Bahagian
B
2.
Pengurusan
2.1
Prinsip asas pengurusan
2.1.1
Perancangan
Proses di mana pengurus menentukan matlamat yang hendak dicapai dan menentukan tindakan yang paling sesuai untuk diambil disemua peringkat organisasi.
Kepentingan Perancangan
1.
Menyediakan hala tuju / menentukan matlamat / fokus
2.
Menyelaras sumber
3.
Ukuran prestasi/pencapaian
4.
Tindakan pembaikan
5. Panduan membuat keputusan
Tahap
Perancangan
RANCANGAN
STRATEGIK
Satu
plan tindakan jangka panjang menyeluruh, yang disediakan untuk mencapai
matlamat organisasi yang telah ditetapkan dlm tempoh 5- 10 tahun yang
akan datang.
RANCANGAN
TAKTIKAL
Rancangan
jangka masa sederhana(1- 5 thn) yang melibatkan pengagihan sumber kepada
jabatan atau cawangan; memenuhi matlamat yang spesifik yang dinyatakan dalam
misi.
RANCANGAN
OPERASI
skop
lebih sempit dan lebih khusus untuk satu-satu unit kerja atau individu yang
berkaitan dengan pengeluaran; merupakan rancangan harian yang lebih khusus untuk
tempoh 30 hari hingga 1 tahun.
Alat-alat Perancangan
1. Senarai semak kerja - Senarai semak kerja perlu diadakan kerana seseorang pengurus ingin memastikan semua kerja yang sepatutnya dilaksanakan oleh organisasi atau projek tertentu telah dilaksanakan dengan sempurna.
2. Carta Gantt - Carta ini adalah menunjukkan tahap kemajuan dan pencapaian setiap aktiviti berdasarkan jangka masa yang diperlukan dan ditetapkan.
3. Belanjawan -alat untuk menganggarkan peruntukan dan mengagihkan sumber kewangan secara cekap untuk melaksanakan sesuatu kegiatan atau projek. Biasanya dalam belanjawan, para pengurus akan memastikan adanya sumber wang dan kemana wang tersebut digunakan (dibelanjakan).
4. Analisis Pulang Modal - Jika projek melibatkan penggunaan modal dan ingin mengira untung rugi. Teknik ini membantu pembuat keputusan memahami hubung kait antara volume jualan, kos dan keuntungan. Contohnya ingin membuat pementasan drama dan melibatkan penjualan tiket kepada para penonton.
2.1.2
Pengorganisasian :
Proses penyusunanan pengagihan sumber manusia dan sumber lain untuk melaksanakan tugas agar dapat mencapai matlamat yang telah ditetapkan dengan cekap dan berkesan
Kepentingan Pengorganisasian.
1. Untuk menjelaskan tugas-tugas setiap individu dalam organisasi
2. Untuk
mengenalpasti siapa yang bertanggungjawab terhadap siapa.
3. Untuk
membentuk saluran komunikasi yang formal
Langkah-langkah Pengorganisasian.
1. Penentuan objektif
Menetapkan objektif organisasi selaras misi organisasi
2. Mengenalpasti aktiviti
Membentuk aktiviti yang perlu dilakukan untuk mencapai objektif yang ditetapkan
3. Pengelasan aktiviti
Aktiviti dikelaskan mengikut tugas
4. Pengelompokan aktiviti
Mengelompokkan aktiviti yang sepadan dari segi fungsi dan sifat untuk menjadi satu kumpulan kerja yang formal
5. Pengagihan tugas
Pengurus mengagihkan tugas kepada pekerja yang sesuai mengikut kebolehan dan kemahiran mereka melalui proses pengkhususan
6. Autoriti dan tanggungjawab
Autoriti dan tanggung jawab perlu diberikan agar pekerja dapat melaksanakan tugas mereka dengan cekap dan berkesan
2.1.3 Tenaga kerja (Staffing = Penstafan)
Proses merancang, menginventori, mengambil dan meningkatkan kemahiran tenaga kerja
Kepentingan Penstafan
1. Membantu pengurus lini
Bekalkan tenaga kerja mencukupi(kuantiti dan kualiti)
2. Menyediakan khidmat nasihat
Mengatasi masalah hubungan antara manusia dlm organisasi
3. Mengawal aktiviti tenaga kerja
Kawalan dalaman dan luaran membolehkan sumber manusia digunakan
secara optimum bagi mencapai matlamat organisasi
4. Membangunkan tenaga kerja
Proses meningkatkan kemahiran pekerja sedia ada agar sesuai dgn
keperluan semasa
2.1.4 Kepimpinan
Proses dimana pengurus cuba mempengaruhi gelagat pekerja agar mereka dapat melaksanakan
tugas yang diamanahkan dengan cekap dan berkesan.
tugas yang diamanahkan dengan cekap dan berkesan.
Kepentingan Kepimpinan
1.Kemampuan
untuk mempengaruhi pekerja melalui kuasa yang ada untuk bertindak supaya
aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan berkesan
2. Memastikan
pekerja melaksanakan tugas yang dipertanggunjawabkan selari dgn misi dan
matlamat organisasi.
3. Mengetahui
bagaimana setiap arahan yang diberikan kepada pekerja dipatuhi dan dilaksanakan
4. Menjadi
teladan(role model) kepada pekerja untuk melaksanakan tanggungjawab dengan
berkesan melalui nilai & ciri kepimpinan yang baik
Gaya Kepimpinan
Definisi : Pendekatan
yang digunakan oleh seseorang pemimpin untuk mempengaruhi pengikutnya
Tiga gaya kepimpinan:
i) Gaya
laissez-faire/bebas-- Gaya kepimpinan ini agak kurang mengawal pekerja. Selalunya pengurus jenis ini suka memberikan kebebasan kepada orang bawahan. Apa yang penting matlamat organisasi dapat dicapai dengan jayanya. Gaya kepimpinan ini kurang menitik beratkan pengeluaran dan hal
ehwal pekerja.
ii) Gaya
demokratik/penglibatan-- Menitik beratkan pengeluaran dan hal ehwal pekerja. Pemimpin ini memberi peluang kepada orang bawahan memberikan pendapatnya. Pemimpin akan memberi pertimbangan terhadap sebarang cadangan pekerja bawahan. Wujud komunikasi dua hala. Namun pemimpin mengambil masa yang agak lama untuk membuat keputusan.
iii) Gaya
Autokratik-- Menitik-beratkan hal-hal pencapaian matlamat melalui operasi
tugas yang berkesan . Pemimpin ini mengamalkan komunikasi sehala di mana semua keputusan adalah di tangannya. Orang bawahan hanya menerima arahan dan melaksanakannya mengikut arahan pemimpin. Proses membuat keputusan lebih cepat kerana tidak memerlukan pandangan ramai pihak.Peranan Pemimpin.
1. Jurulatih
Pemimpin adalah golongan yang paling dipercayai kerana kebolehan, pengalaman dan pengetahuan. Layaklah dirinya menjadi jurulatih kerana dirinya mempunyai kelebihan berbanding orang bawahannya.
2. Pembimbing
Sebagai orang yang berpengetahuan tentunya dirinya mampu memberi bimbingan. Sesuai dengan sifat pemimpin yang menjadi "role model" - kepimpinan melalui teladan. Orang bawahan mengharapkan tunjuk ajar daripada ketua.
3. Pendorong.
Pemimpin seharusnya bijak memberikan pujian dan galakan kepada orang bawahan. Penghargaan hendaklah diberi kepada pengikutnya yang setia, rajin dan mampu melaksanakan tugas bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan organisasi.
4. Sahabat
Pemimpin perlu mengambil tahu hal ehwal orang bawahannya. Seharusnya membantu masalah yang dihadapi oleh orang bawahannya. Wujudkan hubungan baik dengan orang bawahan. Pekerja akan rasa disayangi dan menganggap ketuanya adalah rakan yang prihatin.
5. Ketua
Pemimpin perlu menjelaskan matlamat yang hendak dicapai oleh organisasi. Orang bawahan akan faham kehendak ketua yang inginkan pencapaian yang terbaik bagi matlamat organisasi.Orang bawahan akan patuh dan mendengar arahan pemimpin kerana mereka faham bahawa kehendak ketua itu adalah kehendak organisasi.
2.1.5
Kawalan
Proses di mana pengurus memantau prestasi semasa dan mengambil tindakan untuk memastikan hasil akhir tercapai seperti yang dijangkakan. Tindakan memastikan
aktiviti organisasi dilaksanakan mengikut rancangan yang telah dibuat pada
peringkat awal.
Kepentingan Kawalan.
1. Memastikan aktiviti dirancang dilaksanakan dengan baik -keseluruhan arah tuju selari dgn rancangan jangka pendek / jangka panjang
2. Mengelakkan penyelewengan- pematuhan peraturan dan polisi org.
3. Mengenalpasti punca kesilapan dengan segera-membolehkan tindakan pembetulan dapat dibuat dengan segera
4. Mendapatkan maklumbalas - sebagai garis panduan dalam perancangan dan kawalan akan datang
2.2 Terapan terhadap teks. (Rujuk kepada tiga teks iaitu Sulalatus Salatin, Novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur dan Permata Sastera Melayu)
1. Sulalatus Salatin.
Perancangan.
Lihat bagaimana Tun Perak merancang strategi peperangan dengan
Siam pada kali pertama dan kedua. Perang pertama Tun Perak merancang strategi
membawa anak isteri. Perang kedua, Tun Perak merancang untuk mengganggu tentera
Siam dengan serangan gila-gila Tun Umar. Pada waktu malam dirancang pula dengan
strategi memasang puntung api agar kelihatan ramai rakyat Melaka tidak tidur
dan berjaga malam di pantai.
Pengorganisasian.
Lihat bagaimana Sultan menyusun atur perjawatan dalam negeri
Melaka secara umum.
Penstafan.
Lihat proses melantik pemimpin di Melaka secara umum. Ramai yang
dilantik adalah berdasarkan bakat dan kebolehan masing-masing. Tun Perak
dilantik kerana beliau bijak merancang, berpandangan jauh dan berani. Begitu
juga perlantikan dan naik pangkat Hang Tuah adalah kerana kelayakan beliau
menduduki perjawatan yang ada.
Kepimpinan.
Lihat proses mempengaruhi orang bawahan untuk berbuat sesuatu
perlakuan dan arahan. Contoh peristiwa Pembunuhan Tun Besar yang memperlihatkan
kepimpinan Bendahara Paduka Raja Tun Perak. Tun Perak berjaya mempengaruhi pengikutnya dengan menggunakan gaya kepimpinannya. Beliau berjaya menghalang pengikutnya supaya tidak menderhaka kepada raja (Sultan Mansur Syah).
Pengawalan.
Pengawalan dalam pemerintahan Melaka lebih ditekankan kepada aspek kepatuhan terhadap waad dan perundangan Melaka. Pada masa yang sama pengawalan juga diterapkan melalui adat istiadat dan pantang larang yang diamalkan secara meluas di kalangan rakyat di negeri Melaka terutama dalam kehidupan masyarakat istana.
Lihat proses mewujudkan undang-undang dan peraturan yang merupakan
proses kawalan kepada masyarakat Melaka.
2. Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur
Perancangan
Pengorganisasian
Penstafan
Kepimpinan
Pengawalan
Soalan Perbincangan:
Sekiranya anda menjadi pemimpin seperti Encik Muhammad dalam Novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur, gaya kepimpinan yang manakah yang menjadi pilihan anda. Bincangkan.
3. Permata Sastera Melayu.
Perancangan
Pengorganisasian
Penstafan
Kepimpinan
Pengawalan
Perancangan
Pengorganisasian
Penstafan
Kepimpinan
Pengawalan
Soalan Perbincangan:
Sekiranya anda menjadi pemimpin seperti Encik Muhammad dalam Novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur, gaya kepimpinan yang manakah yang menjadi pilihan anda. Bincangkan.
3. Permata Sastera Melayu.
Perancangan
Pengorganisasian
Penstafan
Kepimpinan
Pengawalan
2.3 Organisasi sastera
2.3.1 Pengurusan organisasi
2.3.2 Pengurusan projek