Wednesday, January 9, 2013

Pembangunan Insan: Keagamaan





Definisi  Pembangunan Insan

Pembangunan Insan adalah cara atau kaedah untuk mengenal atau mengkategorikan kemahiran dan kebolehan seseorang atau individu dalam sesuatu bidang terutamanya dalam member sumbangan kepada pembangunan negara. Jika dirujuk kepada pendekatan kemanusiaan pula bermaksud cara-cara mengurus yang menggunakan asas yang berkaitan sifat-sifat manusia yang baik.


Keagamaan

Asas kesusasteraan melayu adalah berkait rapat dengan agama Islam kerana kebanyakan penulisnya adalah beragama Islam.Jika dirujuk terus kepada Sulalatus Salatin, terdapat peristiwa kedatangan Islam dimana raja telah memeluk Islam setelah bermimpi bertemu rasulullah dan berjumpa pendakwah yang dating dari Negara arab. Kemudian seluruh rakyat Melaka telah menganut agama Islam dan mengamalkan kehidupan harian menurut cara hidup Islam. Diceritakan juga kegiatan keagamaan termasuklah sembahyang, puasa, menyambut hari raya dan nikah kahwin.Lalu rakyat di Melaka dididik supaya taatkan agama dan pemerintah .Perkataan raja telah ditukar kepada sultan dan nama-nama pemerintah telah menggambarkan agama yang mereka anuti. Perkara-perkara yang menjadi pokok atau asas dalam hal-hal keagamaan seperti rukun iman dan rukun Islam dalam agama Islam.  Terjemahan amalan agama yang lahir dari rukun Iman dan Islam adalah seperti berikut:

1. Dedikasi 

Dedikasi bermaksud pengorbanan tenaga, masa dan lain-lain untuk sesuatu. Juga bermaksud ketekunan dan kesungguhan. Tekun pula bermakna bersungguh-sungguh samada ketika bekerja, bela­jar dan lain-lain perkara. 

Berdasarkan Sejarah Melayu, kita dapat meneliti dedikasi Tun Perak terhadap tugasnya. Walaupun pada awalnya beliau hanya seorang berjawatan Penghulu di Kelang, beliau telah menunjukkan dedikasi yang tinggi terhadap tugasnya. Walaupun Kelang jauh daripada kota Melaka, beliau dengan bersungguh-sungguh mematahkan serangan Siam kali pertama. Beliau bersama pengikutnya telah berjaya dalam peperangan itu. Dedikasi beliau dapat dilihat apabila beliau bertindak mengarahkan angkatan tenteranya membawa anak dan isteri mereka. Kehadiran anak dan isteri ini telah menjadikan angkatan Melaka berperang dengan bersungguh-sungguh. Dedikasi Tun Perak ini telah dilakukan demi negara tercinta. Sikap dedikasi beliau wajar dicontohi oleh generasi terkemudian termasuk diri seorang pelajar. Sebaliknya jika sikap dedikasi ini tidak wujud dalam diri, mungkin Melaka akan dikalahkan dan ditakluk oleh Siam.

Dedikasi Tun Perak juga dapat dilihat ketika beliau menjaga sultan Mahmud ketika gering kerana sakit berak-berak. Ketika itu sultan Mahmud masih kecil dan perlu diambil perhatian. Tun Perak bersama Hang Tuah telah menjaga sultan dengan penuh kesungguhan. Baginda telah disuapkan makanan dan dimandikan. Semua keperluan sultan telah diurus dengan baik sehingga baginda sembuh. Walaupun Tun Perak seorang bendahara pada masa itu, tetapi beliau amat dedikasi dan memainkan peranan seperti seorang  bapa. Jika Tun Perak dan Hang Tuah tidak menjaga sultan sehingga sembuh, mungkin sesuatu yang mudarat akan berlaku dan seterusnya memberi kesan kepada sistem pentadbiran Melaka. Sifat dedikasi seperti ini patut diamalkan oleh setiap individu yang telah diberi tugas tertentu. Sikap dedikasi berkait rapat dengan soal keikhlasan. Oleh itu tu Perak dilihat lebih berdedikasi berbanding Hang Tuah. Ini adalah kerana apabila keduanya dikurniakan usungan, Tun Perak tidak menggunakan kesempatan itu. Berbanding dengan Hang Tuah, yang telah mengambil kesempatan dengan menggunakan usungan tersebut.


Sikap dedikasi juga terdapat dalam novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur. Perkara ini dapat dilihat melalui perwatakan encik Muhammad dan Imam Saad...............................

Sastera dan Pembangunan: Pembangunan Insan


Catatan: Para pelajar perlu melakukan perbincangan berkumpulan untuk mengaitkan aspek pembangunan insan di bawah dengan isi teks. Malah sebahagian daripada penulisan di bawa adalah merupakan definisi pengenalan sahaja. Penulis hanya menyentuh sebahagian isi teks sahaja, selebihnya perlu dilakukan oleh pelajar sendiri malah para pelajar perlu membina ayat sendiri bagi menerangkan kefahaman mereka terhadap definisi. Selamat belajar dan teruskan usaha.


Pembangunan Insan


Definisi  Pembangunan Insan
Cara atau kaedah untuk mengenal / mengkategorikan kemahiran dan kebolehan orang/individu dalam sesuatu bidang terutamanya dalam memberi sumbangan kepada pembangunan negara.
Pendekatan kemanusiaan bermaksud cara-cara mengurus yang menggunakan asas yang berkaitan sifat-sifat manusia yang baik.
Merujuk pada watak-watak yang ada dalam teks kajian (Sulalatus Salatin dan Novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur) dan dikaitkan dengan calon/ pelajar  dalam konteks pembangunan

Keagamaan
Pelajar perlu: menghuraikan nilai Islam dan kehidupan beragama sebagai tonggak pembangunan sahsiah. Perkara-perkara yang menjadi pokok atas asas dalam hal-hal keagamaan seperti rukun iman dan rukun Islam dalam agama Islam. Terjemahan amalan agama yang lahir dari rukun Iman dan Islam adalah seperti berikut:

1. Amanah:
Amanah adalah satu hak yang dipertanggungjawabkan kepada seseorang samada tanggungjawab itu milik Allah (hak Allah) mahupun hak manusia (hak insan) baik berupa pekerjaan mahupun perkataan dan pekerjaan hati.
Pengertian amanah bererti menempatkan sesuatu pada tempatnya yang wajar, seperti sesuatu kedudukan tidak diberikan kecuali kepada orang yang betul-betul berhak dan yang betul-betul mampu menunaikan tugas dan kewajipannya dengan benar.

2. Ikhlas
hati yg bersih dan jujur; suci hati; rela: Kalau hendak menolong, tolonglah dgn ~. mengikhlaskan melakukan (memberikan) sesuatu dgn ikhlas; merelakan
Ikhlas berkait dengan redha. Redha ialah menerima dengan rasa tenang tanpa ada rasa kecewa atau tertekan dengan apa yang diberikan oleh Allah kepada  kita baik berupa hukum dan peraturan qadha' mahupun sesuatu ketentuan daripadaNya. Sebenarnya, sifat redha ini adalah daripada sifat makrifah serta mahabbah kita kepada Allah Taala untuk mendekatkan lagi diri kita kepadaNya. 


3. Dedikasi
pengorbanan tenaga (masa dll) utk sesuatu. 2 ketekunan; kesungguhan:

Tekun pula bermakna sungguh-sungguh (bekerja, bela­jar dll); rajin: Belajarlah dgn ~ supaya lulus dlm peperiksaan. bertekun 1 berbuat sesuatu (bekerja, belajar dsb) dgn tekun; bersungguh-sungguh: Selepas itu, Pasteur ~ dlm kerjanya dan berjaya mendapat ubat bagi beberapa jenis penyakit. 2 berbuat sesuatu dgn asyik. 3 berpegang teguh pd (adat dsb). menekuni mengerjakan sesuatu dgn tekun. ketekunan 1 keadaan atau sifat tekun; kerajinan. 2 keasyikan (melakukan sesuatu).


Kesungguhan pula adalah perihal (sikap dsb) sungguh­-sungguh, kebulatan hati, minat serta kete­kunan (melakukan sesuatu), ketulusan: ia mendengarnya dgn penuh ~; satu persoalan yg dapat kita lihat amat relevan sekarang ialah ketegasan dan ~ kerajaan dlm usaha­nya melaksanakan penggunaan bahasa Melayu;

4. Tanggungjawab
sesuatu (spt kerja, tugas) yg mesti dilakukan; kewajipan:

keadaan wajib menanggung segala sesuatunya (kalau terjadi apa-apa boleh dituntut, dipersalahkan, diperkarakan, dsb): pemogokan itu menjadi -- pemimpin serikat buruh; 2 Huk fungsi menerima pembebanan, sbg akibat sikap pihak sendiri atau pihak lain; 

1. sesuatu yg diwajib­kan, kemestian, keharusan  2. tugas (tanggungjawab) yg harus dilakukan atas perintah

5. Sederhana
Tidak berlebih lebihan dalam hidup. Maksud lain dalam bahasa arab disebut "wasatiah". Walaupun seseorang itu berharta seperti Encik Muhammad dalam SBDKL, dia tidak keterlaluan ketika berbelanja. Anak dan isterinya diajar hidup sederhana dan sering ingat asal usulnya iaitu dari kampung. Sesekali sahaja beliau menunjukkan kemewahan lantaran kepentingan perniagaannya iaitu ketika berjumpa pelanggannya. Lalu ketika itu beliau minum di tempat yang agak eksklusif.

6. Bekerjasama
1. kerja (usaha dsb) bersama-sama atau saling membantu (antara dua atau beberapa pihak), gotong-royong: ~ antara semua pihak yg terlibat amat perlu utk menjayakan projek ini; 2. sumbangan pelbagai rupa (bersifat bantuan tenaga, sokongan, persefahaman, dll) dr satu pihak kpd pihak yg lain utk faedah bersama: jabatan itu dapat bergerak dgn licin hanya jika ada ~ dr pihak orang ramai; seseorang ketua memerlukan ~ drpd orang-orang bawahannya supaya segala yg diselenggarakan berhasil; syarikat ~ syarikat yg dikendalikan bersama oleh ahli-­ahlinya (dgn cara saling membantu, menyum­bang, dsb) utk faedah bersama; bekerjasama bekerja (berbuat sesuatu) bersama-sama atau dgn cara saling membantu (menyumbang dsb), bergotong-royong: mereka tidak dapat membuat satu-satu kerja dgn sempurna kalau tidak dgn ~.

7. Berbudi mulia
1. mempunyai budi. 2. bijaksana, berakal. 3. berkelakuan baik; sopan. 4. murah hati; baik hati.

bahasa tingkah laku dan tutur kata; tingkah laku dan kesopanan; -- bicaraakal budi; --pekerti tingkah laku; perangai; akhlak; 

Berbudi mulia juga boleh dikaitkan dengan perkataan berhemah iaitu budi pekerti (yg mulia) atau  tingkah laku (yg baik

8. Bersih
Tidak kotor: pakaiannya sentiasa ~; 2. bebas drpd pencemaran udara dll, tidak mengandungi unsur-unsur dsb yg boleh (dapat) merosakkan atau mengganggu kesihatan: menyedut udara ~ di kawasan pergunungan; meminum air yg ~; 3. ki jujur dan ikhlas, suci, murni: hati yg ~; 4. ki bebas drpd amalan yg tidak baik (spt rasuah, penyelewengan, dsb): mewujudkan sebuah kerajaan yg ~, cekap, dan amanah; 5. ki bebas drpd anasir yg tidak baik (spt pengaruh, tuduhan, dsb): ~ drpd pengaruh budaya kuning; ~ drpd tuduhan menerima rasuah; 6. (bkn pendapatan, keuntungan, dsb) yg tinggal setelah ditolak cukai (hutang, kerugian, dsb): keuntungan ~; membersihkan 1. menjadikan sesuatu bersih (dgn cara membasuh, menyapu, dll): ~ longkang; ~ sayur-sayuran sebelum dimasak; 2. menjadikan bersih (drpd sifat-sifat keji, tidak baik), menyucikan: ~ diri drpd segala dosa; 3. ki menjadikan bersih (bebas drpd anasir yg tidak dikehendaki), membebaskan: ~ jabatan-jabatan kerajaan drpd amalan rasuah; ~ bandar itu drpd sarang kongsi gelap; 4. menghapuskan anggapan (tuduhan dll) yg tidak baik pd diri seseorang: ~ nama yg tercemar oleh fitnah;kebersihan 1. keadaan bersih (tidak kotor): menjaga ~ sekolah; 2. perihal bersih (udara, air): ~ udara yg menyihatkan badan; 3. perihal bersih (hati), kesucian, kemurnian: ~ hati nurani;pembersihan 1. perbuatan membersihkan: ~ kawasan yg dilanda banjir; 2. perbuatan membersihkan (drpd pencemaran udara dll): ~ udara; 3. perbuatan membersihkan (hati), penyucian: ~ jiwa dgn cara bertapa; 4. perbuatan (tindakan, gerakan, dsb) membersihkan (anasir yg tidak baik): gerakan ~ di kawasan-kawasan yg disyaki menjadi sarang komunis;pembersih 1. orang (alat) yg membersihkan sesuatu: ~ udara; 2. (orang yg sifatnya) suka dan sentiasa menjaga kebersihan: dia memang ~ orangnya.

9. Berdisiplin
1. latihan pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri dan patuh pd tatatertib: ~ ketenteraan yg ketat; 2. peraturan yg ditetapkan utk melatih sese­orang supaya berkelakuan baik: guru besar akan mengambil tindakan terhadap pelajar yg melanggar ~; 3. kepatuhan kpd peraturan yg telah ditetapkan: mereka sentiasa me­nunjukkan ~ yg baik utk menjaga nama baik sekolah mereka; 4. hukuman atau denda kerana melanggar sesuatu peraturan yg di­tetapkan: tindakan ~ akan dikenakan ter­hadap pemandu bas yg tidak cermat; 5. bidang atau lapangan kajian: fonemik adalah satu ~ dlm bidang linguistik; berdisiplin patuh (taat) pd (peraturan dll): tentera meriam Portugis yg ~ itu berjaya memusnahkan askar Melaka; kejayaan se­suatu usaha yg dilakukan bergantung pd kum­pulan pekerja yg cekap, berdedikasi dan ~; mendisiplinkan membuat supaya ber­disiplin: ibu bapa dan guru-guru ber­tanggungjawab ~ kanak-kanak; pendisiplinan perbuatan mendisiplinkan: ~ penulis kpd tatasusila kepujanggaan; pendisiplin orang (biasanya yg ada kuasa) yg mendisiplinkan orang lain: menggunakan kekuasaan sbg ~ bagi seseorang.

10. Tekun
sungguh-sungguh (bekerja, bela­jar dll); rajin: Belajarlah dgn ~ supaya lulus dlm peperiksaan. bertekun 1 berbuat sesuatu (bekerja, belajar dsb) dgn tekun; bersungguh-sungguh: Selepas itu, Pasteur ~ dlm kerjanya dan berjaya mendapat ubat bagi beberapa jenis penyakit. 2 berbuat sesuatu dgn asyik. 3 berpegang teguh pd (adat dsb). menekuni mengerjakan sesuatu dgn tekun. ketekunan 1 keadaan atau sifat tekun; kerajinan. 2 keasyikan (melakukan sesuatu).

11. Bersyukur
1 terima kasih (kpd Tuhan): Dia mengucapkan beribu-ribu ~ kpd Tuhan yg telah menyelamatkan keluarganya. 2 beruntung; bernasib baik; mujur: Saya berasa ~ dpt bertemu dgn datuk. bersyukur berasa syukur; berterima kasih: Aku ~ kpd Tuhan. mensyukuri mengucapkan syukur terhadap: ~ nikmat Allah. kesyukuran hal atau rasa syukur.



Ilmu
Pelajar perlu : menerangkan kepentingan ilmu dalam memartabatkan diri setiap insan.

Aktiviti pelajar ialah mini syarahan tentang tajuk-tajuk kepentingan ilmu berikut.

1.  Membangunkan modal insan pada masa hadapan.
Orang berilmu adalah sebahagian sumber tenaga manusia yang bernilai tinggi. Mungkin proses menuntut ilmu memerlukan belanja yang besar tetapi ia adalah satu pelaburan penting. Golongan berilmu akan mampu menjadi golongan pemikir dan perancang kepada sesuatu program dan tugas. Rahim, anak encik Muhammad telah dihantar belajar ke luar negeri kerana dia adalah aset penting pada masa hadapan. Akhirnya dia telah berjaya dalam pelajaran dan pulang untuk memberi sumbangan yang baik kepada perniagaan ayahnya. Sekiranya beliau tidak dihantar belajar, mungkin dirinya akan menjadi beban kepada keluarga dan tidak mungkin dapat membantu keluarga. Begitu juga apa yang terjadi ke atas rakannya Robert.

Begitu juga dalam sejarah melayu, Maulana Abu Bakar telah mengajar ramai orang termasuk Sultan Melaka. 
Sultan Mahmud telah diajar supaya mengormati guru dan menjadi manusia yang sentiasa merendah diri (tawaduk). Baginda diminta datang sebagai seorang murid dan bukannya seorang sultan. Jika Maulana Abu Bakar tidak bertindak demikian sudah tentu beliau akan mempunyai masalah untuk menyampaikan ilmu. Seterusnya tidak mampu melahirkan modal insan yang baik pada masa hadapan. Apabila ilmu sudah diterapkan dan diamalkan dengan sendirinya akhlak manusia akan semakin baik dan mereka akan menjadi insan berguna termasuklah para pemimpin.
  
2. Keluar dari kepompong kemiskinan.
Manusia yang mempunyai ilmu biasanya mampu berfikir dengan baik.  Mereka mampu merancang kehidupan dan bijak menggunakan akal untuk mencari rezeki. Segala kegiatan mencari rezeki dapat dilaksanakan dengan baik samada dalam bidang pertanian, perniagaan, perusahaan dan lain-lain. Orang yang berilmu mampu merancang perolehan rezeki masing-masing samada untuk kegunaan perbelanjaan, pelaburan dan simpanan.

Encik Mohamamad dalam novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur adalah contoh terbaik insan berilmu yang hebat kerana beliau menggunakan ilmu untuk menjadi seorang yang berharta. Beliau berjaya mengembangkan ilmu perniagaan.

3. Membuka peluang  pekerjaan ( Perjawatan)
Golongan yang menuntut ilmu mampu mencari rezeki samada secara berdikari ataupun menjawat jawatan berdasarkan kelulusan yang mereka perolehi. 

Imam Saad berilmu agama dan mampu menjawat jawatan imam

Encik Mohammad mampu mengembangkan perniagaan.


4. Melahirkan insan yang  bermoral/ beriman/bertanggungjawab /amanah.
Keilmuan yang tinggi akan membentuk insan yang bermoral dan mempunyai maruah tinggi.
Sebaliknya…..jika tidak berilmu…….

- Dihormati dan disanjungi
Keilmuan seseorang menyebabkan diri seseorang dihormati dan disanjung tinggi. Lebai Maarup disanjung tinggi kerana ketinggian ilmu.


2  Jati diri
Pelajar perlu : mengenal pasti jati diri mulia dalam konteks pembangunan masyarakat.
Definisi/konsep
Adalah sifat keperibadian atau ciri unik, utuh dan istemewa dari segi adat, bahasa, budaya dan agama yang menjadi teras dan lambang keperibadian seseorang individu atau bangsa.
Terjemahan bahasa Inggeris bagi “Jati Diri” ialah “identity”

- Amanah/Jujur
- Bijak
- Cergas
- Dedikasi
- Bertanggungjawab
- Berdikari
- Telus
- Elok peribadi
- Gigih
- Motivasi tinggi
- Beriman

3   Kemanusiaan
Pelajar perlu: menganalisis nilai kemanusiaan yang terdapat dalam masyarakat.
Definisi kemanusiaan : nilai-nilai yang tegak berdasarkan penghormatan terhadap hak-hak asasi dan kemuliaan manusia. Baik kebebasan dan kemerdekaannya, nama baik
- Simpati
- Hormat
- Bersopan
- Kasih sayang
- Mengkagumi
- Belas kasihan
- Prihatin- ambil berat
- Bertimbang rasa
- Insaf


Monday, January 7, 2013

922/2 Sastera dan Pembangunan



Sastera dan Pembangunan  (922/2) terdiri daripada tiga tajuk, iaitu:

Pembangunan Insan 
Pembangunan Masyarakat
Pembangunan Negara

Teks kajian bahagian ini:
A. Samad Ahmad (Penyelenggara), 2003. Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu), Edisi Pelajar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Keris Mas, 2003. Saudagar Besar dari Kuala Lumpur. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.



Setiap daripada tajuk di  atas akan ditanya dua soalan

Bahagian A : Pembangunan Insan                   - 2 soalan
Bahagian B: Pembangunan Masyarakat          - 2 soalan
Bahagian C: Pembangunan Negara                 - 2 soalan

            Perlu diingatkan bahawa daripada setiap dua soalan di atas tidak semestinya satu soalan daripada Sejarah Melayu dan satu soalan daripada Novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur. Mungkin boleh berlaku kedua-dua soalan boleh keluar daripada satu buku sahaja samada Sejarah Melayu ataupun SBDKL.









Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur : Sinopsis Ringkas



NOVEL INI secara keseluruhannya cuba membincangkan kesan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang telah diperkenalkanl oleh kerajaan pada tahun 1970 demi membasmi kemiskinan terutama di kalangan orang melayu.


Sebagai pengarang yang berpegang teguh kepada konsep ASAS 50, iaitu Seni untuk Masyarakat, Keris Mas juga dapat dilihat menggerakkan novel tesebut dari aspek perpaduan antara kaum. Selain itu, novel ini juga ditulis berkemungkinan kesan daripada buku Revolusi Mental tulisan Datuk Senu Abdul Rahman (1970) yang membincangkan tentang ehwal sejarah bangsa Melayu.

Keris Mas menggunakan buku Revolusi Mental dalam penulisan novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur kerana semangat Melayu yang cuba dimotivasikan oleh buku ini jelas dapat dilihat pada seorang tokoh utama yang menjadi pusat naratif novel ini, iaitu Muhammad. Hampir keseluruhan sikap yang cuba dimotivasikan itu terimej pada watak tersebut.

Namun begitu, perbincangan ini hanya akan menumpukan kepada inti pati penting daripada DEB untuk melihat sejauh mana pandangan Keris Mas terhadap pelaksanaan dasar di Malaysia.

DEB telah dibahagikan kepada tujuh perkara sebagai garis panduan kerajaan mencapai dasar tersebut dan Keris Mas telah menerapkan beberapa dasar yang penting dan seterusnya menjadi pokok perbincangan dalam novelnya.

Perkara pertama, dalam DEB ialah pengurangan ketidakseimbangan ekonomi di antara kaum secara muktamad dari segi pendapatan, pekerjaan dan kekayaan. Seperti yang dicatatkan dalam Buku Dasar Ekonomi Baru: Inti pati, matlamatnya adalah untuk membawa perubahan dalam sistem ekonomi terutamanya dalam kalangan orang Melayu kerana kerajaan percaya bahawa sistem 'aparteid' telah digunakan oleh kolonial Inggeris dalam agihan ekonomi di Tanah Melayu demi keselamatan mereka.

Demi mengubah status orang-orang Melayu yang telah ketinggalan jauh itu, kerajaan telah menyarankan agar orang-orang Melayu bekerja keras dalam meningkatkan taraf hidup mereka. Mereka perlu melibatkan diri secara aktif dalam ekonomi negara. Cadangan kerajaan ini adalah untuk melihat kebolehan dan memberi pengalaman kepada orang Melayu dalam pembahagian dan pembangunan sumber ekonomi.

Dalam novel ini, Keris Mas telah memberi peranan penting kepada Muhammad, iaitu seorang saudagar yang menguruskan sebuah anak syarikat milik saudagar Cina, Datuk Tan Chong Seng. Syarikat ini menguruskan import eksport lada hitam. Namun kebijaksanaan dan sikap hemah Muhammad telah melawan arus sikap orang Melayu lama. Kebenaran ini diperlihatkan apabila Datuk Tan kagum pada kebolehan dan keberanian Muhammad dalam membuat sesuatu rundingan perniagaan. Kekaguman Datuk Tan kepada Muhammad dalam mentadbir dan mengurus anak syarikatnya menyebabkan beliau menjadikan Muhammad sebagai rakan kongsi perniagaan dalam syarikat import eksport lada hitam.

Berdasarkan contoh di atas, Keris Mas cuba membentuk personaliti watak Melayu yang dikehendaki oleh DEB. Dalam dasar kerajaan tersebut orang Melayu harus diberi peluang saksama membentuk kekayaan baru dalam proses pembangunan negara. Selain itu orang Melayu juga harus berani merebut peluang, seperti Muhammad yang mencuba menerima cabaran dan risiko dalam bidang perniagaan.

Dalam perkara pertama DEB itu juga dimaklumkan bahawa untuk memperkembangkan kebolehan orang Melayu, langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan dalam mempertingkatkan kebolehan orang-orang Melayu ialah memberikan pendidikan dan latihan kemahiran terutama kepada generasi muda. Pendidikan penting dalam pembangunan sesebuah negara kerana generasi mudalah nanti yang akan mewarisi kepimpinan negara seterusnya.

Selain untuk membangunkan negara melalui pendidikan, kerajaan juga melihat faktor pendidikan sebagai tonggak penting membentuk satu sistem nilai baru kepada generasi muda terutamanya dari segi perpaduan negara dan penyatuan kaum. Seruan kerajaan ini telah dilukiskan oleh Keris Mas pada watak Rahim, iaitu anak kepada Muhammad dan Robert, anak kepada Datuk Tan. Kedua-dua mereka sedang menuntut di England, berumur 23 tahun, rakan karib dan mengambil pengkhususan dalam bidang yang sama, iaitu kejuruteraan lombong.

Kedua-dua watak ini sebenarnya ialah wakil generasi muda yang menjadi harapan kerajaan untuk sama-sama menggerakkan pembangunan negara seperti dalam pernyataan DEB tentang pentingnya pendidikan dalam negara membangun.

Sehubungan dengan itu, jika kita melihat bidang pengkhususan yang diambil oleh kedua-dua anak muda itu juga selaras dengan galakan kerajaan yang mahu bidang kemahiran tinggi. Pengkhususan yang diambil oleh kedua-dua anak muda itu juga secara tersirat digambarkan oleh Keris Mas betapa bidang kejuruteraan yang sinonim dengan pembangunan adalah penting dan simbol kepada pembangunan negara.

Selain itu, imej Rahim yang mewakili orang Melayu dan Robert yang mewakili orang Cina dan merupakan rakan karib sejak bersekolah lagi adalah imej perpaduan antara kaum yang cuba diutuskan oleh Keris Mas dalam novel ini.

Dalam perkara pertama DEB juga disentuh tentang rancangan pembangunan wilayah baru atau dikenali sebagai tanah rancangan seperti Felda. Melalui program tanah rancangan ini, kerajaan menempatkan orang Melayu dan seterusnya menyediakan sumber pekerjaan kepada mereka. Tujuan tanah rancangan ini adalah untuk mengurangkan ketidakseimbangan ekonomi orang Melayu yang keseluruhan masih tinggal di desa-desa yang telah kekurangan sumber dan mengalami kejumudan sikap menyebabkan mereka berada dalam kemiskinan. Program tanah rancangan ini juga berkaitan dengan perkara kedua DEB yang penting, iaitu membasmi kemiskinan terutama orang-orang Melayu. Mengikut pemerhatian kerajaan yang serius, pada tahun selepas merdeka kadar kemiskinan sangat tinggi di kawasan luar bandar dan juga orang-orang Melayu di bandar.

Justeru, dalam Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur, Keris Mas menggambarkan imej orang Melayu di Lembah Tualang dan Jeram Medang, iaitu kampung Muhammad yang rata-rata masih bergantung hidup pada sawah dan getah yang pada waktu itu tidak lagi menjadi sumber pendapatan penting. Faktor ini menyebabkan penduduk Melayu di situ berada dalam kemiskinan. Untuk menyelesaikan kemelut kemiskinan yang dialami oleh kebanyakan penduduk Lembah Tualang dan Jeram Medang, Muhammad, telah mengusahakan perpindahan orang Lembah Tualang dan Jeram Medang ke tanah rancangan Felda.

Dalam perkara ketiga DEB pula, kerajaan mahu melibatkan orang-orang Melayu ke dalam sektor-sektor moden. Penglibatan orang Melayu ini penting demi menjamin kesamarataan agihan sumber hasil bumi negara dengan bangsa asing.

Oleh itu melalui Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur, Keris Mas telah meneroka satu bidang yang baru walaupun bidang ini sebenarnya telah diceburi oleh pembesar Melayu di zaman kolonial British dahulu. Bidang yang dimaksudkan itu ialah bidang perlombongan bijih timah. Lembah Tualang ini menurut pendapat pakar kaji bumi masih lagi kaya dengan hasil bijih timah. Hal ini menarik minat Datuk Tan dan rakan kongsinya Muhammad yang mempunyai pengaruh keturunan di Lembah Tualang untuk menjalankan kembali projek cari gali bijih timah di sana.

Hasrat ini secara tidak langsung menggambarkan bagaimana proses kemasukan orang Melayu, Muhammad ke dalam satu bidang perniagaan yang moden, iaitu dalam sektor perlombongan. Di samping itu, kerjasama yang digambarkan antara Datuk Tan dan Muhammad melambangkan bagaimana bentuk agihan itu boleh terjadi.

Dalam perkara keempat DEB pula kerajaan mahu menggiatkan penggunaan sumber tenaga sepenuhnya dalam sektor moden. Dalam erti kata lain kerajaan mahu mengurangkan masalah pengangguran terutama dalam kalangan orang Melayu.

Perkara kelima DEB pula menggariskan bentuk peranan kerajaan-kerajaan negeri dan persekutuan serta agensi yang berkaitan dalam membentuk ekonomi negara. Dalam novel ini, watak YB Muhammad Yusuf adalah sebagai wakil kerajaan negeri. Beliau menjadi rujukan Muhammad dalam menyelesaikan isu tanah penduduk Lembah Tualang dan Jeram Medang. Dengan kuasa kerajaan yang miliki oleh YB Muhammad Yusuf, beliau telah menguruskan perpindahan penduduk Lembah Tualang ke tanah rancangan Felda.

Sebagai seorang pengarang Islam, Keris Mas telah memberi penilaian kepada DEB yang secara keseluruhan masih mempunyai kelemahan. Kelemahan yang dikesani oleh Keris Mas ialah tentang aspek pembangunan rohaniah Islam. Atas kesedaran ini juga, Keris Mas telah melontarkan pemikirannya tentang perlunya pembangunan agama seiringan dengan pembangunan fizikal agar pembangunan yang ingin dicapai dan dicita-citakan oleh kerajaan itu lengkap dan sempurna. 

Justeru melalui tokoh generasi muda Rahim yang mendapat pendidikan di luar negara dan Lebai Maarup yang hanya mendapat pendidikan setakat SPM melontarkan pesan kepada Muhammad dan juga kerajaan bahawa dalam mengejar kekayaan asas-asas keagamaan jangan dipinggirkan.

Selain itu, Muhammad, iaitu seorang saudagar dari Kuala Lumpur yang menjadi judul novel secara simboliknya ialah imejan kepada DEB. Rahim secara simbolis mewakili golongan intelektual-akademik yang akhirnya berjaya mengingatkan ayahnya tentang nilai-nilai budaya bangsa yang harus dipelihara dalam mengejar kekayaan material.

Lebai Maarup pula lambang kepada golongan agama-ulama yang mahu pembangunan rohani tidak dipinggirkan juga akhirnya berjaya mengingatkan Muhammad tentang kepentingan agama dalam mengejar pembangunan fizikal. Manakala YB Muhammad Yusuf lambang kepada kuasa kerajaan. Begitulah Keris Mas membuat penilaiannya terhadap DEB yang dirangka oleh kerajaan untuk memacukan pembangunan negara Malaysia.

Sunday, January 6, 2013

Sejarah Melayu : Singapura Dilanggar Todak


PENGENALAN

Karya klasik ‘Singapura dilanggar todak’ terkandung dalam teks Sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin yang telah dikarang oleh Tun Seri Lanang dalam bab empat , halaman 67. Kisahnya bermula semasa Tuan Jana Khatib yang merupakan seorang yang mahir dalam ilmu agama telah datang ke Singapura. Di Singapura, Tuan Jana Khatib berjalan di pekan Singapura sehinggalah ke pintu peranginan raja. Di situ, Tuan Jana Khatib telah menilik atau merenung pohon pinang sehingga pohon itu terbelah dua dan kejadian itu berlaku di hadapan permaisuri raja. Raja telah menitahkan hukuman bunuh keatas Tuan Jana Khatib kerana menganggap Tuan Jana Khatib sengaja ingin menunjuk-nunjuk kebolehannya di hadapan permaisuri. Beberapa lama kemudian, Singapura menerima bencana besar iaitu bencana serangan todak. Ramai rakyat jelata telah terkorban. Nyawa rakyat terus melayang apabila Paduka Seri Maharaja telah memerintahkan rakyatnya berkotakan betis. Kemudian datang seorang budak yang pintar mencadangkan agar mereka berkotakan batang pisang. Akhirnya berkat cadangan bernas budak pintar tersebut, serangan todak telah berakhir. Tetapi budak tersebut telah dijatuhi hukuman bunuh akibat hasutan para pembesar terhadap raja yang tidak berfikir panjang tentang kebijaksanaannya yang di khuatiri akan menggugat raja apabila dia besar kelak.

Petikan Sulalatus Salatin : Singapura Dilanggar Todak

Maka dipandangnya di pintu peranginan raja itu, ada seorang perempuan dilindungi oleh pohon pinang gading; oleh Tuan Jana Khatib ditiliknya pohon pinang itu belah dua. Setelah dilihat oleh Paduka Seri Maharaja perihal itu maka baginda pun terlalu murka; titah baginda, “Lihatlah kelakuan Tuan Jana Khatib, diketahuinya isteri kita ada dipintu maka ia menunjukkan ilmunya.” Maka disuruh baginda bunuh; Tuan Jana Khatib pun dibawa orang akan dibunuh, hampir ujung negeri tempat orang membuat bikang; di sanalah ia ditikam orang. Maka titik darahnya setitik, badannya pun ghaiblah. Orang yang membunuh itu pun kembalilah, dipersembahkannya kepada raja. Maka oleh perempuan yang membuat bikang itu, darah Tuan Jana Khatib yang titik itu ditutupnya dengan bikangnya. Dengan berkat darah wali Allah, perempuan itu pun menjadi kayalah dari harga bikangnnya; tutup bikang itu pun menjadi batu, ada sekarang di Singapura. Ada diceriterakan orang, badan Tuan Jana Khatib itu terhantar di Lengkawi, ditanamkan orang disana. Inilah dibuat orang pantun:

Telur itik dari Singgora,
Pandan terdandar di batang tui;
Darahnya titik di Singapura,
Badan terhantar di lengkawi.

Hatta tiada berapa lama antaranya, maka datanglah todak menyerang Singapura, berlompatan lalu keparit. Maka segala orang yang di pantai itu banyak mati dilompati todak itu; barang yang kena terus-menerus olehnya. Maka gempalah orang berlari-larian ke sana kemari, semuanya mengatakan, “Todak datang menyerang kita; banyaklah sudah mati ditikamnya.” Maka Paduka Seri Maharaja pun segera naik gajah, lalu baginda keluar diiringkan segala menteri hulubalang sida-sida bentara sekalian. Setelah datang ke pantai, maka baginda pun hairanlah melihat perihal todak itu, barang yang kena dilompatinya sama sekali matilah. Maka terlalulah banyak orang yang mati ditikam todak itu, terus berkancing ke sebelah. Adapun todak itu seperti hujan, usahkan kurang, makin banyak orang mati.

Syahadan pada antara itu, datanglah seorang budak berkata, “apa kerja kita berkotakan betis ini? Mendayakan diri kita. Jika berkotakan batang pisang alangkah baiknya?” setelah didengar Paduka Seri Maharaja kata budak itu, maka titah baginda, “Benar seperti kata budak itu,” maka dikerahkan baginda rakyat mengambil batang pisang diperbuat kota. Maka dikerjakan oranglah berkotakan batang pisang. Maka segala todak yang melompat itu lekatlah jongornya, tercacak kepada batang pisang itu; dibunuh oranglah bertimbun-timbun di pantai itu, hingga tiadalah termakan lagi oleh segala rakyat. Maka todak itu pun tiadalah melompat lagi. Pada suatu ceritera pada masa todak itu melompat, datang ke atas gajah Paduka Seri Maharaja, kena baju baginda; maka diperbuat orang seloka:

Carek baju dilompati todak,
Baharu menurut kata budak.

Setelah itu maka Paduka Seri Maharaja pun kembalilah ke istana baginda. Maka sembah Orang Besar-besar, “Tuanku, akan budak itu terlalu sekali besar akalnya. Sedang ia lagi budak sekian ada akalnya, jikalau sudah ia besar betapa lagi? Baiklah ia kita bunuh, tuanku.” Maka titih raja, “Benarlah kata tuan hamba sekalian itu, bunuhlah ia!”



Ulasan Teks

Dalam kisah ‘Singapura Dilanggar Todak’, persoalan yang jelas terkandung di dalamnya dari sudut falsafah ialah mengenai ketaatan dan kesetiaan terhadap tanggungjawab dua golongan utama pada waktu itu iaitu golongan pemerintah dan rakyat biasa. Rakyat jelata ialah golongan manusia yang dipimpin dan diperintah oleh sebuah institusi tertinggi di dalam sesebuah negeri, daerah atau jajahan. Golongan pemimpin pada waktu itu terdiri daripada para pembesar dan golongan bangsawan atau darah keturunan raja. Sesebuah negeri memerlukan satu jalinan yang amat akrab daripada kedua-dua golongan ini bagi membentuk sebuah kehidupan yang aman, stabil, dan harmoni.

Peristiwa todak yang telah membinasakan rakyat Singapura tersirat dengan persoalan dan falsafah ketaatan serta tanggungjawab rakyat dan pemerintah. Contohnya peristiwa di mana Tuan Jana Khatib dijatuhi hukuman bunuh oleh Paduka Seri Maharaja akibat dianggap sengaja menunjukkan ilmunya. Keputusan yang di buat oleh Paduka Seri Maharaja itu merupakan keputusan yang terburu-buru dimana dia tidak menggunakan pertimbangan akal yang sepenuhnya sebaliknya hanya menggunakan emosi semata-mata. Hal ini disebabkan dia tidak menyiasat terlebih dahulu perkara yang sebenar lalu terus membuat keputusan tanpa soal selidik. Perbuatan Tuan Jana Khatib yang merenung pohon pinang sehingga terbelah dua di hadapan permaisuri sebenarnya terdapat dua kemungkinan. Pertama, kemungkin benar dia ingin menunjukkan ilmunya dan yang kedua, mungkin itu adalah satu cara menjalankan tanggungjawabnya bagi mengajak rakyat singapura untuk mendalami ilmu agama Islam. Hal ini berikutan Tuan Jana Kathib merupakan orang cerdik pandai dan tinggi ilmunya dalam agama serta ilmu khayal lillah. Jelas kelihatan adalah sifat cemburu raja yang sepatutnya diketepikan bagi menjadi seorang pemimpin yang bijaksana menguruskan negerinya dengan penuh tanggungjawab supaya aman makmur. Musibah atas perbuatan pemerintah itu telah diterima dalam peristiwa serangan todak. Musibah yang diterima amat kukuh kerana pemerintah telah menzalimi dan menganiaya rakyatnya.


Perkara ini telah terkandung dalam perjanjian penting dikenali sebagai waad yang terkandung dalam teks Sejarah Melayu yang telah dipersetujui oleh Demang Lebar Daun (rakyat) dengan Seri Teri Buana (pemerintah) sebelum ini, dimana golongan rakyat tidak boleh menderhaka terhadap raja dan raja juga tidak boleh menghina dan menzalimi rakyatnya. Contohnya sebagai balasan, rakyat yang melanggar waad akan menerima balasan dan bencana daripada Allah, manakala raja yang melanggar waad akan diterbalikkan negerinya. Hal inilah yang amat memerlukan pemerintah dan rakyat menjalankan tanggungjawab mereka kapada negeri mereka yang tercinta dengan bijaksana. Segala perlakuan mereka haruslah didasari dengan akal dan pertimbangan yang waras.


Dalam waad ini, rakyat meminta raja tidak berlaku zalim kepada mereka. Begitu juga dengan raja, yang meminta rakyat tidak derhaka kepada raja walaupun raja berlaku zalim. Ini bermaksud kedua-dua pihak tidak boleh sama sekali mederhaka, malah ketaatan adalah elemen terpenting. Berbalik kepada kisah ‘Singapura Dilanggar Todak’, pelanggaran waad telah dibuat oleh Paduka Seri Maharaja (pemerintah) terhadap Tuan Jana Khatib. Paduka Seri Maharaja tidak wajar bertindak membunuh rakyat tanpa usul periksa serta yang bertentangan dengan hukum syarak. Perkara ini bermakna pemerintah telah melakukan sesuatu yang bertentangan dengan ketaatan terhadap perjanjian dan pegangan serta amalan yang sepatutnya dijaga dan dihormati. Dari sudut falsafah, Konsep waad ini sendiri sebenarnya mewajibkan rakyat dan pemerintah supaya cinta terhadap kebijaksanaan malah mengamalkannya melalui kebaikan dalam kehidupan seharian terhadap segala yang ada dalam alam semesta. Apatah lagi tujuan seseorang dilahirkan ke dunia adalah sebagai wali Allah dan bertanggungjawap untuk memakmurkan bumi Allah yang tercinta ini.


Waad melahirkan konsep “taat”, “derhaka”, “tulah,” dan “daulat.” Konsep-konsep ini telah menjadi pegangan masyarakat melayu tradisional sejak zaman Demang Lebar Daun dengan Seri Teri Buana sehinggalah ke zaman kerajaan Melayu Singapura dan Melaka. Serangan todak yang melanda Singapura dianggap sebagai balasan atas pelanggaran perjanjian, dan kezaliman terhadap rakyat. Sewaktu berlakunya serangan tersebut, Paduka Seri Maharaja telah mengarahkan penduduk menahan serangan todak tersebut menggunakan betis. Melalui tindakannya ini, dapat dilihat betapa ceteknya akal dan pemikiran pemerintah ketika itu. Mujurlah terdapat juga golongan rakyat yang pintar yang mempraktikkan dan mengamalkan ilmu serta kebijaksanaannya ke jalan yang sepatuttnya dengan penuh tanggungjawab, manfaat dan faedah.


Peranan ini dapat dilihat dalam watak budak pintar yang telah memberikan idea yang berjaya menyelamatkan negerinya yang tercinta. Dapat dilihat perwatakan budak pintar ini yang amat lurus dan taat terhadap pemerintahnya. Dia juga amat bertanggungjawap dalam melaksanakan peranannya sebagai rakyat dengan baik. Sikap taat dan setianya amat dituntut supaya menjadi ikutan dan teladan setiap rakyat pada waktu itu mahupun pada masa sekarang. Fakta ini jelas kerana selain sikap terpujinya itu, dia juga seorang yang berani. Sungguhpun dengan usia yang muda itu, budak pintar itu berani mengetengahkan ideanya tidak lain tidak bukan semata-mata untuk menyelamatkan negerinya tanpa terfikir akannya akibat atau apa-apa perkara negatif. Sikap si budak pintar ini amat berbeza sekali dengan Paduka Seri Maharaja yang mana bersikap membahayakan rakyat dengan menyuruh rakyat berkubukan betis bagi menghalang serangan todak. Bukan setakat itu, selain berfikiran cetek, Paduka Seri Maharaja juga mudah terpengaruh dengan pembesar yang iri hati dengan si budak pintar. Budi yang amat besar dibalas dengan kekejaman oleh para pemerintah. Terbuktilah sikap pemerintah pada masa itu yang amat tidak bertanggungjawap, mementingkan diri, dan tamak. Seharusnya masyarakat Melayu tinggi dengan segala budi, budi bahasa, budi pekerti, budi baik, dan sebagainya berkaitan budi kerana budi memang amat penting dan sinonim dengan masyarakat Melayu sehiggakan dibawa sampai mati. Kelihatan amat ketara bahawa Paduka Seri Maharaja dan orang bawahannya tidak menjalankan tanggungjawab terhadap rakyat seperti mana yang sepatutnya.

Perbuatan menzalimi rakyat itu sendiri adalah salah dan bertentangan dengan agama Islam malah pemimpin yang gagal melaksanakan tanggungjawap serta menyalah gunakan kuasa adalah dikira berdosa. Pembunuhan budak pintar ini telah menimbulkan kesan kepiluan atau pathos. Perbuatan ini hanya memberi gambaran buruk terhadap pemerintah. Hakikatnya, apa yang diharapkan dan perlu ada dalam diri seseorang pemimpin adalah sikap-sikap terpuji dan nilai-nilai murni seperti penyayang, mengambil berat,bertolak ansur, saling membantu dan bekerjasama bagi memakmurkan organisasi dibawah lembayungnya. Sebelum memikul tanggungjawap ini lagi, seseorang pemimpin itu harus memikirkan akan kemampuannya dalam kepimpinan kerana mereka harus sedar bahawa tugas ini amat berat dan tidak boleh diambil mudah. Begitu juga halnya dengan rakyat. Rakyat juga harus bertanggungjawab terhadap negeri tanah tumpahnya darah mereka, terhadap pemimpin, dan sesama rakyat. Hal nilah yang digambarkan oleh budak pintar yang memberikan idea yang bernas sehingga telah berjaya menyalamatkan negerinya. Paduka Seri Maharaja telah bersetuju dengan cadangan tersebut Namun sebutir permata ini telah lenyap akibat sikap para pembesar dan raja yang buta hati. Pembesar yang iri hati telah menghasut Paduka Seri Maharaja agar membunuh budak itu kerana dikuatiri pada masa akan datang budak itu akan merampas kuasa raja. Seharusya mereka berbangga mempunyai rakyat dari golongan muda yang bergeliga otaknya, kerana kelak dapat membantu menguat dan mengukuhkan kerajaan sedia ada.

Mungkin hal ini turut bergantung pada zaman dan waktu tertentu, yang mana sistem beraja pada waktu itu amatlah disanjung tinggi. Perlanggaran pada sebarang titah raja,taat setia serta ingkar suruhan raja, boleh dianggap sebagai menderhaka. Raja tidak boleh dikaitkan dengan derhaka, sebaliknya boleh dikaitkan dengan zalim. Dalam masyarakat Melayu tradisional yang berpegang teguh pada institusi feudal, penderhakaan dianggap sesuatu yang hina. Darah rakyat yang menderhaka dihalalkan oleh raja untuk dibunuh. Rakyat pada waktu itu lebih bersikap akur, taat, tunduk, serta patuh. Konsep ini merupakan nilai hidup terpenting daripada kaca mata masyarakat Melayu tradisional. Mereka menyerahkan diri dengan penuh taat setia tanpa membantah malah menyumbang bakti yang tidak terbatas meskipun di luar kemampuan dan batas kemanusiaan serta sanggup berkorban apa sahaja. Namun pemikiran seperti ini sudah tidak ada dalam pemikiran masyarakat sekarang khususnya mayarakat Melayu. Raja masih dimuliakan tetapi lebih terbatas dan begitu juga dengan rakyat yang tidak dianiaya sesuka hati malah telah terpelihara hak dan kebajikan mereka. Kesimpulannya, kedua-duanya haruslah memahami tanggungjawab, interaksi dan saling bergantungan antara mereka.




RUJUKAN

Tun Seri Lanang. Sulalatus Salatin, Sejarah Melayu. A. Samad Ahmad. Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka

Sumber : Catatan Cikgu Hazrin Imam Kardi, SMK Dato' Mustafa. Terima kasih.

922/1 Bahagian C: Prosa Moden. Drama Asiah Samiah

Gambaran masyarakat dalam Drama 1. Masyarakat yang mementingkan kebendaan 2. Wujudnya masyarakat yang mempertahankan hak 3. Masyarakat gemar...