Sinopsis
Tuan Syeikh Alam di Rimba telah bertitah bahawa ada suatu bahaya akan menimpa masyarakat binatang yang tinggal di hutan. Kemudian msayarakat binatang berkenaan telah pergi ke sungai Tinam untuk menangkap ikan yang banyak di sana. Namun di sungai berkenaan terdapat seorang raksasa yang menjadi penunggu tempat itu. Sang Beruang, Sang Seladang, Sang Harimau dan Sang Badak tidak berjaya menjaga ikan hasil tangkapan mereka lantaran ancaman raksasa tersebut. Malah Badak yang sudah tewas itu menipu rakan-rakannya dengan mengatakan dirinya cedera kerana berlawan dengan raksasa. Sebenarnya luka di badan Badak itu kerana tercangkuk onak dan duri ketika berlari menyelamatkan diri daripada Raksasa.
Kemudian masyarakat binatang pun meminta pertolongan daripada Pelanduk Jenaka (Syeikh Alam di Rimba). Pelanduk Jenaka meminta tempoh tujuh hari baru beliau hendak berangkat untuk melawan Raksasa. Setelah genap tujuh hari Pelanduk Jenaka pun pergi ke tampat Raksasa. Pelanduk Jenaka mengajak masyarakat binatang menangkap ikan sebanyak yang boleh. Pelanduk jenaka pula membuat simpai yang diperbuat daripada rotan. Pelanduk telah mengarahkan rakan binatang yang lain menyembunyikan diri sementara Pelanduk pula menunggu ikan yang sedang dimasak. Apabila Raksasa datang, Pelanduk pun berbuat helah dan menipu Raksasa menggunakan simpai yang kononnya boleh mengubat masalah sakit-sakit di badan. Akhirnya Raksasa terperangkap dengan simpai (diperbuat daripada rotan) yang dipasang dibadannya. Badan Raksasa terguling ke tanah. Pelanduk pun mengambil kesempatan mencakar mata Raksasa tersebut sehingga buta. Raksasa telah menjerit kesakitan dan jeritan berkenaan telah menyebabkan seluruh masyarakat rimba terkejut. Setelah Raksasa dapat dikalahkan, maka amanlah seluruh penduduk rimba dan dapat bermain-main di sungai Tinam.
Mengenalpasti jenis dan ciri-ciri prosa tradisional.
Hikayat Pelanduk Jenaka adalah sebahagian daripada cerita binatang. Cerita binatang adalah sebahagian daripada cerita rakyat. Cerita rakyat pula adalah sebahagian daripada sastera rakyat (juga dikenali sebagai sastera lisan).
Cerita rakyat merupakan satu bentuk cerita yang popular di kalangan rakyat, yang menjadi hiburan penting di masyarakat berkenaan.Dalam masyarakat Melayu, terdapat pelbagi jenis cerita rakyat seperti cerita binatang, cerita jenaka, cerita penglipur lara dan cerita pengalaman.Cerita rakyat juga sebagai ekspresi budaya suatu masyarakat melalui bahasa tutur yang berhubung langsung dengan berbagai aspek budaya, seperti agama dan kepercayaan, undang-undang, kegiatan ekonomi, sistem kekeluargaan, dan susunan nilai sosial masyarakat tersebut.prosa.
Cerita binatang biasanya menceritakan sebuah masyarakat binatang yang tinggal di dalam hutan. Golongan binatang ini boleh bertutur seperti watak manusia. Terdapat watak binatang yang unggul dan menjadi hero di kalangan mereka sementara binatang yang lain adalah watak kecil yang sentiasa mengharapkan bantuan. Binatang yang unggul itu biasanya dikaitkan dengan Sang Kancil dan Pelanduk. Sang Kancil atau Pelanduk digambarkan sebagai binatang cerdik yang mampu mengatasi sebarang masalah masyarakat binatang. Pada masa yang sama, terdapat pula ancaman daripada golongan yang dianggap sangat kuat dan berkuasa. Biasanya golongan yang mengancam keharmonian masyarakat binatang adalah seperti harimau, buaya, gergasi dan raksasa. Golongan yang dianggap kuat dan mengancam keselamatan ini akan ditewaskan oleh binatang kecil yang lebih cerdik akalnya.
Sesuai dengan genre sastera rakyat (sastera lisan), maka penceritaan tentang kisah binatang akan lebih menarik sekiranya ia disertakan dengan intonasi suara binatang yang berbeza ketika cerita berkenaan disampaikan. Khalayak yang biasa mendengar cerita binatang pula biasanya adalah golongan kanak-kanak. Penyampai cerita pula tidak semestinya golongan profesional seperti penglipurlara. Ia mungkin hanya disampaikan oleh golongan penyampai biasa secara turun temurun melalui orang-orang tua di kampung.
Pemikiran

Kehidupan masyarakat rimba yang sedang menghadapi masalah seperti manusia biasa. Kegiatan mencari rezki meraka telah terhalang lantaran adanya ancaman raksasa. Mereka telah berusaha menyelesaikan masalah tersebut namun usaha mereka gagal. Akhirnnya mereka terpaksa memohon pertolongan daripada golongan bijak pandai dan pakar strategi. Pelanduk Jenaka merupakan pihak yang menjadi penyelamat atau penyelesai masalah.
Pengajaran
- Perlu berwaspada
- Perlu berusaha menyelesaikan masalah
-Jangan takbur
-Jangan menipu
-Bantulah rakan yang memerlukan pertolongan.
-Gunakan akal sebaiknya ketika bertindak.
-Perlu bijak merancang strategi (kaedah penyelesaian masalah).
Persamaan kehidupan manusia dengan kehidupan masyarakat binatang dalam Hikayat Pelanduk Jenaka.
1. Terdapat golongan manusia yang bersikap takbur atau bercakap besar. Sang Beruang sangat takbur dan mengatakan bahawa dirinya mampu mengalahkan raksasa dengan mudah. Hakikatnya Sang Beruang tidak berkemampuan untuk mengalahkan raksasa secara fizikal. Akhirnya beliau tewas dan mengaku kalah.
2. Sebahagian daripada manusia bersikap tidak jujur kepada diri sendiri dan rakan. Perkara ini dapat dibuktikan berdasarkan sikap badak yang telah mengalami kecederaan. Badak menyatakan bahawa kecederaan yang telah berlaku ke atasnya adalah disebabkan berlawan dengan raksasa. Hal tersebut sebenarnya tidak berlaku sama sekali.

3. Manusia kadangkala bertindak dengan cara yang salah. Mereka tidak menggunakan kelebihan akal yang ada pada diri mereka. Sebaliknya mereka hanya menggunakan kekuatan fizikal semata-mata. Akibat tidak bertindak dengan betul, manusia akan mengalami kegagalan dalam usaha mereka mengatasi masalah kehidupan. Malah ada di antara mereka bertindak terburu-butru. Masyarakat binatang dalam cerita ini diselubungi rasa takut yang melampau. Apabila berjumpa raksasa, mereka segera melarikan diri tanpa erfikir pajang. Akibatnya mereka mengalami kecederaan dan kesukaran.
4. Manusia perlu berkerjasama sesama ahli masyarakat. Muafakat yang diamalkan oleh masyarakat binatang dalam cerita ini begitu baik. Mereka cuba memberikan peranan kepada setiap anggota masyarakat yang ada. Malah Pelanduk juga bijak mengarahkan rakan-rakan mereka supaya melaksanakan tugasan masing-masing ketika hendak memerangkap raksasa.
2 comments:
saya nak buat kerja bm timakasih sebab publish blog nii ...mintaq izin guna yaaa
Assalamualaikum, saya sedang membuat kajian tentang Hikayat Pelanduk Jenaka, dimana saya boleh dapatkan naskah ini atau copy nya? terima kasih
Post a Comment