Kepada pengunjung laman ini terutamanya para pelajar Pra Universiti Tingkatan Enam. Mungkin anda sedang termenung mengenangkan keputusan peperiksaan STPM penggal 1 yang lalu. Anda semua jangan kecewa atau gundah dengan apa yang telah anda capai. Anda masih berpeluang memperbaiki prestasi yang kurang memuaskan. Penggal 1 hanyalah sebahagian daripada proses penilaian dan anda masih berpeluang memperbaikinya dengan mengulang peperiksaan berkenaan. Pastikan anda memandang ke hadapan dan cuba membaiki pencapaian dalam peperiksaan penggal 2 dan 3. Seterusnya, anda perlu siapkan tugasan kertas KMK dengan baik dengan memenuhi keperluan penilaian. Berhubunglah selalu dengan guru anda. Saya yakin guru anda sanggup membantu anda dan tidak ada kerahsiaan dalam pemberian markah. Jika anda buat tugasan dengan lengkap, anda tetap akan dapat apa yang anda inginkan. Selamat berjaya. kata pepatah arab "Man jadda wa jada".....siapa yang berusaha dia akan dapat apa yang telah diusahakan. Jangan buang masa berada di tingkatan enam tanpa pencapaian yang baik.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
922/1 Bahagian C: Prosa Moden. Drama Asiah Samiah
Gambaran masyarakat dalam Drama 1. Masyarakat yang mementingkan kebendaan 2. Wujudnya masyarakat yang mempertahankan hak 3. Masyarakat gemar...
-
Sinopsis Wang bukan segala-galanya. Ketika wang mempunyai nilai yang tinggi, kita sangat bergembira untuk memiliki pelbagai barangan ...
-
Hikayat Pelanduk Jenaka (Syeikh Alam Berlawan dengan Raksasa) Sinopsis Tuan Syeikh Alam di Rimba telah bertitah bahawa ada suatu bah...
-
Sinopsis Seorang guru dan ketua warden veteran yang bernama Cikgu Ibau Paul Nyibang bakal bersua muka dengan bekas murid yang pernah b...
No comments:
Post a Comment