Tuesday, March 3, 2020

922/2 A: Nilai Kemanusiaan berdasarkan Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur

Bincangkan kemanusiaan encik Muhammad dalam konteks pembangunan insan.

Konsep kemanusiaan :

Nilai merujuk kepada sifat ketinggian yang melibatkan pemikiran, agama, kemasyarakatan, dan sebagainya.
Kemanusiaan merujuk kepada perihal manusia atau sifat-sifat manusia
Nilai kemanusiaan merujuk kepada sifat ketinggian kualiti/mutu/taraf tertentu yang berkaitan dengan perihal/sifat manusia
Manusia seharusnya mengamalkan nilai simpati, prihatin, sayang, cinta, sikap ingin menolong, pemurah, ambil berat, tolak ansur dan ikhlas. 

Catatan: 
Untuk membincangkan tentang nilai kemanusiaan perlulah mencari fakta yang sesuai.
Amalan nilai kemanusiaan perlu melibatkan insan lain.

Senarai Nilai Kemanusiaan encik Muhammad.
-Prihatin (hlm. 8 SBDKL)
-Pemurah (hlm. 150 SBDKL)
-Bertimbang rasa (hlm. 327 SBDKL)
-Bertanggungjawab (hlm 335 SBDKL)
-Sabar (hlm 264 SBDKL)
-Kasih sayang (hlm. 9 SBDKL)
-Pemaaf
-Bersopan


Perbincangan 1: 
Encik Muhammad digambarkan seorang yang pemurah.
Sifat pemurah boleh di amalkan seandainya seseorang itu sering memberi sedekah dan sumbangan kepada pihak lain. Seorang yang pemurah digambarkan mempunyai sifat yang mulia dan ikhlas terhadap orang lain.
Contohnya dapat dilihat ketika encik Muhammad memberi sumbangan kepada kenduri perkahwinan antara Gayah dan Sudin. 
Sebaliknya jika pemurah ini tidak ada dalam diri, seseorang itu mungkin cenderung untuk menjadi tamak.

Tuesday, February 18, 2020

922/2 A: Pembangunan Insan Sejarah Melayu : Jati Diri

1.3 Jati Diri


Bincangkan jati diri Tun Fatimah berdasarkan Sejarah Melayu


Konsep: Keperibadian unik, utuh dan istimewa dari segi adat, bahasa, budaya dan agama yang menjadi teras dan lambang keperibadian seseorang individu atau bangsa

Latar belakang Tun Fatimah: Anak Bendahara Seri Maharaja, memiliki raut wajah cantik, berkahwin dengan Tun Ali, Kemudian menjadi permaisuri raja Melaka  iaitu isteri Sultan Mahmud Syah.

Lima Isi: Tabah, berwawasan, setia, berprinsip dan penyayang.

Perbincangan 1: Seorang yang tabah menghadapi dugaan hidup
Maksud: Sangat sabar ketika menghadapi cabaran dalam hidup.
Pembangunan Insan: Sifat sabar ini mampu menjadikan insan redha dengan ketentutan takdir Ilahi
Contoh: Ketika hukuman bunuh terhadap ayahanda, suami dan adiknya, Tun Fatimah sangat tabah walaupun terpaksa bersedih hati.
Kontra perbincangan: Jika seseorang itu tidak tabah mungkin individu itu akan menghadapi masalah seperti tekanan perasaan, murung dan kecewa.


Teruskan perbincangan.................

Perbincangan 2: 

Perbincangan 3:

Perbincangan 4:

Perbincangan 5: 

Monday, February 17, 2020

922/2 A:Pembangunan Insan SBDKL

1.0  Pembangunan Insan SBDKL

Konsep Pembangunan Insan:

Konsep Kehidupan Beragama: Merujuk kepada perihal hidup yang mematuhi ajaran agama. Orang yang hidup bergama akan taat kepada agama dan rajin beribadat.

Contoh Watak seperti Lebai Maarup dan Encik Muhammad
..............................................................................................

Soalan Perbincangan.

Lebai Maarup sentiasa hidup mengamalkan keagamaan atau hidup berlandaskan amalan keagamaan. Bincangkan berdasarkan SBDKL

Perbincangan 1: Lebai Maarup seorang yang rajin mengamalkan solat.

Konsep: Solat atau sembahyang adalah amalan agama Islam yang wajib dilakukan lima kali sehari semalam. Lebih baik dilakukan secara berjemaah. Boleh ditambah dengan amalan sembahyang sunat.
Pembangunan Insan: Insan yang rajin solat akan lebih taat dan terhindar daripada melakukan amalan yang tidak baik seperti melakukan maksiat atau berbuat dosa.
Contoh: Lebai Maarup sentiasa melakukan solat berjemaah bersama Imam Saad, Tuk Empat Dahlan dan penduduk Kampung di surau.
Kontra/Perbincangan: Jika seseorang tidak melakukan amal agama seperti solat mungkin dia akan menjadi insan yang lemah iman dan selalu ingkar perintah agama. Hidupnya akan menjadi tidak tenang dan penuh dosa.

Sambung lain-lain isi berikut:

Perbincangan 2: Lebai Maarup beramal dengan mewakafkan tanah/bersedekah

Perbincangan 3: Beliau juga rajin berdakwah

Perbincangan 4: Beliau menuntut ilmu agama.

Perbincangan 5: Beliau mengajar ilmu agama.

Monday, May 13, 2019

922/1 B: Ciri Karya Epik dan Kehebatan Hang Tuah

Karya Epik atau Kepahlawanan mempunyai ciri-ciri tertentu yang boleh kita kenali. Antaranya ialah:

1. Watak yang ramai.
Watak yang ramai biasanya membantu watak utama untuk beraksi dan berkomunikasi. Contohnya ada watak pahlawan Jawa untuk berlawan dengan Hang Tuah seperti Taming Sari.Tujuannya supaya Hang Tuah dapat berinteraksi dengan ramai orang dan menunjukkan kepetahnnya berkata-kata serta beraksi sebagai wira.

2. Katar tempat yang luas -
Meliputi banyak kawasan seperti Majapahit, China, Benua Keling. Tujuannya supaya Hang Tuah dapat mengembara dan menunjukkan keperwiraannya berbanding pahlawan negara luar.

3. Penulisan bersifat objektif iaitu tidak menyebelahi mana-mana pihak.
Biasanya penceritaan demasukkan unsur pemerian dan dialog serta monolog. Penggunaan bahasa yang mudah dan sesuai dengan zaman penceritaan iaitu tradisional. Tujuan penulisan cerita ini untuk menunjukkan bahawa dalam kalangan masyarakat Melayu terdapatnya kisah epik yang boleh dijadikan kebanggaan bangsa.


4. Terdapat unsur luar biasa atau supernatural-
Aspek luarbiasa ini akan dikemukakan sebagai membantu kebolehan watak sedia ada. Anataranya adalah seperti ubat hikmat, bijih benih ajaib (rujuk petikan). Tujuannya adalah supaya watak epik kelihatan lebih menyerlah dan unggul.

5. Tertumpu kepada seorang watak wira yang menjadi tokoh bangsa.
Sesuai dengan sifat cerita epik seperti lain-lain negara, maka tumpuan adalah terhadap tokoh epik melayu iaitu Hang Tuah. Tokoh digambarkan begitu ideal dan tidak pernah kalah dalam pertempuran. Tujunnya supaya watak epik kelihatan hebat di mata pembaca dan khalayak.

7. Watak wira mempunyai sifat yang luarbiasa.
Watak Hang Tuah itu sendiri luarbiasa sehingga digelar pahlawan atau wira. Antaranya seperti mempunyai ilmu firasat dan kegagahan melawan musuh seorang diri. Hal ini penting kerana Hang Tuah perlu ditonjolkan sebagai manusia hebat yang mewakili sekelompok bangsa iaitu Melayu.


Kehebatan Hang Tuah.
1. Boleh berbahasa Nagaram.
2. Mampu menyediakan ubat mandul.
3, Ada ilmu Firasat.
4. Mengalahkan Taming Sari
5. Menyelamatkan maruah Nala Sang Guna
6. Berani menunggang kuda Teji
7. Kehebatan menanam pokok ajaib
8.  Dapat melihat Maharaja China

Tuesday, May 7, 2019

922/1 A: Gambaran Masyarakat dalam Pantun Budi


Pengenalan Tentang Pantun

1.0 Pantun tersebut adalah pantun budi.


2.0 Pantun dijeniskan kepada tiga aspek/perkara
2.1 Khalayak - Ditujukan kepada golongan dewasa
2.2 Bentuk - Pantun empat kerat
2.3 Tema - bertemakan tentang budi

3. 0Klasifikasi pantun berdasarkan tema . Terdapat lebih sepuluh tema telah diklasifikasikan.
3.1 Pantun Budi
3.2 Pantun Nasihat
3.3 Pantun Kasih sayang
3.4 Pantun Agama
3.5 Pantun Kepahlawanan
3.6 Pantun Teka teki
3.7 Pantun Kanak-kanal
3.8 dll

4.0 Fungsi Pantun
4.1 Komunikasi
4.2 Hiburan
4.3 Pendidikan
4.4 Menguji ketajaman akal
4.5 Memberi gambaran terhadap masyarakat
dll


Gambaran Masyarakat
1. Terdapat masyarakat pelayar/pedagang
2. Menggambarkan keindahan alam kepulauan Melayu atau latar tempat
3. Menggambarkan aktiviti masyarakat dalam ekonomi iaitu pertanian
4. Menunjukkan kebolehan masyarakat membina pengangkutan laut.
5. Menunjukkan bukti masyarakat mempunyai ilmu tentang laut, bulan bintang dan alam yang luas.
6. Terdapat masyarakat yang menjadikan emas sebagai ukuran kekayaan
7. Terdapat masyarakat yang mengamalkan berhutang
8. Terdapat masyarakat yang suka berbudi
9. Terdapat masyarakat yang menghargai budi atau mengenang budi.

Tuesday, December 11, 2018

922/3 C: Unsur Sastera Dalam Multimedia Yang Menggunakan Bahan Sastera

Unsur sastera boleh dikaitkan kepada apa juga perkara yang menjadi asas kajian sastera. Unsur tersebut meliputi watak, perwatakan, tema/pemikiran, persoalan, gaya bahasa, latar, plot, teknik penulisan dan lain-lain lagi. Tegasnya membuat multimedia yang menggunakan bahan sastera seperti puisi dan prosa memerlukan penyampaian yang berteraskan unsur sastera. Tanpa unsur sastera mungkin multimedia yang dihasilkan tidak akan membezakan outputnya dengan pelbagai multimedia lain yang sedia ada dipelajari dan dihasilkan. Oleh itu setiap elemen multimedia yang akan diterapkan perlu memberi penekanan kepada unsur sastera ini agar dapat menghasilkan output yang berbeza dengan multimedia lain.


Salah satu contoh ialah ketika ingin menggunakan syair sebagai bahan multimedia. Beberapa unsur sastera perlu diambil perhatian ketika mempersembahkan teks, grafik, animasi dan audio visual

Teks - Memasukkan bait syair dalam paparan
Grafik - Memasukkan gambar statik berkaitan latar tempat, latas masa dan watak.
Animasi - Menganimasikan teks petikan syair atau gambar latar tempat
Audio visual - Merakamkan alunan syair mengikut bait-bait teks yang dipaparkan





Sunday, May 27, 2018

Salam Ramadhan 2018

Salam Ramadhan 2018. Lama tak update blog ini. Kepada pelajar baru Kesusasteraan Melayu Komunikatif. Laman ini pada mulanya hanyalah untuk berita-berita kegiatan saya memancing. Namun saya manfaatkan untuk para pelajar saya untuk memancing ilmu Kesusasteraan Melayu Komunikatif pula. 

Ambillah manfaat ilmunya jika ada. Namun jika ada salah dan silapnya. Rujuklah kepada guru anda agar anda pasti tentang ilmu yang anda baca itu yang benar. Ilmu anda perlu ditambah melalui pembacaan ilmiah dan jangan terlalu bergantung kepada bolggers sahaja. Seterusnya konsep berguru hendaklah melalui proses pembelajaran formal di dalam kelas. Tanyalah kepada guru anda ketika pembelajaran di dalam kelas atau kuliah.

Tuesday, June 13, 2017

922/3 A:Mencipta Pantun 4 Kerat

Pantun 4 kerat dikenali sebagai pantun yang mempunyai 4 baris dalam satu rangkap. Anda perlu mengenali dahulu ciri-ciri pantun tersebut sebelum menciptanya. Cuba baca sebanyak mungkin contoh-contoh pantun yang telah dibukukan. Lihat cara penulisannya, pemilihan kata dan bentuknya. Anda akan lebih kreatif memilih kata-kata puitis apabila semakin banyak membaca contoh pantun di pasaran. Katakan anda diminta menulis lima rangkap pantun 4 kerat bertemakan kasih sayang kepada keluarga. Tindakan pertama yang perlu lakukan ialah menentukan lima mesej utama yang hendak anda lakukan pada setiap rangkap. Contoh:
1. Menghargai kasih sayang
2. Sayang kepada ibu
3. Sayang kepada bapa.
4. Kasih ibu
5. Bahagia kerana disayangi.


Langkah 1
Setelah menentukan mesejnya yang selaras dengan tema yang diminta, anda perlu menulis dua baris maksud puisi dahulu. Abaikan pembayang maksud puisi. Biarkan dua baris yang awal kosong. Pastikan setiap baris maksud puisi mesti mengandungi 4-5 patah perkataan dengan sukukata antara 8-12 suku kata. Rima akhir yang yang baik adalah a/b. Contoh:


-------------------------------------------,
       --------------------------------------------;
 Biarlah hidup tak punya harta,
       Kasih tak mungkin dijual beli,


Langkah 2
Setelah puas hati dengan baris ayat yang telah diciptakan, barulah anda memikirkan tentang aspek pembayang maksud pantun. Pembayang maksud pantun biasa berkaitan langsung dengan aspek maksud. Anda boleh memasukkan apa sahaja perkara seperti alam sekitar, binatang dan peristiwa tertentu. Pastikan rima akhir anda wujud a/b yang menyamai rima maksud pantun di bawahnya. Dengan rima "ta" dan "li", cuba pilih kata yang hampir sama dengannya. Contoh:

Perkataan kota, kita, beta, berkata dan lain-lain bagi baris pertama.
Perkataan tali, barli, kali, Bali, keli, beli dan lain-lain bagi baris kedua.


Bina ayat bagi pembayang:

Pagi hari pergi ke kota,
       Pulang membawa seikat tali;


Langkah 3
Gabungkan pembayang dengan maksud pantun.


Pagi hari pergi ke kota,
       Pulang membawa seikat tali;
 Biarlah hidup tak punya harta,
       Kasih tak mungkin dijual beli.


Ulang langkah 1,2 dan 3 untuk mencipta pantun seterusnya.


Selamat mencuba.


       





Thursday, August 4, 2016

922/1 Bahagian C: . Anas samanda seorang yang idealis. Setujukah anda.

Kemungkinan jawapan jika kita bersetuju dengan pernyataan:

Pemikiran ideal adalah satu keinginan tinggi yang ingin dicapai oleh seseorang individu. Malah kadang-kadang keinginan itu perlu diperolehi selengkap mungkin tanpa melihat realiti sebenar samada keinginan itu mampu dicapai atau tidak. Pihak yang berfikiran seperti itu biasanya sangat yakin tentang hak, akan sanggup berjuang dan pada masa yang sama mempunyai pengikut setia yang menyokong perjuangannya. Hal ini,  sebagaimana yang telah dilakukan oleh Anas Samanda dalam drama Asiah Samiah.

1. Mendapatkan hak milik merupakan satu kebenaran. 
Beliau yakin usahanya tidak menyalahi undang-undang dan patut berbuat demikian. Beliau dan keluarga telah mengusahakan tanah dan mendudukinya setelah sekian lama iaitu selama 50 tahun. Sepatutnya hak milikan tanah diberikan kepada pengusahnya dan bukan diberi kepada orang lain yang tidak pernah mengusahkan tanah itu. Secara ideal sepatutnya undang-undang akan menyebelahi beliau dan penyokongnya.

2. Beliau yakin terhadap pengorbanannya itu sesuatu yang sangat mulia.
Niat Anas sangat murni dan ideal. Sepatutnya Anas diletakkan sebagai golongan yang disanjung tinggi. Apa yang dilakukan bukan sahaja untuk kepentingan diri dan keluarga malah untuk orang ramaiadalah sangat ideal. Keyakinan beliau terhadap perjuangan ini membuatkan beliau tidak berganjak dari pendiriannya untuk terus berjuang. Beliau yakin akan mendapat balasan baik hasil dari niat murninya.

3. Merasakan dirinya bebas untuk berjuang.
Perjuangan kebebasan adalah sesuatu yang universal.  Setiap individu patut diberi kebebasan untuk menyatakan pendiriannya. Beliau merasakan tindakannya tidak melampaui undang-undang negara. Malah beliau sanggup menganjurkan perhimpunan untuk menentang pihak yang berkenaan. Beliau merasakan secara ideal dirinya bebas memilih tindakan mengikut kehendaknya. 

4. Merasakan masyarakat perlu menyokong usaha beliau.
Oleh kerana merasakan berjuangan beliau betul, maka seharusnya orang ramai menyokong perjuangannya. Malah beliau yakin secara idealnya bahawa pengikutnya akan terus bersamanya demi mencapai matlamat perjuangan. Namun Marga tidak dapat menyokong usaha Anas kerana sentiasa berpandangan rasional dan berpijak di bumi nyata.

5. Pihak yang berkuasa yang dianggap kejam patut ditentang.
Perbuatan mengambil alih tanah secara tidak adil itu patut ditentang oleh Anas dan pengikutnya. Perbuatan mereka dianggap zalim dan tidak berperi kemanusiaan. Anas dan pengikut melaungkan kata-kata semangat ketika berhimpun. Namun kata-kata tidak mampu melawan kuasa dan wang ringgit. Kemenangan secara idealnya sepatutnya perpihak kepada orang yang tertindas namun apa yang terjadi adalah sebaliknya.

6. Perjuangannya adalah demi maruah diri, keluarga dan masyarakat.
Jika menang berjuang adalah sesuatu kemenangan moral dan jika sebaliknya akan menyebabkan maruah diri, keluarga dan masyarakat dianggap telah jatuh pada taraf hina. Oleh itu Anas perlu berkorban demi maruah dan perkara tersebut sangat bernilai tinggi. Secara ideal Anas berfikiran bahawa maruah itu wajib dipertahankan sekalipun terpaksa mengorbankan diri.

Kesimpulannya, Anas dianggap seorang yang bercita-cita tinggi. Namun cita dan perjuangannya tidak kesampaian. Sepatutnya beliau harus berpijak di bumi yang nyata dan akur dengan cadangan pihak yang lebih berkuasa di tempat beliau. 




Wednesday, August 3, 2016

922/1 Watak dan Perwatakan Drama Asiah Samiah

Watak dan Perwatakan

Asiah Samiah
Seorang anak tunggal yang dilahirkan oleh pasangan Tuan Setiawan Tanjung dan Puan Suari Alimin. Hidup penuh kasih sayang. Rupa paras yang cantik, berbudi bahasa dan patuh kepada orang tua.

1. Penyayang
Menyayangi orang lain sehingga sanggup mengorbankan dirinya. Beliau sangat sayang kepada ibu bapa dengan mengikuti segala kehendak orang tuanya. Beliau juga sangat sayang kepada Anas Samanda sekalipun Anas lebih mementingkan perjuangannya. 

2. Seorang yang taat dan patuh.
Beliau sangat patuh kepada kemahuan orang tuanya. Ini terbukti apabila dia ditentukan jodohnya dengan Misa Sagaraga. Walaupun pada hakikatnya dia tidak mencintai Misa Sagaraga dan dia lebih kasih kepada Anas Samanda.

3. Sanggup berkorban.
Rela melakukan apa sahaja demi kebahagiaan dan kemahuan orang lain. Walau cintanya tetap kepada Anas samanda, Asiah sanggup mengorbankan cintanya demi kemahuan kedua orang tuanya. Pengorbanannya telah mengakibatkan hidupnya musnah dan tersiksa. Beliau telah menjadi tidak siuman dan akhirnya meninggal dunia.

4. Seorang yang berpengetahuan.
Beliau telah mendapat pendidikan awal di alam persekolahan. Ibu bapanya telah menghantar beliau ke sekolah. Kebolehannya terbukti apabila beliau mampu mengungkapkan kata-kata puitis dalam lagu dan puisinya sekalipun dalam keadaan tidak siuman. 

5. Tidak siuman.
Pada awalnya beliau begitu ceria dan bijaksana. Namun fikirannya telah terganggu kerana tekanan perasaan dalam hidupnya.

Tuesday, April 5, 2016

922/2 - Kegiatan Ekonomi Tradisional.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
3.2 Ekonomi
3.2/1 Pertanian
3.2.2 Usahawan
3.2.3 Perdagangan

Calon seharusnya dapat:

mengenal pasti bidang ekonomi yang menyumbang kepada pembangunan negara.

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Pensejarahan Ekonomi


Haron Daud (1989), ekonomi merupakan segala kegiatan atas pekerjaan yang dijalankan oleh setiap anggota masyarakat untuk mendapatkan hasil bagi keperluan hidup mereka sama ada dalam bentuk makanan atau barangan lain. Sehubungan dengan itu Sejarah Melayu agak banyak menyentuh hal yang tersebut yang dilaksanakan oleh masyarakat Melayu tradisional terutama yang dijalankan oleh golongan pemerintah 

Kegiatan Ekonomi Sara Diri


Secara ringkasnya boleh dinyatakan bahawa kegiatan ekonomi sara diri dilihat dari aspek berikut:

1. Kegiatan pertanian
Boleh merujuk kepada kegiatan pertanian di Bukit Siguntang dimana Wan Empuk dan Wan Malini menanam padi huma. Peristiwa yang dikaitkan dengan tempat tersebut adalah ketika turunnya tiga orang anak keturunan Raja Suran di Bukit Siguntang (hlm. 21). Dapatan lain daripada buku tersebut dapat dilihat ketika di Singapura iaitu dalam peristiwa Badang yang asalnya seorang hamba telah menjadi kuat kerana makan muntah hantu. Badang telah berkhidmat membersihkan kebun tuannya dengan kekuatannya.

2. Kegiatan menangkap ikan (nelayan).
Kisah di Semundra Pasai dimana Merah Silu menahan lukah. Lukahnya telah dimasuki cacing gelang-gelang. Cacing tersebut telah direbus namun cacing tersebut bertukar menjadi emas. Bukti ini menunjukkan bahawa kegiatan meningkap ikan merupakan salah satu kegiatan ekonomi.

Di Singapura pula Badang juga dicerikatakan bekerja menahan lukah untuk menangkap ikan. Namun hasil tangkapannya telah dimakan oleh hantu. 

Sementara itu di Melaka, diceritakan tentang Raja Kasim yang bekerja sebagai pengail ikan dan menjual kan kepada pedagang (hlm 218)



3. Memburu dan menangkap binatang.

Kegiatan memburu dan menangkap binatang adalah kegemaran raja dan pembesar. Golongan masayarakat biasa pula menjadikannya sebagai aktiviti sampingan untuk mendapatkan makanan. antaranya adalah menangkap pelanduk, kancil, rusa, ayam hutan, seladang untuk dimakan. Sementara gajah pula digunakan sebagai kenaikan. 

Ketika pembukaan Melaka diceritakan bahawa raja dan pengikut sedang memburu binatang dengan menggunakan dua ekor anjing. Namun anjing tersebut telah dikalahkan oleh pelanduk putih.



4. Memungut hasil hutan.

Kegiatan mencari hasil hutan ini adalah seperti mencari rotan, damar dan getah jelutung.



Persejarahan Ekonomi Perdagangan.


Friday, January 8, 2016

922/2 Mengharungi Penggal ke dua

Para pelajar dingatkan supaya memiliki naskhah teks Sejarah Melayu dan Novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur. Pastikan anda membaca buku teks tersebut. Tiada jalan mudah melainkan anda membacanya. Mana mungkin anda menang perang jika ke medan tempur tanpa senjata. 

Tuesday, March 24, 2015

922/2 C : Pembangunan ekonomi Melaka dalam Sulalatus Salatin bergantung kepada kegiatan dagang

Kegiatan dagang adalah meliputi semua kegiatan perniagaan dan bantuan perniagaan. Ia meliputi aktiviti jual beli, eksport import dan bantuan perniagaan seperti pelabuhan dan pertukaran nilai termasuk emas dan perak. Mungkin kegiatan dagang dahulu tidak terlalu sistematik berbanding sekarang, namun Melaka diceritakan telah menjalankan kegiatan dagang dengan aktif dan mampu menarik ramai pedagang untuk berniaga.

Kedudukan Melaka yang strategik menjadikan Melaka masyhur dan disebut sebagai negeri di bawah angin. Melaka menjadi pusat pertemuan segala dagang. Ramai yang mengenali Melaka dengan panggilan Malakat. Orang Arab datang berdagang sambil menyebarkan agama Islam. Lalu raja Melaka memeluk Islam dan menukar galaran raja menjadi Sultan. Bagi orang China pula, mereka juga datang berdagang kerana ingin bertukar barangan dari pedagang negara lain. Manakala Portugis pula sangat iri hati kepada Melaka dan sanggup memerangi Melaka dan menakluknya.

Dalam pemerintahan sultan Alaudin Riayat Syah, wujud penceritaan tentang premis kedai yang sentiasa dicerobohi oleh pencuri yang sangat ramai sehingga pemilik kedai kerugian dan tidak berani berniaga. Apabila undang-undang dikuat kuasakan oleh Temenggung Tun Mutahir, kedai-kedai kembali menjalankan urus niaga dengan aman. Melaka semakin majulah Melaka apabila suasana negeri aman dan kegiatan dagang dapat dijalankan. 

Pada satu ketika sultan Melaka telah meminta supaya dibelikan kain dari benua Keling. Barangan tersebut terdiri dari 40 jenis kain. Setiap jenis kain mengandungi 40 jenis corak dan setiap corak mengandungi 40 jenis warna. Pihak yang diminta menguruskan pembelian ini ialah Hang Nadim. Namun misi ini kurang berjaya kerana kapal dagang yang membawa kain telah dipukul ribut dan menghanytkan sebahagian besar kain yang beli. Namun peristiwa ini telah membuktikan bahawa Melaka telah melakukan kegiatan import sesama negara yang mereka kunjungi. Kegiatan ini tentunya mampu membangunkan Melaka dari sudut memenuhi keperluan penduduk setempat. 

Melupakan perangai buruk Nina Sura Dewana yang telah melakukan rasuah, didapati dirinya adalah pegawai besar yang berjawatan penghulu urusan dagang. Beliau bertugas menjaga urusan pedangang dan mengutip hasil bagi pelabuhan di Melaka. Sebarang masalah dagang perlu dirujuk kepada beliau sebagaimana urusan Raja Mendaliar ketika berdakwa dengan dirinya. Namun kuasa lebih besar tentunya di tangan Bendahara Melaka pada masa itu iaitu Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir. Jika para pegawai di Melaka menjalankan tugas dengan baik,tentunya  Melaka akan semakin maju dan begitulah yang terjadi jika sebaliknya.

Monday, March 2, 2015

922/2 Budaya Masyarakat Kampung dalam SBDKL

- Kerjasama
Mereka sentiasa bekerjasama dalam menjayakan program kampung. Ini dapat dilihat melalui aktiviti masyarakat ketika menyambut kedatangan baginda Sultan. Masyarakat kampung telah menjalankan aktiviti gotong royong demi menjayakan program perlantikan orang kaya yang baharu.

-Berbincang
Ahli masyarakat Kampung Tualang telah mengadakan perbincangan dengan cara mengadakan mesyuarat dan perjumpaan. Perbincangan dilakukan secara mesyuarat demi mencapai kesepakatan dalam membuat keputusan. 

-Bertegur sapa
Masyarakat dalam SBDKL sangat mementingkan kemesraan antara satu sama lain. Apabila berjumpa sesama ahli masayarakat, mereka akan saling bertanya khabar. Sebarang perkara yang memerlukan teguran, mereka akan saling menasihati antara satu sama lain. Pak Salim telah memberi nasihat kepada Sudin agar balik ke rumah untuk berjumpa kedua ibu bapaya.

-Tolong menolong
Budaya ini diamalkan apabila mendapati ada rakan atau ahli masyarakat yang memerlukan bantuan. Misalnya ketika rakan Sudin menghadapi masalah kewangan, Sudin telah berusaha untuk membantu rakanya itu. 

Wednesday, November 12, 2014

922/1 C: Misa Sagaraga antagonis.....

Anda boleh mengatakan dirinya antagonis jika mampu membuktikannya. Benarkah Misa Sagaraga seorang yang zalim. Sejauhmana kezalimannya. Merampas hak orang lain itu mungkin zalim namun jika ada bukti dirinya pernah membunuh orang lain tanpa hak, tentu kezalimannya lebih terserlah. Anas Samanda mati kerana rancangannya ke?

Apa lagi dalil yang menunjukkan beliau jahat dan negatif. Mungkin kita boleh mengatakan dirinya bersikap mementingkan diri. Jika dia mementingkan diri apa hujahan yang paling kukuh untuk mengatakan beliau bersikap begitu. Ya mungkin sikap mementingkan dirinya terserlah ketika hendak memiliki Asiah Samiah. Tanpa mementingkan perasaan orang lain, Misa Sagaraga tetap ingin menjadi menantu Tuan Setiawan Tanjung kerana bakal mertuanya banyak harta dan akan menjadi miliknya.

Mungkin belum cukup buruk perangainya jika setakat itu hujah kita. Ya ... mungkin tamak salah satu daripada sifatnya. Mengapa dia tamak... Wah merampas tanah tanpa belas bukan tamak, Tidak, itu mungkin sifat zalim. Tamak boleh dilihat dari sikapnya ingin memiliki segalanya dan menghalang orang lain dari memiliki. Tidak kira samada citanya untuk harta atau lainnya...sila buktikan.

Lagi...apa antagonisnya. Cuba lihat cara hidupnya ketika mengumpul harta perniagaan. Misa tidak memikirkan halal haram. Segala jenis harga ingin dimiliki oleh beliau.. 

Sekadar membuka minda....jika ingin menghujah, kita perlu ada bukti kukuh dan tepat, Sepatutnya Misa tidak begitu. Jika Misa jadi orang kaya yang pemurah alangkah bagusnya. Jika Misa jadi penyayang kepada perempuan alangkah manisnya. Jika Misa menjaga kebajikan orang lain tentu mulia. Jika Misa berniaga dan kumpul kekayaan cara baik tentu akan disanjung.

Sunday, September 21, 2014

Maksud Mitos Secekak Kertas Tisu

Tidak usah risau dengan maksud secekak kertas tisu. Andainya kita masih ragu tentang erti secekak kertas tisu. Lalu apa perkara pun yang kita bincang samada tentang tema, persoalan, latar, plot, teknik penulisan maupun gaya bahasa, maka kita sebut sahaja Secekak Kertas Tisu. Penyebutan ini adalah menyelamatkan diri daripada sebarang pertikaian terhadap erti yang tidak pasti itu. Penulis cerpen ini percaya bahawa khalayak dan pembaca boleh memberi erti yang bebas terhadap apa jua perkara berkaitan isi penulisan ini. Namun apa yang hendak diperkatakan perlu ada asas yang kuat dan mempunyai batasan tertentu supaya pemikiran dan pendapat tidak tersasar jauh. Penulis tentunya menyerahkan kepada pembaca untuk membuat sebarang tafsiran dan tanggapan. Oleh itu sebarang tulisan yang memberi maksud tertentu terhadap SKT itu adalah tanggapan dan tafsiran penulis tersebut dan tidak boleh dijadikan anutan yang hakiki. Mereka juga mempunyai hak untuk memberi tafsiran masing-masing.

Selamat berdiskusi..............


Bincangkan watak "dia" dalam cerpen mitos secekak kertas tisu.

1. Dia telah ditafsirkan dengan pelbagai maksud.
2. Dia asalnya adalah kertas tisu.
3. Dia asalnya mempunyai nilai yang rendah
4. Dia telah diberi nilai yang tinggi.
5. Dia kemudianya telah jatuh nilai.
6. Dia kini sudah menghilang.
7. Dia telah membuat manusia resah gelisah.
8. Dia mempunyai sejarah yang panjang.
9. Dia telah menjadikan manusia sedar tentang kebesaran Allah.
Catatan: Sila rujuk halaman berkenaan sebagai salah satu usaha mengukuhkan ingatan anda.

Saturday, September 20, 2014

922/3 . Berdasarkan Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu), kemajuan Melaka adalah dipengaruhi oleh sistem pengurusan yang baik dan sesuai dengan zamannya. Bincangkan prinsip pengurusan yang telah dilaksanakan berdasarkan teks berkenaan.

1. Perancangan. Melaka ditadbir secara terancang mengikut kesesuaian sistem feudal. Mesyuarat dan perjumpaan sering diadakan bagi merangka program negara. Sebarang masalah dibincangkan pada peringkat istana. Susun atur pemerintahan dibincangkan dengan jelas dan teratur. Raja diwariskan mengikut keturunan. 

2. Pengorganisasian – Pengorganisasian pemerintahan Melaka adalah disusun secara hiraki. Pengurus atasan adalah golongan raja. Pengurus pertengahan adalah golongan pembesar. Di bawah pembesar adalah golongan bawahan yang bertindak sebagai pelaksana seperti hulubalang, peniaga dan rakyat biasa.

3. Penstafan – Pemilihan jawatan yang bersesuaian dengan kebolehan. Peringkat pembesar pula dipilih mengikut kebolehan dan kelayakan. Bendahara dipilih kerana kebijaksanaan. Laksamana pula dipilih mengikut kebolehan ilmu pahlawan. Mampu merangka strategi perang dan berkhidmat dengan cemerlang kepada empat orang sultan Melaka.

4. Kepimpinan – Melaka mempunyai pemimpin berwibawa. Sultan Mansur Syah  yang cemerlang dan Tun perak selaku Perdana Menteri yang hebat. Tun Perak dipilih oleh Sultan Muzzafar setelah didapati mempunyai kepimpinan yang baik ketika menentang seragan Siam kali petama di Kelang. Hang Tuah pula mempuunyai kepimpinan yang paling berkesan dalam kalangan pahlawan Melaka.

5. Pengawalan – mewujudkan undang-undang yang perlu dipatuhi. Raja sebagai pengawal tingkah laku. Apabila Raja tidak mampu mengawal akibatnya Melaka jatuh.

Thursday, September 4, 2014

922/1 bahagian C: Watak Marga digambarkan seorang yang berpijak di bumi nyata.

Marga seorang yang pernah melalui zaman perit lantaran kehidupannya yang penuh cabaran. Bapanya ditangkap kerana berjuang menentang ketidakadilan. Adik beradiknya hidup dalam keadaan susah dan tidak dipedulikan oleh masyarakat sekitar. Marga adalah rakan baik kepada Asiah Samiah. Beliau telah menjaga anak Asiah Samiah iaitu Laila Anurisah. Ketika beliau membawa Laila Anurisah dan hendak mencari Anas Samanda, beliau telah ditangkap kerana berada dalam satu perhimpunan menentang ketidakadilan anjuran Anas Samanda sekalipun kehadirannya bukan berniat untuk menyertai perjuangan Anas.

1. Beliau digambarkan sebagai seorang yang matang berfikir. Mungkin kematangan beliau diperoleh kerana telah melalui pengalaman perit ketika beliau muda. Bapanya telah dipenjarakan dan keluarganya hidup susah.

2. Marga sentiasa sabar dan bertenang. Ketenangan beliau dapat dilihat ketika berbincang dengan Anas. Beliau mampu memberikan pandangan yang bernas. Dia tidak mahu terburu-buru  untuk segera menyokong tindakan Anas Samanda walaupun apa yang diperjuangkan beliau adalah menentang ketidakadilan dan mempertahankan maruah. 

3. Sentiasa rasional. Beliau menasihati Anas Samanda agar sentiasa bertindak rasional. Apa yang telah Marga lalui telah dicurahkan kepada Anas supaya sentiasa bijak bertindak dan jangan terburu-buru. Segala pengalaman hidupnya yang susah telah mendorong dirinya tidak mahu terlibat dengan perjuangan Anas.

4. Beliau juga berpandangan jauh. Dirinya sering berfikir tentang masa depan agar apa yang akan dilakukan tidak memberi kesan negatif dan menyusahkan keluarga. Pandangan kritis beliau telah dikemukakan ketika berbincang dengan Anas Samanda.

5. Mempunyai sifat kemanusiaan yang tinggi. Sifat kemanusiaan beliau terserlah apabila beliau sanggup menjaga Laila Anurisah ketika kecil lantaran ibunya yang kurang siuman. Malah beliau sentiasa mengambil berat tentang hal ehwal Asiah Samiah ketika hidup tertekan dan terganggu pemikiran.

Semua sifat dan tindakan Marga yang dikemukakan telah menggambarkan bahawa beliau seorang yang realis dan sentiasa berpijak di bumi nyata dalam segala tindakan beliau. Sikap beliau patut dicontohi oleh ramai orang kerana sikap itu boleh menjadikan masyarakat hidup aman harmoni dan mampu mengelakkan konflik yang melampau. Semoga ramai insan dapat mencontohi sikap ini sekalipun kadangkala sikap Marga ini menyebabkan dirinya dianggap penakut.


Saturday, April 26, 2014

922/2 Pembangunan negara dari sudut ekonomi

Bincangkan kegiatan ekonomi berdasarkan Saudagar Besar dari Kuala Lumpur yang mungkin boleh membantu pembangunan negara pada masa kini.                                   [25]                                                             
Pendahuluan
Kegiatan ekonomi merupakan salah satu kegiatan penting yang mampu memberi sumbangan besar kepada pembangunan sesebuah negara. Antara kegiatan ekonomi yang biasa dilakukan adalah terdiri daripada kegiatan pertanian, jual beli. perdagangan, perikanan dan perlombongan. Sumbangan yang boleh diberi kepada pembangunan negara pula adalah seperti peningkatan produktiviti negara, peluang pekerjaan, tambahan sumber pendapatan negara, pembangunan fizikal atau infrastruktur dan peningkatan taraf hidup rakyat.

Perbincangan
1. Kegiatan pertanian adalah salah satu jenis sumber ekonomi yang dibicarakan dalam novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur. Kemampuan pertanian memberi sumbangan kepada negara memang tidak dapat dinafikan. Jika dilakukan secara kecil-kecilan tentu, kegiatan ekonomi mampu memberikan pendapatan kepada sebahagian besar rakyat dalam negara. Jika dilakukan secara besar-besaran sudah pasti ia memberi peluang pekerjaan yang banyak selain dari menambahkan pengeluaran dalam sesebuah negara. Kegiatan tanaman orkid yang diusahakan oleh cik puan Tipah boleh menjadi salah satu contoh tebaik bahawa usaha pertanian ini mampu menyumbang kepada pembangunan negara. Walaupun bermula dengan kegiatan pertanian secara kecil-kecilan, namun usaha tersebut boleh ditingkatkan kepada kegiatan pertanian secara besar-besaran. Dengan ini, terbukti bahawa kegiatan pertanian akan mampu membangunkan sesebuah negara. 

2. Jual beli. Contoh : broker kereta

3. Perdagangan.Contoh : eksprot lada hitam

4. Perikanan. Contoh : Tangkap ikan di Jeram Medang

5. Perlombongan. Contoh: Rancangan melombong bijih timah.

6. Perniagaan kecil-kecilan. Contoh : Pak Salim berniaga di warung.

Penutup
Berdasarkan beberapa contoh tentang kegiatan ekonomi yang telah disebut dalam novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur ternyata kegiatan tersebut mampu membangunkan negara. Namun kegiatan tersebut perlu digiatkan lagi dengan meneroka peluang-peluang baru pada masa kini. Jika kegiatan ekonomi ditingkatkan secara aktif, pembangunan negara akan bergerak lebih pantas dan akan berlaku sebaliknya jika kegiatan ekonomi tidak digiatkan.


Saturday, February 22, 2014

922/2 Pembangunan Masyarakat Dari Sudut Pendidikan

Objektif Pembelajaran : Menjelaskan kepentingan pendidikan dalam pembangunan masyarakat.

Aktiviti Perbincangan
Pendidikan penting dalam pembangunan masyarakat. Bincangkan berdasarkan Novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur.     

Pengenalan.
Definisi pendidikan: Bermaksud proses membentuk tingkah laku manusia yang baik. Manusia akan dianggap baik apabila dirinya berakhlak dan seterusnya mampu menjadi warga negara yang baik.
Definisi pembangunan masyarakat: Pembangunan masyarakat pada hakikatnya adalah merupakan suatu proses perubahan menuju kehidupan yang lebih baik lagi bagi masyarakat.
Apabila ramai individu berubah menjadi baik maka akan terbentuklah sebuah masyarakat yang baik keseluruhannya yang boleh dikategorikan sebagai masyarakat yang membangun.

Isi  perbincangan:
1. Pendidikan membentuk masyarakat yang berakhlak mulia.

Pendidikan mampu membentuk masyarakat yang berakhlak mulia. Golongan yang beramal dengan ilmunya akan mempraktikkan sifat-sifat baik yang dianggap mulia. Antara sifat mulia yang boleh diamalkan oleh masyarakat ialah bersopan santun, berbudi bahasa dan sabar. Contoh yang paling sesuai berdasarkan SBDKL yang jelas ialah sifat Mahani yang berpendidikan kesetiausahaan. Di tempat kerja beliau sangat berbudi bahasa kepada sesiapa sahaja yang datang ke pejabat encik Muhammad termasuk Datuk Tan. Beliau begitu senang melayani tetamu yang datang ke pejabatnya. Sifat ini patut diamalkan oleh setiap ahli masyarakat kerana golongan seperti ini akan menjadi contoh masyarakat yang dianggap membangun mindanya. Jika sebaliknya, nama baik masyarakat yang diwakili akan jatuh dan wujud tanggapan buruk.


2. Pendidikan melahirkan masyarakat yang berpelajaran tinggi.
3. Pendidikan mampu membangun masyarakat dari sudut ekonomi.
4. Pendidikan menjadikan masyarakat yang beramal dengan agama.
5. Pendidikan mengajak masyarakat agar bekerjasama
6. Pendidikan mengajar masyarakat supaya saling tolong menolong.
7. Pendidikan membentuk masyarakat yang hormat menghormati sesama mereka.
8. Pendidikan berupaya membentuk masyarakat bersatu padu.

Kesimpulan.
Perbincangan di atas telah menunjukkan bahawa pendidikan mampu membangunkan sesebuah masyarakat. Pembangunan tersebut adalah dilihat melalui amalan dan perubahan tingkahlaku yang dialami oleh masyarakat dalam novel SBDKL. Tanpa pendidikan mungkin masyarakat akan gagal dipimpin dan disatukan. Akibatnya masyarakat akan terus berpecah belah.










922/1 Bahagian C: Prosa Moden. Drama Asiah Samiah

Gambaran masyarakat dalam Drama 1. Masyarakat yang mementingkan kebendaan 2. Wujudnya masyarakat yang mempertahankan hak 3. Masyarakat gemar...