Pembicaraan penulisan di bawah adalah untuk tujuan ilmu dan bukan untuk peperiksaan semata-mata. Sila rujuk sukatan STPM sebenar sekiranya wujud kekeliruan tentang skop pembelajaran.
1.1 Puisi tradisional
Asasnya puisi tradisional mempunyai pelbagai jenis seperti berikut:
1. Pantun
2. Syair
3. Gurindam
4. Seloka
Calon-calon perlu cuba meneroka dan membaca sekurang-kurangnya 4 jenis puisi di atas. Sekalipun terdapat banyak puisi tradisional yang lain, namun jenis puisi di atas mencukupi untuk bagi setiap pelajar untuk mempelajari asas mencipta puisi tradisional.
1. Pantun
Sebelum menulis pantun, tentunya pelajar perlu faham ciri-ciri dan fungsi pantun. Asasnya pantun mempunyai ciri-ciri berikut:
1. Rangkap
Jumlah rangkap adalah bergantung kepada keperluan penulisan.
Jumlah rangkap adalah bergantung kepada keperluan penulisan.
2. Baris
Jumlah baris serangkap boleh 2, 4, 6, 8 dan seterusnya bergantung kepada keperluan dan kesesuaian. Namun sekurang-kurangnya pelajar mengetahui pantun 2 dan 4 kerat.
3. Jumlah perkataan
3. Jumlah perkataan
Jumlah perkataan sebaris yang baik adalah antara 4 hingga 5 patah perkataan sahaja.
4. Jumlah suku kata
4. Jumlah suku kata
Jumlah suku kata sebaris yang baik adalah antara 8 hingga 12 suku kata sahaja.
5. Pembayang
5. Pembayang
Pembayang seharusnya mempunyai nilai estetika, bahasa dan pemilihan ayat yang tepat. Biasanya dikaitkan dengan unsur alam dan aktiviti masyarakat.
6. Maksud
Maksud pantun adalah bergantung kepada tujuan penulisan dan kehendak tema penulisan.
6. Maksud
Maksud pantun adalah bergantung kepada tujuan penulisan dan kehendak tema penulisan.
7. Jeda
Kesemua baris pantun mesti mempunyai jeda atau hentian sebentar.
8. Rima
8. Rima
Rima yang baik adalah diambil kira dari aspek rima awal, tengah dan akhir. Namun rima akhir adalah suatu kemestian bagi pantun samada sekata atau berselang-seli.
Kesemua ciri di atas akan menentukan mutu penciptaan kreatif seseorang pencipta pantun.
Fungsi pantun pula adalah bertujuan memberi nasihat, pengajaran, komunikasi, hiburan dan lain-lain
Cuba lihat pantun yang biasa diucap seperti berikut:
Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga;
Hancur badan dikandung tanah,
Budi baik dikenang juga.
Pantun di atas mempunyai ciri yang sangat baik. Selain melengkapi syarat rangkap, baris, jeda, rima akhir dan jumlah perkataan, pantun di atas mempunyai pembayang dan maksud yang cukup bermutu. Keistimewaan pantun ini juga ialah mempunyai rima tengah yang baik iaitu "Pandan" dan "badan".Oleh itu seharusnya para pelajar perlu mempertimbangkan mutu penciptaan pantun yang mempunyai ciri-ciri terbaik sebagaimana pantun di atas.
Para pelajar juga perlu mengikuti panduan-panduan arahan yang telah ditetapkan mengikut kehendak soalan seperti aspek tema, khalayak dan jenis pantun. Tema pantun boleh terdiri daripada tema alam sekitar, budi, kasih sayang, kepahlawanan, teka-teki, sindiran, jenaka dan sebagainya. Khalayak atau audien pantun pula boleh ditujukan kepada golongan kanak-kanak, remaja, dewasa dan orang tua. Seterusnya pelajar perlu mengetahui jenis pantun seperti pantun dua kerat, empat kerat, enam kerat, lapan kerat dan seterusnya. Pelajar juga perlu memahami satu lagi jenis pantun yang dikategorikan sebagai pantun berkait bersifat naratif.
Cuba ciptakan kehendak pantun di bawah:
Ciptakan serangkap pantun empat kerat yang ditujukan kepada golongan remaja yang bertemakan kasih sayang terhadap ibu bapa.
Sila tunjukkan kepada guru sastera anda samada pantun yang anda cipta mempunyai mutu yang baik dan boleh mendapat markah kreatif yang tinggi. Selamat belajar.
Sila tunjukkan kepada guru sastera anda samada pantun yang anda cipta mempunyai mutu yang baik dan boleh mendapat markah kreatif yang tinggi. Selamat belajar.
1.2 Sajak
Penulisan puisi moden seperti sajak adalah satu penulisan kata ringkas, menggunakan bahasa yang indah dan penuh dengan makna tersurat dan tersirat. Seorang penulis kreatif tentunya mengharapkan mesej yang hendak disampaikan mampu mencapai objekrifnya. Namun tidak semua penulisan kreatif lahir kerana bakat penulisan. Era moden ini, kita percaya bahawa seseorang itu boleh diasah bakatnya melalui pembelajaran dan latihan. Oleh itu para pelajar boleh dipandu ke arah melahirkan bakal penulis yang terpelajar dan mampu mengungkapkan karya lebih bermutu di mata masyarakat.
Cuba ertikan kata-kata berikut:
Bulan malap di hujung serombong asap.
Perkataan "bulan" adalah gambaran gembira, suka, rindu dan keindahan, "Malap" adalah gambaran kesedihan, suasana muram dan tidak ceria. Manakala kedudukan "di hujung serombong asap" adalah satu situasi yang kurang selesa dan mengganggu keindahan bulan. Jika dirangkumkan, ia menjadi suatu maksud yang luas terutamanya berkaitan dengan isu alam sekitar yang berlawanan dengan fungsi kejadian tuhan yang indah seperti bulan.
Sedikit sebanyak seorang penulis juga perlu tahu apa itu gaya bahasa yang banyak dikaji dalam sajak. Secara mudah kelompok gaya bahasa yang besar adalah terdiri daripada gaya bahasa perbandingan dan gaya bahasa pengulangan. Namun, terdapat juga jenis gaya bahasa yang lain tetapi memerlukan kemahiran dari aspek fungsi dan peranan gaya bahasa tersebut dalam sajak,
Cerpen adalah ringkasan makna sebutan Cerita Pendek. Maka sebutan itu diringkaskan menjadi Cerpen yang merujuk kepada cerita pendek tersebut. Memang diakui bahawa sebahagian penulis lahir melalui bakat tersendiri yang telah mereka miliki. Namun apabila penulisan ini diajarkan secara formal, maka seseorang itu perlu melalui disiplin ilmu tertentu.
Secara asasnya seseorang penulis tentunya mempunyai tujuan atau objektif tertentu sebelum menulis sesebuah cerpen. Oleh itu, sebelum menulis kita perlu menetapkan tujuan penulisan kita. Maka objektif akhir penulisan telah ditetapkan melalui tema penulisan.
Setelah objektif penulisan ditetapkan, seseorang penulis harus menetapkan konteks peristiwa yang bersesuaian dengan tema. Pada masa yang sama watak dan plot cerita disusun atur dengan cermat agar segalanya dapat digarap menjadi satu bentuk penulisan yang bermutu.
Semestinya, teknik-teknik penulisan perlu digunakan dengan baik seumpama dialog, monolog, imbas kembali, imbas muka, unsur suspen, klimak cerita dan lain-lain.
Mulakan dengan menulis seperenggan ayat yang menggambarkan permulaan dan pengakhiran sesebuah cerita. Selepas itu, penulis akan cuba mengembangkan isi cerita mengikut idea dan kesesuaian plot cerita.
..........................bersambung
Mulakan dengan menulis seperenggan ayat yang menggambarkan permulaan dan pengakhiran sesebuah cerita. Selepas itu, penulis akan cuba mengembangkan isi cerita mengikut idea dan kesesuaian plot cerita.
..........................bersambung
1.4 Penyuntingan
Kerja penyuntingan adalah salah satu kerja yang perlu dilakukan oleh para penerbit buku dan syarikat percetakan. Untuk mempelajari proses kerja penyuntingan bahan bertulis, seseorang itu perlu mamahami pelbagai simbol penyuntingan. Untuk para pelajar STPM 922/3 ini, mereka perlu mengikuti proses pembelajaran tentang tanda pruf Gaya Dewan seperti berikut: