Sinopsis
Wang bukan segala-galanya. Ketika wang mempunyai nilai yang tinggi, kita sangat bergembira untuk memiliki pelbagai barangan dan keperluan. Apabila nilai wang jatuh, manusia menjadi keluh kesah dan porak peranda. Lebih-lebih lagi apabila nilai wang jatuh yang menyebabkan harga barangan terlalu mahal. Wang yang banyak tidak mampu memiliki sejumlah barangan yang banyak dan tinggi nilainya. Manusia boleh hilang pegangan akibat mempunyai masalah kewangan. Sejarah wang telah bermula sejak sekian lama. Terdapat banyak pendapat tentang asal usul wang. Daripada tamaddun awal manusia hinggalah berlakunya revolusi perindustrian. Malah sebelum itu, matawang asalnya diperbuat daripada emas dan perak yang kemudiannya wujud dalam bentuk kertas yang diberi nilai. Manusia perlu sedar supaya mengelakkan diri daripada menjadi hamba kepada wang. Razeki kita bukan tertakluk kepada nilai wang semata-mata. Teguhkan iman dan yakinlah bahawa Allah yang memberi rezeki untuk kita.
(Terbitan Dewan Sastera 1998)
Cuba fahamkan tajuk cerpen. Maksud mitos itu satu kepercayaan yang dipercayai benar. Apa yang masyarakat percaya itu selalu dikaitkan dengan unsur luar biasa dan unsur suci. Namun dalam kes wang kertas secekak itu mungkin tiada yang jelas unsur sucinya. Tetapi ia memberi impak luarbiasa. Jika kita fahami naik dan turunnya nilai matawang dalam ekonomi kita akan cepat faham bagaimana masyarakat dunia termasuk negara kita bimbang bila nilai matawang jatuh. Wang yang banyak hanya boleh mendapat barang dan perkhidmatan yang sedikit bila nilainya jatuh. So matawang itu jadi satu dogma dan menakutkan ramai orang jika jatuh nilainya. Mereka takut tak cukup makan, pakaian dan tempat tinggal. Hal ini dikaitkan dengan beberapa ayat dalam cerpen yang menggambarkan secekak kertas tisu itu adalah wang yang sudah tiada nilai. Asalnya nilainya macam emas malah kadang lebih tinggi daripada itu. Bila sudah tiada nilai maka ia macam sehelai kertas tisu yang gunanya hanya untuk lap kekotoran. Seluruh cerpen ini berkait dengan kebimbangan masyarakat terhadap kejatuhnnya melalui penceritaan watak "dia". Lalu bagi yang beragama Islam sepatutnya percaya bahawa rezeki manusia bukan semestinya sumber wang. Ada lagi lain cara untuk dapat rezeki. Contoh bercucuk tanam, nelayan dan lain-lain kerana yang dikatakan rezeki itu ialah apa yang kita dapat makan dan masuk dalam mulut kita. Itu sebab dalam cerpen tersebut ada menyebut burung-burung masih bebas terbang mencari rezeki tanpa risau tentang kejatuhan "dia" secekak kertas yang jatuh nilai menjadi seperti tisu yang murah harganya.
Beberapa soalan di kalangan pelajar tentang maksud perkataan
1. "Dia" bermaksud kertas tisu yang seharga emas (matawang). Lihat hlm 137.
2. "Aku" mewakili diri sendiri selaku penduduk negara ini.
3. Ayah dan ibu bolah bermaksud pemimpin negara termasuk Perdana Menteri yang sering bercakap tentang isu-isu dan masalah negara.
4. "Mengetuk pintu rumahku?" hlm 131 bermaksud masalah telah datang ke negara kita.
5. "Ambulan" boleh bermaksud aktiviti menyelamat. Dalam konteks isu kejatuhan nilai matawang dan menyelamatkan ekonomi negara ialah langkah menambat nilai matawang kepada suatu nilai (contoh : RM3.80 untuk 1 dollar Amerika)
Senario isu kewangan semasa pada tahun 1998.
Malaysia pernah mengalami Krisis Kewangan pada akhir abad ke-20 iaitu pada tahun 1997 dan 1998. Krisis ini turut dialami beberapa negara serantau di Asia Tenggara seperti Thailand, Filipina dan Indonesia. Kejatuhan nilai Baht di Thailand dikatakan sebagai pencetus utama kepada permasalahan ini. Masalah ini turut menghilangkan keyakinan para pelabur di beberapa negara Asia Tenggara seterusnya mengakibatkan pelabur-pelabur asing di negara-negara seperti Malaysia, Indonesia dan Filipina melarikan diri. Malaysia yang turut tidak ketinggalan merasai kesan kehilangan keyakinan para pelabur asing dapat menanganinya dengan pelbagai campur tangan kerajaan. Terdapat beberapa fakta menarik mengenai Malaysia semasa mengalami krisis kewangan ini.
Kesan daripada krisis ekonomi dan kejatuhan nilai wang yang membabitkan negara Malaysia, maka Bank Negara telah melaksanakan satu dasar tambatan nilai matawang demi menyelamatkan negara kita daripada terus menghadapi kejatuhan nilai ringgit. Berikut adalah cerpen yang ditulis dalam tahun berkenaan (1998), dan perlu difahami berdasarkan senario krisis matawang tersebut.
Cuba fahami petikan di bawah:
Kata ayah, dia itu adalah seberkas kertas tisu, asalnya pengelap keringat atau pencuci najis yang terletak di tandas, kemudian melayang-layang ke seluruh dunia dengan penghargaan dan penilaian yang luar biasa melebihi emas tulen, Angin perkembangan dunia menyebabkan dia itu berada di sini. Dia jatuh di sini.
"Berapakah umur dia yang jatuh itu?
Kata orang di sudah wujud dalam zaman tamadun Sumeria dan tamadun lemah Sindhu, 4000-3000 tahun Sebelum Masihi.
Ulasan:
"Dia" bermaksud helaian kertas yang asalnnya bernilai rendah. Apabila dia diberi nilai, maka nilainya telah meningkat melebihi nilai emas. Oleh itu adalah tidak menjadi mustahil bahawa suatu masa, nilai yang tinggi itu akan jatuh pula termasuk di negara ini.
Juga baca di bawah:
"Dia jatuh! "
"Dia jatuh!"
Seluruh pekan kecil ini menjadi histeria. Puluhan, ratusan, ribuan, erkejar ke tempat dia jatuh.
"Tentu dia luka parah." kata seorang
"Tentu dia luka parah, Tentu!"
"Memang dia luka parah. Panggil ambulan!"
Demikianlah kegemparan sepekan kecil itu pada pagi kejadian. Juga beberapa hari kemudian. Atau berbulan-bulan kemudian. Atau bertahun-tahun kemudian.
Kata orang, dia menghilang apabila ambulans tiba.
Ulasan:
Istilah ambulan bagi petikan di atas boleh dikaitkan dengan aktiviti menyelamat. Apabila nilai matawang jatuh maka aktiviti menyelamat pada waktu itu adalah sebagaimana yang telah dilakukan oleh pihak Bank Negara iaitu menambat nilai ringgit pada satu nilai tertentu. Langkah tersebut telah menyelamatkan negara daripada menghadapi kejatuhan nilai matawang berterusan. Perkara tersebut digambarkan pada ayat Kata orang, dia menghilang apabila ambulans tiba.

(Halaman 131, Permata Sastera Melayu MPM)

Baca pula petikan berikut:
"Ya Tuhan. Perteguhkan imanku. Biarlah aku tidak terjejas oleh kejatuhan kertas tisu seharga emas itu. Ikan mencari makan tanpa mempedulikan dia yang jatuh. Selama ini pun Engkau, ya Allah, yang memberi rezeki, bukan dia. Perteguhkan imanku. Kaulah yang memberi rezeki itu. Bukan dia."
(Halaman137, Permata Sastera Melayu MPM)
Ulasan:
Gambaran petikan diatas mengukuhkan pendapat yang mengatakan dia adalah "wang" dan nilainya yang asalnya kertas biasa dan kemudian diberi nilai oleh manusia.
Maksud Mitos:
Bertemakan tentang masalah ekonomi semasa iaitu kejatuhan nilai mata wang. Manusia di dunia termasuk di negara kita menjadi resah dan tidak menentu kerana nilai wang. Bagi mereka, kejatuhan nilai matawang telah menyusahkan kehidupan dan ramai cuba menyalahkan pihak lain kerana nilai wang jatuh. Seolah-olah manusia telah menjadi hamba kepada wang dan manusia lupa bahawa pemberi rezeki adalah Allah. Manusia lupa untuk berikhtiar mencari sumber lain bagi mendapatkan barangan dan keperluan harian sebagaimana yang telah dilakukan oleh seekor burung ketika mencari rezeki (hlm 137).
1. Krisis matawang yang melanda telah menyebabkan rakyat gelisah.
Mitos dikaitkan dengan kepercayaan. Sesuatu yang dipercayai benar. Ramai orang percaya kononnya sehelai kertas itu mempunyai nilai dan ramai percaya tanpa helaian kertas itu, kita akan sengsara. Malah ada yang menjadi leka kerananya. Jika helaian kertas itu semakin jatuh nilainya sehingga akhirnya tidak bernilai, maka ia tidak ubah umpama nilai secekak kertas tisu sahaja. Tisu akan dibuang di tempat longgokan sampah apabila tidak diguanakan lagi. Harga tisu amat murah, kerana itu ia mudah dibuang. Bayangkan jika dahulu kita mampu membeli 100 biji kuih dengan RM10 sebaliknya kini kita hanya mampu memiliki 25 biji kuih sahaja dengan wang yang sama.
2. Nilai matawang bukan penentu kebahagiaan hidup
Ramai orang menjadi resah kerana kejatuhan nilai matawang. Namun penentu kebahagiaan hidup bukan ditentukan oleh nilai wang semata-mata. Masih banyak faktor penentu lain yang mampu membuatkan seseorang itu bahagia.
3. Jangan menjadi hamba wang.
Ramai orang percaya bahawa kejatuhan matawang akan menyebabkan kesusahan dan hilang banyak rezeki. Mereka telah berusaha siang malam semata-mata untuk mengumpulkan duit yang banyak. Semoga dengan duit yang banyak akan menyelamatkan diri mereka daripada kemiskinan dan papa.
4. Yakin dengan kekuasaan Allah yang memberi rezeki kepada manusia.
Sebenarnya pemberi rezeki kita adalah Allah swt. Keyakinan kepada perkara yang lain selain Allah akan menjejaskan keimanan kita. Mempunyai wang sememangnya penting, namun kita tidak boleh meyakini bahawa mempunyai wang maka kita mempunyai banyak rezeki. Pengarang mengambil contoh burung-burung yang terbang tetap memperolehi rezeki tanpa menghiraukan kejatuhan nilai wang (secekak kertas tisu).
Bincangkan watak "dia" dalam cerpen mitos secekak kertas tisu.
Mitos merujuk kepada satu cerita dalam sesebuah kebudayaan yang dianggap mempunyai kebenaran mengenai sesuatu perkara yang pernah berlaku pada suatu masa dahulu. Ia dianggap sebagai satu kepercayaan dan kebenaran mutlak yang dijadikan sebagai rujukan. Ia selalunya satu dogma yang dianggap suci dan mempunyai konotasi upacara
( Sumber wikipedia)
( Sumber wikipedia)
Mitos juga bermaksud cerita zaman dahulu yg dianggap benar, terutamanya yg mengandungi unsur-unsur konsep atau kepercayaan tentang sejarah awal kewujudan sesuatu suku bangsa, kejadian-kejadian alam, dsb; 2. cerita tentang seseorang atau sesuatu yg tidak benar atau direka-reka, dongeng; memitoskan
(sumber dewan bahasa dan pustaka)
Ulasan:
Berdasarkan kepada dapatan di atas, maka kepercayaan masyarakat terhadap sejenis kertas yang dianggap bernilai oleh dianggap satu mitos. Mitos yang kononnya secekak kertas itu boleh membuatkan seseorang itu bahgia atau sengsara. Semacam ada satu pengaruh luar biasa dan dipercayai benar oleh sebilangan orang ramai kepada nilai wang. Cuma dalam konteks maksud mitos cerpen ini, ia tidak wujud unsur-unsur suci pada pandangan agama secara nyata.
Tema
Bertemakan tentang masalah ekonomi semasa iaitu kejatuhan nilai mata wang. Manusia di dunia termasuk di negara kita menjadi resah dan tidak menentu kerana nilai wang. Bagi mereka, kejatuhan nilai matawang telah menyusahkan kehidupan dan ramai cuba menyalahkan pihak lain kerana nilai wang jatuh. Seolah-olah manusia telah menjadi hamba kepada wang dan manusia lupa bahawa pemberi rezeki adalah Allah. Manusia lupa untuk berikhtiar mencari sumber lain bagi mendapatkan barangan dan keperluan harian sebagaimana yang telah dilakukan oleh seekor burung ketika mencari rezeki (hlm 137).
Pemikiran
1. Krisis matawang yang melanda telah menyebabkan rakyat gelisah.
Mitos dikaitkan dengan kepercayaan. Sesuatu yang dipercayai benar. Ramai orang percaya kononnya sehelai kertas itu mempunyai nilai dan ramai percaya tanpa helaian kertas itu, kita akan sengsara. Malah ada yang menjadi leka kerananya. Jika helaian kertas itu semakin jatuh nilainya sehingga akhirnya tidak bernilai, maka ia tidak ubah umpama nilai secekak kertas tisu sahaja. Tisu akan dibuang di tempat longgokan sampah apabila tidak diguanakan lagi. Harga tisu amat murah, kerana itu ia mudah dibuang. Bayangkan jika dahulu kita mampu membeli 100 biji kuih dengan RM10 sebaliknya kini kita hanya mampu memiliki 25 biji kuih sahaja dengan wang yang sama.
2. Nilai matawang bukan penentu kebahagiaan hidup
Ramai orang menjadi resah kerana kejatuhan nilai matawang. Namun penentu kebahagiaan hidup bukan ditentukan oleh nilai wang semata-mata. Masih banyak faktor penentu lain yang mampu membuatkan seseorang itu bahagia.
3. Jangan menjadi hamba wang.
Ramai orang percaya bahawa kejatuhan matawang akan menyebabkan kesusahan dan hilang banyak rezeki. Mereka telah berusaha siang malam semata-mata untuk mengumpulkan duit yang banyak. Semoga dengan duit yang banyak akan menyelamatkan diri mereka daripada kemiskinan dan papa.
4. Yakin dengan kekuasaan Allah yang memberi rezeki kepada manusia.
Sebenarnya pemberi rezeki kita adalah Allah swt. Keyakinan kepada perkara yang lain selain Allah akan menjejaskan keimanan kita. Mempunyai wang sememangnya penting, namun kita tidak boleh meyakini bahawa mempunyai wang maka kita mempunyai banyak rezeki. Pengarang mengambil contoh burung-burung yang terbang tetap memperolehi rezeki tanpa menghiraukan kejatuhan nilai wang (secekak kertas tisu).
Bincangkan watak "dia" dalam cerpen mitos secekak kertas tisu.
1. Dia telah ditafsirkan dengan pelbagai maksud.
2. Dia adalah kertas tisu.
3. Dia asalnya mempunyai nilai yang rendah
4. Dia telah diberi nilai yang tinggi.
5. Dia kemudianya telah jatuh nilai.
6. Dia kini sudah menghilang.
7. Dia telah membuat manusia resah gelisah.
8. Dia mempunyai sejarah yang panjang.
9. Dia telah menjadikan manusia sedar tentang kebesaran Allah.

13 comments:
salam..ckgu sya akan bentang crita mitos ini dan stelah sya kaji...pndapat saya masyarakat yg lemah iman dan kurang pegangan menyebab kn mereka hidup huru hara di sebab kan 'aku'itu..masalah saya 'aku' itu apa...yg saya baca 'aku' itu kemungkinan makhluk halus..namun ckgu sya ckp itu ialah mata wang...saya x fhm mcm mn mata wang itu jatuh...boleh ckgu tlong jelaskan..harap ckgu dpt membantu..trima kasih..
Assalamualaikum.apakah nilai masyarakat yg terkandung dalam cerpen tersebut?tq
assalamualaikum...cgu ap perwatakam ayah 'aku' dalm certa ni???
Assalamualaikum.. Cikgu apa perwatakan 'aku'dalam cerpen ini.???
assalamuaaikum cikgu.apa latar tempat , latar masa dan gambaran masyarakat cikgu?
assalamuaaikum cikgu.apa latar tempat , latar masa dan gambaran masyarakat cikgu?
Assalammualaikum,Jika boleh selepas ini tidak kira apa jenis puisi minta untuk menyata kan pemikiran masyarakat juga ye.....
Good info cg.. Thanks a lots
apa maksud aspek estetika
Assalamualaikum cikgu..nk tanya..ape amanat dalam cerpen tu?
watak aku dalam mitos ini adalah wang ringgit yang menjadi pembuta dalam kehidupan manusia sekarang yang tidak percaya dengan kekuatan dan pemberian rezeki itu semua datang dari ketentuan Allah S.W.T kerana ALLAH S.W.T adalah pencipta.
mamai hensem
nabil pun hensem 🐷
Post a Comment