Kegiatan dagang adalah meliputi semua kegiatan perniagaan dan bantuan perniagaan. Ia meliputi aktiviti jual beli, eksport import dan bantuan perniagaan seperti pelabuhan dan pertukaran nilai termasuk emas dan perak. Mungkin kegiatan dagang dahulu tidak terlalu sistematik berbanding sekarang, namun Melaka diceritakan telah menjalankan kegiatan dagang dengan aktif dan mampu menarik ramai pedagang untuk berniaga.
Kedudukan Melaka yang strategik menjadikan Melaka masyhur dan disebut sebagai negeri di bawah angin. Melaka menjadi pusat pertemuan segala dagang. Ramai yang mengenali Melaka dengan panggilan Malakat. Orang Arab datang berdagang sambil menyebarkan agama Islam. Lalu raja Melaka memeluk Islam dan menukar galaran raja menjadi Sultan. Bagi orang China pula, mereka juga datang berdagang kerana ingin bertukar barangan dari pedagang negara lain. Manakala Portugis pula sangat iri hati kepada Melaka dan sanggup memerangi Melaka dan menakluknya.
Dalam pemerintahan sultan Alaudin Riayat Syah, wujud penceritaan tentang premis kedai yang sentiasa dicerobohi oleh pencuri yang sangat ramai sehingga pemilik kedai kerugian dan tidak berani berniaga. Apabila undang-undang dikuat kuasakan oleh Temenggung Tun Mutahir, kedai-kedai kembali menjalankan urus niaga dengan aman. Melaka semakin majulah Melaka apabila suasana negeri aman dan kegiatan dagang dapat dijalankan.
Pada satu ketika sultan Melaka telah meminta supaya dibelikan kain dari benua Keling. Barangan tersebut terdiri dari 40 jenis kain. Setiap jenis kain mengandungi 40 jenis corak dan setiap corak mengandungi 40 jenis warna. Pihak yang diminta menguruskan pembelian ini ialah Hang Nadim. Namun misi ini kurang berjaya kerana kapal dagang yang membawa kain telah dipukul ribut dan menghanytkan sebahagian besar kain yang beli. Namun peristiwa ini telah membuktikan bahawa Melaka telah melakukan kegiatan import sesama negara yang mereka kunjungi. Kegiatan ini tentunya mampu membangunkan Melaka dari sudut memenuhi keperluan penduduk setempat.
Melupakan perangai buruk Nina Sura Dewana yang telah melakukan rasuah, didapati dirinya adalah pegawai besar yang berjawatan penghulu urusan dagang. Beliau bertugas menjaga urusan pedangang dan mengutip hasil bagi pelabuhan di Melaka. Sebarang masalah dagang perlu dirujuk kepada beliau sebagaimana urusan Raja Mendaliar ketika berdakwa dengan dirinya. Namun kuasa lebih besar tentunya di tangan Bendahara Melaka pada masa itu iaitu Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir. Jika para pegawai di Melaka menjalankan tugas dengan baik,tentunya Melaka akan semakin maju dan begitulah yang terjadi jika sebaliknya.