Sinopsis
Usia emas bukan satu anugerah tetapi satu pinjaman. Usah berbangga kerananya. Hargailah orang tua yang telah menjaga dan mendidik kita. Akhirnya kita perlu menerima hakikat bahawa ajal akan sampai juga akhirnya. Usia emas sememangnya hanya menunggu masa ajal kita akan sampai kerana usia nabi Muhammad hanya sekitar 62 tahun sahaja. Cikgu Baharum sudah bersara. Usia emasnya dipanjangkan Allah. Beliau pernah menjadi penulis dan tulisan beliau disiarkan di dalam Warta Malaya (sejenis akhbar yang popular di tanah Melayu suatu ketika dahulu). Pada masa tuanya beliau memenuhi kehidupan dengan bangun pagi dan bersenam. Digambarkan kisah hidupnya ketika bergelar guru. Beliau bangun pagi dan datang kerja awal. Beliau sentiasa membimbing anak muridnya. Banyak ilmu pengetahuannya kerana banyak membaca. Suka berbincang dalam pelbagai perkara termasuk ekonomi, politik dan sosial. Bicara soal hari tua bukan masa untuk mendapat bermacam anugerah. Anugerah sudah tidak releven lagi buat warga tua, lebih-lebih lagi apabila sudah mati. Pemergiannya tidak perlu diratap dan merasa kehilangan kerana tugas manusia sudah tamat pada masa itu. Doakan sahaja untuk simati dengan kebaikan dan pohonkan pengganti yang lebih baik. Orang tua-tua beragama Islam hanya perlukan kasih sayang anak-anak. Jangan jadi seperti di tempat lain yang menghantar orang tua-tua di rumah kebajikan sebagaimana yang berlaku di Jepun. Berilah mereka peluang melanjutkan ibadahnya dan jangan anggap mereka sebagai golongan tidak berguna. Akhirnya mendapat penulis mendapat khabar cikgu Baharum telah kembali ke Rahmatullah. Semua yang fana ini akan kembali kepada penciptanya. Jangan mengeluh dan meratap. Kita perlu bersabar.
Aspek Ekstrinsik dan Intrinsik cerpen
Beberapa catatan dialog penting berdasarkan cerpen Permata Sastera Melayu
Aspek Ekstrinsik dan Intrinsik cerpen
Beberapa catatan dialog penting berdasarkan cerpen Permata Sastera Melayu
"Saya bersyukur kepada Allah Taala kerana umur panjang. Saya bimbang dengan usia dipinjamkan ini" (hlm. 116)
Perkataan "usia dipinjamkan" memberi gambaran bahawa manusia tidak mempunyai apa-apa kuasa terhadap umurnya. Walaupun ramai manusia bercita-cita untuk hidup lebih lama, tetapi hakikatnya mereka hanya mampu berusaha sahaja. Manusia akan cuba untuk mengamalkan cara hidup sihat seperti melakukan kegiatan beriadah.
"Sentiasa berlindung diri di belakang setiap solat dengan doa jangan sampai umur tua" (hlm117)
Apabila melihat kesukaran hidup warga tua, kita seharusnya sedar bahawa umur yang panjang perlu disertai dengan anugerah kesihatan. Warga tua yang panjang usia mungkin akan menjadi beban kepada golongan muda. Oleh itu doa supaya jangan hidup sehingga terlalu tua ini suatu yang wajar diamalkan oleh insan yang sedar asal usul dirinya.
Aspek Estetik Cerpen
Cerpen ini mempunyai nilai kerohanian yang tinggi. Penulis mempunyai pengetahuan tentang agama dan sentiasa merujuk kepada perintah Ilahi dalam sebahagian besar penulisannya.
Pemikiran Masyarakat
1. Perbezaan pandangan ahli masyarakat tentang hari tua. Bagi masyarakat barat, hari tua merupakan masa untuk bergembira dan berhibur. Bagi penulis, hari tua adalah masa kita untuk melakukan sesuatu yang berfaedah dan melakukan ibadat. Masyarakat barat berpendapat orang yang dipanjangkan usia mempunyai keistimewaan. Mereka perlu diraikan dan diberi anugerah. Bagi penulis, usia tua adalah masa yang dipinjamkan dan perlu bersedia untuk menghadapi kematian.
2. Terdapat juga perbezaan pandangan antara masyarakat timur seperti di Jepun berbanding masyarakat melayu. Bagi masyarakat Jepun, orang tua dianggap tidak produktif dan tidak mampu menyumbang apa-apa produktiviti. Malah kewujudan mereka merupakan satu beban dan perlu dihantar ke rumah penjagaan orang tua. Bagi masyarakat kita, orang tua perlu disayangi dan perlu dijaga oleh ahli keluarga dengan baik.
Kandungan Karya
Analisis karya
Tema
Cerpen ini bertemakan kemanusiaan. Kehidupan usia tua bukan satu kelebihan tetapi ia hanyalah pinjaman Usia emas bukan masa untuk mendapat anugerah hidup dan berhibur sebagaimana orang barat. Usia emas perlu dipenuhi dengan aktiviti berfaedah dan beribadat kepada Allah. Warga tua perlu disayangi dan jangan dilupakan.
Pemikiran
1- Jangan berbangga dengan baki umur kita.
Umur kita adalah anugerah Allah dan kita menerima anugerah itu dengan syukur. Semakin bertambah umur kita akan semakin mendekati mati. Oleh itu kita tidak boleh berbangga dengan anugerah sementara itu.
2- Anugerah dan penghargaan bukanlah suatu yang istimewa pada hari tua.
Cikgu Baharum tidak terlalu berbangga kerana mendapat anugerah warga emas. Umur yang panjang hanya perlu disyukuri. Rujuk halaman 116. "Saya bersyukur kepada Allah Taala.........."
3-Penuhi hari tua dengan aktiviti berfaedah.
Penulis menceritakan tentang aktiviti yang telah dilakukan oleh cikgu Baharum apabila menjelang hari tua. Malah cikgu Baharum juga diceritakan seorang yang sangat rajin bekerja. Beliau bangun pagi dan terus pergi bekerja dengan tekun. Malah apabila sudah pencen, dia terus mengamalkan aktiviti bangun pagi untuk solat, membaca al-quran dan beriadah. (Rujuk halaman 119)
4-Banyakkan beribadat.
Cikgu Baharum diceritakan seorang yang taat mengerjakan suruhan tuhan. Beliau rajin sembahyang dan membaca al-Quran. Malah hujah dan pendapatnya sering dirujuk kepada kitab al-Quran.
5-Sayangi warga tua.
Cikgu Baharum berpendapat bahawa orang tua memerlukan kasih sayang anak-anaknya (hlm 125). Oleh itu setiap anak yang mempunyai orang tua perlulah mengambil perhatian terhadap ibubapa mereka. Jangan serahkan mereka kepada rumah-rumah kebajikan seperti yang lazimnya dilakukan oleh pihak lain.
6-Setiap yang hidup pasti akan mati akhirnya.
Cerpen ini diakhiri dengan berita kematian cikgu Baharum dalam satu panggilan telefon terhadap penulis pada suatu pagi. Oleh itu benarlah bahawa manusia yang hidup perlu sedar bahawa usia yang semakin meningkat menandakan dirinya semakin hampir kepada kematian.
1 comment:
Hi hanif
Post a Comment