1. Perancangan. Melaka ditadbir secara terancang
mengikut kesesuaian sistem feudal. Mesyuarat dan perjumpaan sering diadakan
bagi merangka program negara. Sebarang masalah dibincangkan pada peringkat
istana. Susun atur pemerintahan dibincangkan dengan jelas dan teratur. Raja
diwariskan mengikut keturunan.
2. Pengorganisasian – Pengorganisasian pemerintahan
Melaka adalah disusun secara hiraki. Pengurus atasan adalah golongan raja.
Pengurus pertengahan adalah golongan pembesar. Di bawah pembesar adalah
golongan bawahan yang bertindak sebagai pelaksana seperti hulubalang, peniaga
dan rakyat biasa.
3. Penstafan – Pemilihan jawatan yang bersesuaian
dengan kebolehan. Peringkat pembesar pula dipilih mengikut kebolehan dan kelayakan. Bendahara dipilih kerana kebijaksanaan. Laksamana pula dipilih mengikut kebolehan ilmu pahlawan. Mampu merangka strategi perang dan berkhidmat dengan cemerlang kepada empat orang sultan Melaka.
4. Kepimpinan – Melaka mempunyai pemimpin berwibawa.
Sultan Mansur Syah yang cemerlang dan Tun
perak selaku Perdana Menteri yang hebat. Tun Perak dipilih oleh Sultan Muzzafar setelah didapati mempunyai kepimpinan yang baik ketika menentang seragan Siam kali petama di Kelang. Hang Tuah pula mempuunyai kepimpinan yang paling berkesan dalam kalangan pahlawan Melaka.
No comments:
Post a Comment