Objektif Pembelajaran : Menjelaskan kepentingan
pendidikan dalam pembangunan masyarakat.
Aktiviti Perbincangan
Pendidikan penting dalam pembangunan
masyarakat. Bincangkan berdasarkan Novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur.
Pengenalan.
Definisi pendidikan: Bermaksud proses membentuk tingkah
laku manusia yang baik. Manusia akan dianggap baik apabila dirinya berakhlak
dan seterusnya mampu menjadi warga negara yang baik.
Definisi pembangunan masyarakat: Pembangunan
masyarakat pada hakikatnya adalah merupakan suatu proses perubahan menuju
kehidupan yang lebih baik lagi bagi masyarakat.
Apabila ramai individu berubah menjadi baik
maka akan terbentuklah sebuah masyarakat yang baik keseluruhannya yang boleh
dikategorikan sebagai masyarakat yang membangun.
Isi
perbincangan:
1. Pendidikan membentuk masyarakat yang berakhlak mulia.
Pendidikan mampu membentuk masyarakat yang berakhlak mulia. Golongan yang beramal dengan ilmunya akan mempraktikkan sifat-sifat baik yang dianggap mulia. Antara sifat mulia yang boleh diamalkan oleh masyarakat ialah bersopan santun, berbudi bahasa dan sabar. Contoh yang paling sesuai berdasarkan SBDKL yang jelas ialah sifat Mahani yang berpendidikan kesetiausahaan. Di tempat kerja beliau sangat berbudi bahasa kepada sesiapa sahaja yang datang ke pejabat encik Muhammad termasuk Datuk Tan. Beliau begitu senang melayani tetamu yang datang ke pejabatnya. Sifat ini patut diamalkan oleh setiap ahli masyarakat kerana golongan seperti ini akan menjadi contoh masyarakat yang dianggap membangun mindanya. Jika sebaliknya, nama baik masyarakat yang diwakili akan jatuh dan wujud tanggapan buruk.

2. Pendidikan melahirkan masyarakat yang berpelajaran tinggi.
3. Pendidikan mampu membangun masyarakat dari sudut
ekonomi.
4. Pendidikan menjadikan masyarakat yang beramal dengan agama.
5. Pendidikan mengajak masyarakat agar bekerjasama
6. Pendidikan mengajar masyarakat supaya saling tolong menolong.
7. Pendidikan membentuk masyarakat yang hormat menghormati sesama
mereka.
8. Pendidikan berupaya membentuk masyarakat bersatu padu.
Kesimpulan.
Perbincangan di atas telah menunjukkan bahawa
pendidikan mampu membangunkan sesebuah masyarakat. Pembangunan tersebut adalah
dilihat melalui amalan dan perubahan tingkahlaku yang dialami oleh masyarakat
dalam novel SBDKL. Tanpa pendidikan mungkin masyarakat akan gagal dipimpin dan
disatukan. Akibatnya masyarakat akan terus berpecah belah.