Tuesday, September 15, 2020

922/1 Bahagian C: Prosa Moden. Drama Asiah Samiah

Gambaran masyarakat dalam Drama

1. Masyarakat yang mementingkan kebendaan
2. Wujudnya masyarakat yang mempertahankan hak
3. Masyarakat gemar mengejar keuntungan 
4. Masyarakat yang bersimpati terhadap penderitaan orang lain.
5. Masyarakat yang suka mengamalkan budaya ampu
6. Wujudkan masyarakat yang ada semangat setiakawan.
7. Terdapat masyarakat yang rajin memberi nasihat.

Sila huraikan dan cari muka surat.


Monday, September 14, 2020

922/1 Bahagian C: Cerpen Melankoli di Atas Rumput

Persoalan
1. Persoalan kehidupan
    Hidup ini mempunyai peringkat dan tahapnya. Manusia akan melalui fasa kehidupan mereka
    mengikut suratan takdir Allah.
    Contohnya halaman 140 .Ada alam roh, alam rahim, alam nyata, alam kubur dan alam akhirat.    


2. Tentang alam kubur
    Semua umat Islam percaya wujudnya alam kubur. 
    Contoh halaman 139 menyatakan alam kubur itu sebagai alam barzakh. Jika amal di dunia baik maka
    manusia akan selesa di dalam kuburdan begitulah jika sebaliknya.

3. Hidup hanya sementara
    Dunia adalah alam sementara sebelum pergi ke alam yang lebih kekal.
    Contoh pada halaman 141. Apabila sampai masanya semua manusia akan mati dan akan dikuburkan.

4. Pengadilan selepas mati
    Agama Islam percaya bahawa manusia akan diadili selepas mati di hari akhirat kelak
    Contohnya halaman 157.Perkara ini dilihat dari aspek dosa dan pahala manusia semasa hdup di dunia
    

5. Penindasan terhadap umat Islam/manusia
    Penindasan berlaku menyebabkan ramai manusia menderita dan tersiksa.
    Terdapat penindasan diseluruh dunia seperti oleh tentera Amerika, Israel dan di Thailand. Hlm 158


Tuesday, March 3, 2020

922/2 A: Nilai Kemanusiaan berdasarkan Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur

Bincangkan kemanusiaan encik Muhammad dalam konteks pembangunan insan.

Konsep kemanusiaan :

Nilai merujuk kepada sifat ketinggian yang melibatkan pemikiran, agama, kemasyarakatan, dan sebagainya.
Kemanusiaan merujuk kepada perihal manusia atau sifat-sifat manusia
Nilai kemanusiaan merujuk kepada sifat ketinggian kualiti/mutu/taraf tertentu yang berkaitan dengan perihal/sifat manusia
Manusia seharusnya mengamalkan nilai simpati, prihatin, sayang, cinta, sikap ingin menolong, pemurah, ambil berat, tolak ansur dan ikhlas. 

Catatan: 
Untuk membincangkan tentang nilai kemanusiaan perlulah mencari fakta yang sesuai.
Amalan nilai kemanusiaan perlu melibatkan insan lain.

Senarai Nilai Kemanusiaan encik Muhammad.
-Prihatin (hlm. 8 SBDKL)
-Pemurah (hlm. 150 SBDKL)
-Bertimbang rasa (hlm. 327 SBDKL)
-Bertanggungjawab (hlm 335 SBDKL)
-Sabar (hlm 264 SBDKL)
-Kasih sayang (hlm. 9 SBDKL)
-Pemaaf
-Bersopan


Perbincangan 1: 
Encik Muhammad digambarkan seorang yang pemurah.
Sifat pemurah boleh di amalkan seandainya seseorang itu sering memberi sedekah dan sumbangan kepada pihak lain. Seorang yang pemurah digambarkan mempunyai sifat yang mulia dan ikhlas terhadap orang lain.
Contohnya dapat dilihat ketika encik Muhammad memberi sumbangan kepada kenduri perkahwinan antara Gayah dan Sudin. 
Sebaliknya jika pemurah ini tidak ada dalam diri, seseorang itu mungkin cenderung untuk menjadi tamak.

Tuesday, February 18, 2020

922/2 A: Pembangunan Insan Sejarah Melayu : Jati Diri

1.3 Jati Diri


Bincangkan jati diri Tun Fatimah berdasarkan Sejarah Melayu


Konsep: Keperibadian unik, utuh dan istimewa dari segi adat, bahasa, budaya dan agama yang menjadi teras dan lambang keperibadian seseorang individu atau bangsa

Latar belakang Tun Fatimah: Anak Bendahara Seri Maharaja, memiliki raut wajah cantik, berkahwin dengan Tun Ali, Kemudian menjadi permaisuri raja Melaka  iaitu isteri Sultan Mahmud Syah.

Lima Isi: Tabah, berwawasan, setia, berprinsip dan penyayang.

Perbincangan 1: Seorang yang tabah menghadapi dugaan hidup
Maksud: Sangat sabar ketika menghadapi cabaran dalam hidup.
Pembangunan Insan: Sifat sabar ini mampu menjadikan insan redha dengan ketentutan takdir Ilahi
Contoh: Ketika hukuman bunuh terhadap ayahanda, suami dan adiknya, Tun Fatimah sangat tabah walaupun terpaksa bersedih hati.
Kontra perbincangan: Jika seseorang itu tidak tabah mungkin individu itu akan menghadapi masalah seperti tekanan perasaan, murung dan kecewa.


Teruskan perbincangan.................

Perbincangan 2: 

Perbincangan 3:

Perbincangan 4:

Perbincangan 5: 

Monday, February 17, 2020

922/2 A:Pembangunan Insan SBDKL

1.0  Pembangunan Insan SBDKL

Konsep Pembangunan Insan:

Konsep Kehidupan Beragama: Merujuk kepada perihal hidup yang mematuhi ajaran agama. Orang yang hidup bergama akan taat kepada agama dan rajin beribadat.

Contoh Watak seperti Lebai Maarup dan Encik Muhammad
..............................................................................................

Soalan Perbincangan.

Lebai Maarup sentiasa hidup mengamalkan keagamaan atau hidup berlandaskan amalan keagamaan. Bincangkan berdasarkan SBDKL

Perbincangan 1: Lebai Maarup seorang yang rajin mengamalkan solat.

Konsep: Solat atau sembahyang adalah amalan agama Islam yang wajib dilakukan lima kali sehari semalam. Lebih baik dilakukan secara berjemaah. Boleh ditambah dengan amalan sembahyang sunat.
Pembangunan Insan: Insan yang rajin solat akan lebih taat dan terhindar daripada melakukan amalan yang tidak baik seperti melakukan maksiat atau berbuat dosa.
Contoh: Lebai Maarup sentiasa melakukan solat berjemaah bersama Imam Saad, Tuk Empat Dahlan dan penduduk Kampung di surau.
Kontra/Perbincangan: Jika seseorang tidak melakukan amal agama seperti solat mungkin dia akan menjadi insan yang lemah iman dan selalu ingkar perintah agama. Hidupnya akan menjadi tidak tenang dan penuh dosa.

Sambung lain-lain isi berikut:

Perbincangan 2: Lebai Maarup beramal dengan mewakafkan tanah/bersedekah

Perbincangan 3: Beliau juga rajin berdakwah

Perbincangan 4: Beliau menuntut ilmu agama.

Perbincangan 5: Beliau mengajar ilmu agama.

922/1 Bahagian C: Prosa Moden. Drama Asiah Samiah

Gambaran masyarakat dalam Drama 1. Masyarakat yang mementingkan kebendaan 2. Wujudnya masyarakat yang mempertahankan hak 3. Masyarakat gemar...