Badang. Badang digambarkan sebagai
seorang penangkap ikan yang berperang dengan unsur alam termasuk unsur ghaib
seperti hantu. Persoalan tentang kaedah untuk mendapat sumber pendapatan ini ditunjukkan bagaimana Badang menggunakan lukah untuk menangkap ikan. Namun lukahnya sering tidak berhasil dan rosak kerana ada faktor halangan yang diungkap melalui kehadiran seekor hantu.
Berikutan diri Badang yang semakin kuat kudratnya, kegiatan ekonominya bertukar menjadi seorang yang mampu membersihkan kebun dan hutan. Lalu sebahagian masyarakat memanfaatkan kemampuan Badang yang perkasa untuk tujuan aktiviti pertanian mereka. Kekuatan Badang juga adalah gambaran cita-cita masyarakat pada masa itu yang mengharapkan teknologi tertentu yang memudahkan kerja seharian mereka dengan mengimaginasikan Badang menjadi kuat kerana makan muntah hantu. Jika dilihat pada masa kini, Badang yang dimaksudkan kini adalah sebuah jentera berat yang juga mampu melakukan kerja dengan mudah dan pantas.
Badang adalah sumber manusia yang lebih dikenali sebagai buruh dalam istilah ekonomi. Dia adalah pekerja yang berkesan kerana sifatnya yang rajin. Malah Badang juga adalah pekerja yang sangat produktif kerana kuat bekerja dan mempunyai kekuatan. Sebagai sumber ekonomi yang penting, Badang telah menyubangkan sesuatu yang bermakna demi kemajuan sesebuah penempatan iaitu di negara Singapura. Sekiranya seorang yang bernama Badang mampu memberikan sumbangannya dengan maksimum, sudah tentu jika wujud ramai orang seperti Badang, sesebuah negara akan terus maju dan lebih makmur. Jika keadaan berlaku sebaliknya, kemungkinan yang akan berlaku juga menjadi sebaliknya. Negara akan mundur dan tidak mampu menjana pendapatan negara yang lebih tinggi kerana masyarakatnya malas dan bersifat lemah.
Terdapat juga unsur ekonomi yang berkait dengan perniagaan yang dapat dibuktikan melalui aktiviti pedagang Arab yang datang berniaga di Melaka dan pada masa yang sama mengembangkan agama Islam. Usaha golongan peniaga yang datang ke Melaka bukan sahaja mampu meningkatkan pendapatan para pedagang, malah ia akan mampu memberikan peluang kepada penduduk tempatan dari sudut memenuhi keperluan hidup samada dalam bentuk barangan ataupun perkhidmatan. Jika orang Melaka ingin mendapatkan pakaian, maka para pedagang akan dapat memenuhi kehendak mereka. Jika Melaka memerlukan sejumlah barangan yang lebih banyak, maka kegiatan import perlu dilakukan. Hal ini telah dilakukan oleh Sultan Mahmud, di mana beliau telah mengarahkan Hang Nadim supaya membeli kain di India. Hang Nadim telah diminta membeli 40 jenis kain dengan 40 warna. Setiap jenis kain pula mengandungi mengandungi 40 corak. Malangnya usaha terebut tidak berjaya, kerana kapal Hang Nadim telah tenggelam dipukul ribut.

Perkataan
"mengenali dagang dan santeri" adalah menggambarkan betapa pembesar
negara amat menjaga kepentingan golongan peniaga. Golongan peniaga dianggap
sebagai sangat penting kerana mereka menyumbang kepada pendapatan negara.
Banyak golongan berkepentingan (stakeholder) yang mengharapkan sumbangan kekayaan
peniaga. Namun malangnya keadaan menjadi tidak terkawal dan wujudlah rasuah dan
pembunuhan. Hal ini boleh memberi kesan kepada kejatuhan negara seperti Melaka.
Oleh itu negara kita juga harus menghindarkan diri dari rasuah kerana ia boleh
mengundang kepada salah satu sebab kejatuhan negara.
Saudagar Besar Dari
Kuala Lumpur
Selaras dengan isu ekonomi tahun 70an dalam novel Saudagar Besar Dari
Kuala Lumpur pula secara jelas mengungkapkan aspek ekonomi moden yang menjurus
kepada latar zaman novel tersebut dihasilkan. Isu tentang pengurusan sumber
yang terhad seperti tanah lombong adalah menjadi salah satu persoalan novel ini.
Pembukaan lombong tidak semudah kata-kata. Ia perlu dirancang dengan baik dari
semua aspek samada dari sudut manusia, alam dan kepentingan-kepentingan lain.
Lalu timbul pelbagai konflik yang menyentuh jiwa nurani masyarakat.
Juga terdapat aspek
kegiatan pertanian berskala kecil seperti tanaman bunga orkid.
Kegiatan ekonomi harus bermula dengan kegiatan kecil-kecilan (skala kecil).
Jika aktiviti itu berdaya maju, mungkin ia boleh diperbesarkan. Sifat keusahawanan yang ada pada diri cik Puan Tipah, belum cukup untuk mencipta kejayaan. Terdapat banyak halangan dan dugaan yang menyebabkan kegagalan berlaku. Kebunnya telah dirosakkan oleh pihak yang dengki dan iri hati. Perkara seperti ini mungkin menjadi sebab kepada kegagalan untuk menyumbang kepada pembangunan negara kerana produktiviti tidak dapat dihasilkan.
Pengagihan sumber ekonomi pula dijelaskan melalui kegiatan perdagangan sehingga kepada kegiatan eksport ke luar negara. Perniagaan ini mempunyai skala yang lebih besar berbanding tanaman orkit cik Puan Tipah. Rancangan encik Muhammad dan Datok Tan (Tan Chong Seng) mengeksport lada hitam ke luar negara adalah bukti kegiatan ekonomi yang terdapat dalam novel ini. Proses ini berkait rapat dengan konsep usahasama di antara rakan kongsi yang mempunyai banyak pengalaman. Sumbangan ekonomi seperti ini tentu memberi kesan yang lebih signifikan kepada pembangunan sesebuah negara.

Semua kegiatan ekonomi yang telah dibincangkan sebenarnya memberi gambaran tentang kepentingannya kepada pembangunan negara. Hal ini adalah kerana ia berkait rapat dengan produktiviti negara dan seterusnya menyumbang kepada pendapatan negara yang besar. Realiti negara pada masa kini bahawa kegiatan pertanian seperti padi dan kelapa tetap menjadi pilihan utama kerana ia adalah sumber makanan negara.Pada masa yang sama kegiatan eksport dan import terus berjalan dengan baik.
Perpindahan ke Felda
adalah salah satu proses penstrukturan semula masyarakat dan membasmi
kemiskinan. Hal ini berkait rapat dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang
diperkenalkan oleh kerajaan pada masa novel ini dikarang. Aspek ini adalah
hujah kuat yang menggambarkan tentang tema ekonomi novel ini. Gambaran ini
adalah sala satu cara memanfaatkan sumber-sumber seperti manusia dan tanah.
Ketika tanah lombong kurang subur kawasannya, maka tanah baru di felda lebih signifikan(penting).
Tanah di Kampung Tualang lebih sesuai untuk aktiviti perlombongan berbanding
pertanian.
Kegiatan ekonomi paling hangat dibincangkan ialah kegiatan perlombongan bijih timah. Usaha ini telah giat dilakukan oleh encik Muhammad dan pihak-pihak lain yang berkepentingan. Sementara itu ada pihak yang menyokong dengan syarat aspek ekonomi perlu diseimbangkan dengan keperluan akhirat.

No comments:
Post a Comment